Jom geng join segmen kat bawah nie.. Maklumat
lanjut klik banner kat bawah…
MISI MENGUTIP SIPUT BELIUNG
Korang tahu tak pasal SIPUT BELIUNG?? Dekat kawasan opis CB ada satu tali air yang berhubung dengan laut.. Dari hari ke hari duk pandang je siput tu kat tali air nie tiap kali keluar lunch.. Akhirnya semalam kami pergi la mengusha line dengan lebih dekat.. Nak tengok siput apa.. Boleh makan ke idok.. Rupa-rupa nya siput beliung.. Apa lagi memasing merancanglah nak mengutip.. Siap ada yang nak bawak besen, plastik.. Hahaha… Excited betul akak-akak and abang (opismate) CB nie..
Tapi dek kerana excited sangat semalam lepas balik kerja kakak opis CB nie dah pergi kutip dulu.. Hari nie dia bawak yang dah siap masak.. Aduhaiiiii… (tapi CB tak makan siput..)Bertambahlah excited yang lain nak pergi kutip..
Tadi lepas lunch kitaorang singgah lagi mengutip.. Hahahaha CB jadi pemerhati je.. Kutip punya kutip dapatlah 3 plastik.. Makanya esok hari cuti dorang akan makan menu siput.. Yeahhhh!!!
Salah sorang kakak CB ni cakap paling sedap kalau masak bercili.. Dengan rasa-rasa pedas sikit marvelous kata dia…
Mana yang tak pernah rasa siput beliung nie cuba-cubalah korang cari dekat-dekat dengan kawasan-kawasan muara mungkin ada..
Ok Selamat Tahun Baru dan bercuti semua…
AZAM TAHUN BARU
Esok adalah hari last di tahun 2015.. Dah sedia ke
nak meneruskan langkah di tahun baru?? Apa azam 2016?? Azam CB tahun hadapan
(insya allah jika diizinkan) ialah :
Lesen
PJJ
Travel
Diusia yang nak masuk 3 series nie dah nak koyak
telinga kena leter dengan mama dan abang2 suh amek lesen.. Hahaha… Sesungguhnya
CB sorang je yang tak ada lesen lagi dalam family.. huhuhu.. Dulu masa umur 18
tahun memang ada pergi ambil lesen dah dapat L pun.. Tapi masa tu CB kerja
dekat Mcdonald’s, susah sangat dapat cuti.. Sudahnya lesen L tu mati macam tu
je..
PJJ tu lagi la.. dah dekat 12 tahun tinggalkan
sekolah menengah tapi still tak ada rezeki lagi nak sambung belajar.. Ada je
halangan dan rintangannya.. Tapi orang kata ada hikmah disebaliknya kan.. Insya
allah tahun depan kalau tak ada halangan dan rintangan CB boleh lah sambung
belajar..
CB suka travel tapi tak ada kawan yang sekutu..
Huhuhu… Jadi tahun depan CB nak travel jugak (tak peduli dah) sorang2.. Sebelum
seru nak kahwin tu sampai.. Sebelum Mia masuk sekolah impian perlu dipenuhi
biarpun tak sepenuhnya..
Tapi apa yang dirancang nie belum tentu semuanya
tercapai.. Ada je azam2 yang lalu tak tercapai2.. Kerana perancangan Allah tu
lebih baik lagi..
" You Follow I , I Follow You"
Selamat petang uolls… jom join segmen Cik Yaya
yang cantic manis nie.. syaratnya pun tak susah.. klik banner kat atas untuk
join ok…
Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2
KENAPA TAK KAHWIN LAGI??
Assalamualaikum Uolls.. Ingat tak yang Cik Bunga
pernah kata nak cerita apa soalan kedua yang orang kerap tanya dengan Cik Bunga
kan?? KLIK SINI
Ok Soalannya ialah :
- Kenapa berpisah??
- Kenapa tak rujuk balik??
- Dan kenapa tak kahwin lain??
Tiga soalan nie akan datang serentak..
