Petang semalam sesi menandatangan report kad di taski ABIM.. Untuk pengetahuan korang anak CB sekolah tadika 2 sesi.. Sesi pagi di SEK KEB dan disebelah petang sekolah Taski ABIM..
Hari ni dengan rasa tak percayanya anak CB dapat meraih sebagai pelajar cemerlang dengan 98.8%... Ya allah terasa bangga sangat.. Hakikatnya dekat rumah anak CB banyak main dan tengok tv.. Kalau keluar pula sibuk dengan youtube.. CB pun kadang balik lambat tak sempat nak check buku atau kerja sekolah dia...
Hakikatnya CB adalah mak yang garang.. Cikgu pernah je adu dengan CB yang Mia ni susah nak buat kerja dekat sekolah, banyak borak.. CB harap Mia dapat teruskan usahanya menjadi pelajar cemerlang sampai habis sekolah dan peringkat universiti nanti..
CB dulu ada 1 je sijil masa tadika.. Tapi anak CB sampai 3.. Sijil tamat pra sek, sijil pelajar cemerlang & sijil program bahasa wakil Daerah Klang. Alhamdulillah syukur sangat... Siapa kata ibu tunggal tak mampu untuk didik anak dengan baik.. CB dah buktikan.. Ramai yang dah buktikan.. Kita sebagai parents kena bagi semangat pada anak anak... Jangan sesekali beri tekanan yang melampau pada anak kita.. Jadilah sahabat pada anak kita.. Insya allah hati mereka akan rasa senang dan bila dah senang hati maka nak menuntut ilmu pun tak ada halangan untuk mereka..