Kadang-kadang tu letih dah nak jawab sebabnya mereka-mereka nie sentiasa tak
puas hati dengan jawapan yang kita bagi.. Kalau boleh dorang nak kita cerita
detail dengan dorang.. Selalunya lah orang-orang yang macam nie adalah
orang-orang yang kepochi..
Tahun pertama, kedua, ketiga memang rasa down
sangat bila orang kerap tanya soalan nie.. Sebabnya rasa macam teruk sangat
pula jadi single mother ni… Teruk ke??? Cik Bunga rasa tak selagi kita tahu
jaga diri dan harga diri…
Orang kat luar sana kebanyakkannya mengkategorikan IBU TUNGGAL ini sebagai perosak
rumahtangga orang lain.. Dan mungkin disebabkan itu mereka memandang serong
kepada status ini.. Tapi bukan semua ibu tunggal yang bersikap begitu, jadi
janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
Ok balik kepada soalan tadi..
Kenapa berpisah??
Pada Cik Bunga mungkin dia bukan jodoh Cik Bunga
jadi kami berpisah.. Senangkan??? Buat apalah kita nak kusutkan kepala
memikirkan sebabnya.. Sedangkan apa yang berlaku itu adalah aturan Allah..
Kenapa tak rujuk balik??
Ok.. kenapa tak?? Macam yang Cik Bunga cakap tadi
dia bukan jodohnya.. Untuk apa kalau kami rujuk tapi perkara yang sama mungkin
berulang walaupun rujuk itu demi kebaikan anak.. Ok kadang-kadang orang akan
kata “rujuklah balik kesian dekat anak..” Pada Cik Bunga anak itu
layak dapat yang lebih baik lagi.. Bukan itu sahaja yang terbaik untuk dia..
Aturan Allah kita tak tahu..
Dan soalan seterusnya Kenapa tak kahwin lagi??
Soal kahwin bukanlah perkara mudah seperti kita
tukar baju ataupun tukar sofa dekat rumah.. Bohonglah kalau Cik Bunga kata Cik
Bunga tak cuba menjalinkan hubungan baru dengan lelaki lain selepas berpisah..
Ternyata bukan mudah untuk mencari pengganti teman hidup kalau nak dibandingkan
mencari pengganti kekasih hati..
Sebab apa Cik Bunga kata macam tu?? Sudah
pastilah Cik Bunga nak cari seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya..
Betul tak?? Tapi kalau yang baru tu tak meyakinkan macam mana kita nak meneruskan
fasakan?? Kadang-kadang tu jugak sebab serik dan tak sedia lagi..
Alhamdulillah selepas 5 tahun menjadi single awal
tahun nie Cik Bunga kenal dengan seseorang yang 5 tahun muda dari Cik Bunga.
Kenapa pilih yang muda?? Hahahaha mesti soalan ni korang akan tanya.. Sebabnya
dia dapat terima Mia.. Tu je alasannya..
Nanti-nanti Cik Bunga cerita pasal dia ok…
BLOG BERWAJAH BARU
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk tahun
2015 melabuhkan tirainya.. Dan sebelum masuk ketahun baru Cik Bunga berhajat
nak mencari design blog yang lebih fresh, simple dan tak serabut.. Memandangkan
hari ni tak banyak kerja (memang taka da kerja pun) jadi Cik Bunga menghabiskan
masa dengan mebelek-belek blog..
Dan akhirnya Cik Bunga jumpa jugak template yang
Cik Bunga perlukan.. Kalau sebelum ni Blog ni berwajah seperti ini..
Dan
sekarang adalah seperti mana yang korang tengok.. Ok tak???
Mengubah template memang senang.. Tapi mengambil
masa yang lama untuk edit code-code yang ada… Terdapat banyak code yang
berubah.. Tak sama dengan template yang blooger pakai jadi Cik Bunga terpaksa
cari sendiri.. Dan finally berjaya jugak… Dan sekarang nie tengah belajar buat header pulak...
Korang rasa ok tak wajah baru blog Cik Bunga
nie??? Cer komen sikit… Ok tata….
SALAM MAULIDUR RASUL
Assalammualaikum bloggers dan readers
sekelian.. Salam Maulidur Rasul (dah petang2 baru la nak up entrikan.. moga belum terlambat.) Tahun
ini kita menyambut 2 kali Maulidur Rasul.. Yang pertama diawal tahun dan yang
kedua pada hari ini..
Mari kita banyak-banyakkan selawat ke atas Nabi
Muhammad S.A.W.. Dan dihari ini juga ramai yang mengambil kesempatan untuk
mengadakan perarakan, ceramah agama dan sebagainya..
Mesti ramai diantara korang yang dah start
bercuti memandangkan esok adalah hari perayaan krismas yang akan disambut oleh
penganut agama Kristian. Jalan-jalan dan lebuhraya juga sudah mula sesak.. Tapi
Cik Bunga masih bekerja hari nie.. Esoklah baru bercuti dan lusa akan bekerja
semula..
Kemana arah tujuan korang semua waktu-waktu cuti
nie?? Mesti ada yang balik kampung dan ada juga yang bercuti bersama keluarga kan??
Macam Cik Bie sekeluarga bercuti di Penang.. Cik Bunga harap semoga mereka selamat
pergi dan selamat balik..
Selamat bercuti kepada semua yang akan bercuti
dan Selamat bekerja kepada yang bekerja macam Cik Bunga ni.. ;)
5 PERKARA/SITUASI YANG BERBAHAYA DI JALANRAYA
5 perkara/ situasi yang berbahaya di jalanraya
yang pernah CB alami/lihat.. Memandangkan
masih ada sesetengah pengguna yang mengambil ringan tentang keselamatan di
jalanraya (termasuk CB sendiri) mari kita sama-sama ingat-mengingati. Jom kita
tengok apa 5 perkara/situasi tu..
- Penggunaan Telefon Bimbit Ketika Memandu.
- gambar ehsan google -
Dengan kecanggihan teknologi hari ini tidak
dinafikan segala urusan banyak bergantung kepada telefon bimbit. Tetapi yang
menjadi masalah ialah sambil drive sambil berwhatsapp, selfie (actually CB pun
pernah buat jugak..hehe), dll.. Orang kata time nak drive tu la baru teringat
nak text orang tu or orang ni.. Jujurnya CB jugak pernah mengalami situasi
nie.. Cuma mungkin kita boleh cari solution lain macam berhenti kat tepi ke
atau masa tunggu kat traffic light ke kan..
- Memandu Perlahan Dilorong Kanan.
Kalau korang perasan ni yang paling kerap korang
jumpa betul tak?? CB selalu jumpa waktu pagi dan waktu balik kerja.. Dorang
mungkin memandu dalam 40km/j tetapi dilorong kanan.. CB masih tak tau apa motif
sebenar kejadian ini berlaku.. Biasanya pemandu lain yang nak cepat akan bagi
lampu untuk minta pemandu yang berangan ni masuk ke lorong kiri.. Kadang2 ada
yang bagi respon yang baik tapi kadang2 ada jugak yang buat tak endah.. Macam
pagi ni CB tumpang abang ke tempat kerja (sebab satu tempat kerja) sebuah
kereta ni dah bagi lampu pun dia buat tak tahu still memandu perlahan di lorong
kanan. Bila abang CB memotong ke lorong kiri tengok2 dia tengah berangan sambal
korek hidung (haishhhh) tak tahu la nak kata macam mana.. Kita
renung-renungkan.
- Kenderaan Berat/Besar.
Ok CB tak taulah apa sebenarnya kelalaian untuk
no 3 ni.. Situasi nie CB SELALU
alami sendiri dimana kenderaan berat ni kalau nampak perempuan bawak motosikal
perkara yang dorang suka buat ialah pertama menghimpit contohnya CB bawa motosikal
dilorong kecemasan dan selalunya
kenderaan berat ni cara dorang himpit dorang akan masuk sedikit dilorong
kecemasan tu ibarat pura2 tak namapak ada motosikal kat tepi tu..dan yang kedua
membunyikan hon dengan kuat.. Nie yang paling CB tak suka.. Kadang2 nak gugur
jantung.. Sehingga hari ni CB masih tak paham apa kaitannya motosikal di lorong
kecemasan dengan kenderaan berat di lorong paling kanan sehingga dia perlu membunyikan
hon yang kuat.. Tahu tak tindakan-tindakan bodoh ni boleh mengundang kemalangan
yang mungkin boleh meragut nyawa.. Mana taknya kalau penunggang tu tak perasan
then dia terkejut dan tak dapat kawal motosikal dia lalu jatuh.. Belakang pulak
ada kereta tak pasal2 nanti kena langgar dengan kereta tu.. Betul tak??
- Handbag, Skirt/Kain (Wanita).
- gambar ehsan google -
Yang ni pun kerap CB nampak.. Baru 2 hari lepas
masa CB balik kerja berhenti dekat traffic light nampak satu motosikal ni.. Yang
bawa moto lelaki yang duduk belakang perempuan.. Lelaki tu pakai bagpack kat
bahagian depan.. Yang perempuan pula pakai handbag kat bahu kiri.. Handbag tu
pula tali panjang.. Ada jugak korang akan nampak handbag letak dalam bakul
motosikal lepas tu tali bag terkeluar.. Ada jugak yang pakai sling handbag tapi
letak kat belakang (maksudnya bag tu dekat belakang badan dia).. Ini adalah
punca2 mudahnya kena RAGUT wahai
wanita kesayangan sekelian.. Malang tak berbau orang kata.. Kita tak mampu nak
duga apa yang akan terjadi esok atau seterusnya.. Perkara yang kita boleh elak HARUSLAH kita elak.. Bak kata pepatah
beringat sebelum kena.. Ehh Betul ke tu pepatah?? Dan lagi satu kain or skirt..
Perempuan sekarang suka berfesyen apatah lagi sekarang famous dengan fesyen
skirt kembang.. Yang tunggang moto tu kena hati2 sikit ok.. Sebab kalau korang
tak hati2 ada kemungkinan skirt /kain korang tu tersangkut dekat tayar moto
atau kat rantai moto yang akan menyebabkan korang boleh jatuh.. Kalau korang
jatuh sendiri je tak pe la kot tapi memalukan lah jugak kan.. Kalau korang
jatuh tu belakang korang ada kenderaan lain yang tengah laju??
Renung-renungka.. Yang naik skuter tu pulak ada kemungkinan kain akan sangkut
dekat kipas enjin tau pun kain korang terbakar ( Macam CB selalu kena.. Sampai
tempat kerja kain berlubang-lubang.. Nasib la tak terbakar keseluruhan.. Jadi
sekarang Cb pakai seluar je kalau naik moto..)
- Brek Mengejut / Asyik Brek.
Tengah laju tiba-tiba kenderaan depan kita brek
mengejut/asyik-asyik brek padahal kat hadapan tak ada pape pun.. Menggelupur
kita pun tekan brek mana yang cekap akan elak ke kiri atau ke kanan.. Tapi
kalau tak ada kenderaan lain tak apalah kan.. Kalau ada dah satu hal pula..
Dulu arwah ayah ada tegur masa mama CB bawak kereta.. Ayah kata “jangan
brek macam tu nanti orang kat belakang terkejut.. Tapi belajar brek layang" . Tapi ada jugak yang jarak masih jauh tapi dah brek macam nak berhenti..
Sebenarnya banyak lagi situasi dan
perkara-perkara yang berbahaya dijalanraya ni.. Cuma ini apa yang paling kerap
CB nampak dan lalui.. Apa situasi yang pernah korang lalui pula?? Jadi
sama-samalah kita cuba untuk mengubahnya.. Jika ada orang lain yang membuat
kesalahan itu tegurlah dengan cara yang berhemah, jangan la kita cuba untuk
jadi samseng jalanan pula.. Terima kasih kerana sudi membaca..
REVIEW PRODUK - PERAPI RAMBUT HERBA
Assalammualaikum korang semua… Sihat tak?? Dah makan?? Hari nie CB nak
review satu produk yang CB beli dekat Langkawi kelmarin. Produk penjagaan
rambut yang CB lum jumpa lagi dekat pasaraya.. Cuma di Langkawi.
Jangan confuse bukan anak patung tu tau yang sebelah
dia tu.. Perapi rambut berasaskan susu
beras. Ok untuk pengetahuan korang lepas CB melahirkan Mia, CB mengalami
masalah sakit kulit yang di panggil PSORIASIS. Apa tu psoriasis?? Cer korang
google.. tak pun korang boleh KLIK
SINI
Masa dekat Langkawi tu dekat Nusantara Gamat
sementara tunggu rakan2 yang lain beli barang CB belek2 la satu persatu produk
dekat jadi terjumpalah perapi rambut ni.. Perapi rambut ni fungsi dia adalah
untuk hilangkan kelumumur di kulit kepala, melembutkan rambut, menyihatkan
rambut dan dll masalah rambut.. Bahan2 yang digunakan berasaskan beras dan
herba2 terpilih.. Bau dia pun wangi sangat..
CB cuci rambut hari2.. Kadang2 pula 2 hari
sekali.. Alhamdulillah dah 4 kali penggunaan rambut sangat mudah diurus,
lembut, rambut gugur pun kurang dan yang paling penting masalah sakit CB pun
beransur.. Macam mana CB tau beransur???
gambar ehsan google - contoh kulit kepala kemerahan
Sebelum ni lepas CB cuci rambut mesti ada kesan
kemerah merahan pada kawasan dekat dengan dahi.. Tapi selepas menggunakan perapi
rambut ni kemerah merahan tu memang tak ada.. kulit kepala nampak bersih..
(tapi belum la bersih betul.. tapi memang kurang sangat..)
Mama CB kata baguslah tak ada la rambut bersepah
lagi kat lantai rumah.. Huhu… Nampak gayanya CB kenalah beli shampoo dia
sekali.. Dan mungkin CB akan berterusan pakai produk nie… Insya allah.. Korang yang ada masalah kulit kepala cubalah produk nie..
SEGMEN BLOGWALKING BY CIK JEJARI RUNCING
Psssttt Pssstttt….CB nak gitau ni Cik Jejari
Runcing kita tengah happy sangat2… apa yang di happy kan tu ye?? Dan disebabkan
dia happy dia nak buat segmen Blogwalking hari ni.. Ehhh korang kenal tak Cik Jejari Runcing ni?? Mesti ramai yang kenalkan.. Cik Jejari Runcing antara blogger yang terkenal..
So korang jom kita ramai2 join segmen Cik Jejari
Runcing kita.. Syarat penyertaan senang jew.. Korang share kan LINK ni kat facebook korang (macam
kat pic atas ni), lepas tu buat satu entri tentang segmen nie.. Lepas tu
tinggalkan link entri kat ruangan komen di blog Cik Jejari Runcing kita… Mudah
kan???
REVIEW PRODUK - SKRUB MUKA SYAHIRAH
Assalamualaikum reader semua.. Hari ni CB nak
review satu produk penjagaan muka dengan korang..
Taaaaadaaaa ni lah produk tu Syahirah Skrub Muka. As
korang semua tahu CB sangat setia dengan produk keluaran Safi dari zaman
sekolah lagi.. Tapi sejak Safi mengupgrade produk dorang, bila CB pakai kulit
muka CB jadi terlalu kering dan sedikit mengelupas.. Ini terjadi mungkin sebab CB
tak berapa serasi dengan bahan baru dalam produk tersebut..
CB memang cerewet tentang produk penjagaan muka
sebab kulit muka CB agak sensitif. CB try pakai skrub muka Syahirah nie dari
hari CB ke Langkawi. Alhamudillah kulit yang kering dan mengelupas tu dah
kurang.. Kulit rasa lembut dan lembab..
Tekstur skrub juga tidak terlalu kasar.. Fungsi skrub muka ini ialah menbuang sel2
kulit mati dan juga bintik2 hitam pada muka.. Juga membantu kembalikan tona
warna kulit muka.. Selalunya bila CB mudah dapat sunburn bila terlalu terdedah
pada cahaya matahari yang terik. (dekat Langkawi hari tu panas sangat.. tambah
naik bot menyusuri lautan) Tapi dengan penggunaan Skrub muka nie tak ada
sunburn sangat.. CB harap2 serasi la
guna produk Syahirah ni.. So korang pun boleh try jugak..
JAWAPAN KEPADA 10 SOALAN SHIKIN RAZALI
Salam kenalan maya
sekelian.. Terima kasih Shikin Razali sebab tag CB untuk jawab 10 soalan dari
awak.. Huhuhu rasa macam kena temuramah dengan wartawan pulak.. Soalan2 dari
Shikin macam dekat bawah ni :
- Kenalkan diri awak
- Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? kenapa?
- Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
- Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
- Pendapat awak tentang jurnal saya?
- Warna kegemaran awak
- Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
- Siapakah idola awak dalam kehidupan?
- Barang yang WAJIB awak bawak semasa keluar dari rumah.
- Tempat percutian idaman awak?
Jawapan saya CB :
- · Nama saya Cik Cahaya Bunga atau boleh je panggil CB Erin. CB anak ke 3 dari 4 adik beradik.. Seorang ibu tunggal.. Mempunyai seorang cahaya mata bernama Mia.. Umur CB 28 tahun.. Bekerja di sebuah company swasta sebagai kerani khidmat pelanggan.
- · CB suka pulau.. Sebab dapat merasa tenang, damai berbanding bandar yang sesak dan padat.
- · Pencapaian terbaik?? Hurm apa ye?? Pencapaian terbaik tu mungkin dapat menjadi seorang ibu kepada seorang puteri.. Biarpun CB terpaksa mengharungi semuanya sendiri tanpa bantuan, alhamdulillah dengan semangat dari keluarga CB mampu bertahan sehingga kini..
- · Mungkin kucing sebab dia manja.. Tapi CB tak boleh bela kucing sebab Mia ada alahan..
- · Jurnal Shikin banyak membantu dan memberi info kepada pembaca2 yang berkunjung… Dan CB suka dengan templete yang baru ni… Nampak kemas..
- · Warna kegemaran CB berubah ikut umur kot…hahahahaha… Tapi untuk masa ni CB suka warna purple..
- · Buku ye??? CB suka baca novel.. Novel2 fiksyen atau cinta.. Sebabnya boleh membantu sikit dalam pengaturan ayat dalam penulisan..
- · Idola CB dah tentulah mama CB.. Kegigihan dan kesabaran dia sangat2 buat CB kagum.. Mama sangat tabah menempuh dugaan yang datang dalam hidup dia..
- · Of coz sekarang ni kena bawak handphone dan wallet.. Tak ada dua nie kompom tak keruan la CB.. Mesti nak cepat2 balik rumah.
- · CB nak pergi korea.. Hahahaha… Macam tak kena je kan?? Tapi seriously memang teringin sangat.. insya allah kalau dipanjangkan umur..
COMPANY TRIP TO LANGKAWI 10 - 12 DEC 2015 PART 3
12 Disember
2015
Seawal 7pg kami dah dapat morning call dari pihak
hotel.. Alarm hp pun mendayu2 berbunyi mengejutkan tuannya bangun.. Pagi2 nie
kami bersarapan di hotel.. Menu?? Memang sodap, mampu mengenyangkan perut.. Alhamdulillah..
Ok aktiviti kami hari adalah menjelajah gua, bagi
helang dan ikan makan.. Semua ni termasuk dalam 1 pakej di Mangrove
& Limestone . Paling kejap pun tour ni sejam.. Macam
kami 4 jam.. Selama 4 jam kami menyusuri muara laut tengok monyet.. bagi helang
makan.. Melihat panorama alam.. Kami jugak berpengalaman mengenali gua buaya
dan masuk ke gua kelawar..
Bila masuk ke gua kelawar ni korang kena hati2...macam
yang tour guide kami cakap jangan pegang apa2 sebab kalau terpegang najis
kelawar 3 minggu bru hilang bau dia.. Tengah hari tu kami menjamu selera di
atas restoran terapung sambil2 bagi ikan makan..
Tapi CB nak ingatkan korang sebab masa kami on
the way balik tu dapat tau yang ada orang makan dekat tempat yang kami pergi tu
bayarannya sangat2 mahal.. Cuma CB tak sure lah restoran yang mana dia
pergi..sebab dekat kawasan situ ada beberapa restoran…
Bila dah selesai makan untuk balik ke tempat bot
tadi kami melalui kawasan Tanjung Rhu dan sempadan Lautan Andaman..
Aktiviti hari ni tidaklah padat seperti semalam..
Tetapi waktu yang singkat membuatkan kami agak terkejar2... Lepas puas melihat
panorama laut aktiviti yang dinanti pun tiba… Apa lagi shopping la… Coklat..
Coklat.. Coklat... Tapi macam CB nie tak makan coklat jadi CB just beli kan
untuk Mia dan Cik Bie je… Ka in batik pula CB beli kan untuk mama n mama Cik
Bie..
45minit masa diberikan untuk shopping coklat
memandangkan feri kami pada jam 4petang.. Selesai beli belah terus naik feri..
Sewaktu perjalanan balik cuaca hujan lebat.. Mujurlah bas yang kami naik tak
mengalami kemalangan di Pendang.. Kerana sewaktu bas kami lalu tiba2 signboard
di tepi highway nak tumbang.. Alhamdulillah kami semua selamat sampai dan
beristirehat dekat rumah pada hari ahad tu..
COMPANY TRIP TO LANGKAWI 10 - 12 DEC 2015 PART 2
10-11 Disember 2015
Pengembaraan bermula
jam 12malam dari opis menuju ke Jeti Kuala Perlis.. Perjalanan sangat lancar
kerana dua kali je berhenti di kawasan rehat. Pertama berhenti di RnR Tikam Batu
dan yang kedua RnR Gurun. Tepat jam 730pagi kami Selamat tiba di Jeti Kuala
Perlis. Tour guide memberitahu tiket feri kami adalah jam 930pagi jadi
sempatlah nak mandi dan sarapan pagi. Of coz benda pertama yang CB buat adalah
mandi sebab makan boleh tapau je memandangkan kedai makan semua penuh tak ada seat
kosong.. ( biasalah tu cuti sekolah ). Selesai
sarapan dan mandi ( sempat jugak lagi berselfie ) tibalah giliran kami
semua naik feri..
Lebih kurang 45
minit masa diperlukan jika menaiki feri.. Dah nak sampai tu bolehlah tengok
pemandangan pulau2 yang ada berdekatan ( Langkawi memiliki 99 buah pulau )
Sesampai kami di Jeti Kuah tour guide dan bas sudah pun menanti (di Langkawi ada tour guide lain bukan yang
ikut kami dari Port Klang ). Destinasi lawatan yang pertama adalah Dataran
Helang. Mercu tanda yang gah untuk Pulau Langkawi.
Dah puas bergambar kami
meneruskan perjalanan ke sebuah kedai makanan laut di Pekan Kuah untuk makan
tengah hari disana.
Menu yang
dihidangkan memang sedap asli dari Thailand. Di Langkawi tidak susah untuk
mencari makanan halal kerana penduduk disini kebanyakannya adalah melayu. Usai makan, perut dah kenyang kami terus
menghala ke showroom Nusantara Gamat Langkawi dan kedai
Batik Jawa ( masa ni memang masing2 sibuklah memborong minyak gamat dan produk2
lain ).. Minyak gamat dan batik adalah antara perkara yang tak akan pengunjung
lupa beli untuk bawak balik.
Masa yang tour guide
beri lebih kurang sejam sahaja. Kerana ada destinasi lain yang hendak di tuju
(jadual memang padat sangat). Mesti korang tertanyakan kita orang dah check in
ke belum?? Of coz lah belum.. Mujur la
CB sempat mandi dekat Jeti Kuala Perlis..
Sepatutnya kami terus menuju ke Makam
Mahsuri tapi memandangkan yang pergi bukanlah semua muslim, jadi kami batalkan
dan terus menuju ke Langkawi Cable Car. Yeahhhhh!!!!! Tempat
yang sangat2 dinantikan. Sape yang belum pernah naik cable car di Langkawi
sangat2lah rugi.. Sebab apa?? Sebab pemandangan yang sangat cantik menanti
diatas Dan juga satu pengalaman yang luarbiasa pada CB..
2 jam menanti
akhirnya dapat jugak naik.. Fuhhh time2 cuti sekolah nie memang padat sangat..
Tapi dah banyak improvement kat sini.. Last
CB pergi tahun 2011.. semata2 yang ada adalah cable car ni je.. tapi sekarang
macam2 hado.. Korang jangan lepaskan peluang masuk 3D muzium.. Memang puas hati.
Masa kita orang naik tu cuaca
memang tengah cantik dan matahari dah dekat2 nak terbenam.. Pemandangan memang
cun gila.. Rezeki pulak masa nak turun tu dapat tengok pelangi..
Sekarang tibalah
masa untuk kami check in.. Fuhhhh badan pun dah rasa penat tapi masa on the way
ke hotel lalu lah dekat Pekan Cenang tu memang tak boleh tahan..hahaha semua
pun dah set lepas dinner nak siap2 untuk hangout jalan2 cuci mata di Pekan
Cenang. Tempat penginapan kami sangat2 selesa. Mana taknya FAVEHOTEL mempunyai lebih kurang 50 buah cawangan
seluruh negara. Dalam jam 100pagi baru la kami balik hotel untuk tido..
COMPANY TRIP TO LANGKAWI 10 - 12 DEC 2015 PART 1
Hello readers alhamdulillah
walau baru 8 bulan kerja dengan company ni dapat jugak CB join pergi company
trip.. Rezeki orang kata walau bukan ke luar negara macam HOD dan Executive.
Pulau Langkawi adalah pilihan company trip kali nie..
Terima kasih kepada bos
sebab sudi bawak kami staf2 untuk bercuti dan menghabiskan duit huhu..
Perjalanan ke Pulau Langkawi bermula 10hb Disember ( malam ) hingga 12hb
Disember ( malam )
Agak memenatkan dengan
aktiviti yang padat tapi ni lah masanya nak mengeratkan hubungan antara bos dan
rakan sekerja yang lain.. Seronok ke bercuti kat Pulau Langkawi?? Boleh lah xde
lah bosan sangat lagi2 dengan aktiviti yang padat. Lagipun banyak tempat2
menarik yang kita boleh pergi..
Pulau Langkawi mempunyai 99
buah pulau2 kecil.. Apa yang CB shopping dekat sana?? Tak banyak sebab kalau korang nak tahu syarat nak shopping sakan dekat sana tanpa perlu bayar cukai untuk barang2 tertentu adalah mesti tinggal di Langkawi dalam tempoh 48 jam iaitu bersamaan 3h 2m.. Untuk cerita tentang aktiviti CB dekat sana
>>> KLIK SINI
>>> KLIK SINI
PROGRAM KONVOI MTHUSIAST KE JOHOR BAHRU 4-6 DISEMBER 2015 PART 2
Assalammualaikum readers.. Fuhh CB amek masa seminggu untuk
buat entri kali nie.. Kesibukan yang sangat tak dijangka .. Ditambah pula
dengan short company trip hujung minggu lepas.. Sebenarnya entri kali ni CB nak
share pasal hari kedua dari cerita kat sini >>> KLIK SINI
Pagi tu kami bangun awal jugak lah sebab ada breakfirst dekat
hotel.. Menu sarapan dekat Hotel Central nie not bad la..bolehlah buat kenyang
perut.. Lepas breakfirst kami semua terus ke ballroom untuk menjalankan sedikit
meeting untuk ahli kelab dan beberapa acara permainan untuk anak2 dan ahli
kelab.. (saja suka2.. nama pun family day kan..)
Acara selesai lebih kurang jam 1 tgh hari.. Kami pun naik ke
bilik siap2 untuk keluar makan tengah hari.. Destinasi pilihan Plaza Angsana..
Hahaha sebab malam tu ada lalu kat situ so situ je la yang kami tahunya pun...
Restoran pilihan??? Pizza Hut… yang paling senang dan mudah..
Selesai je makan Kami pun jenjalan la kat dalam mall tu..
Abang2 CB cari baju untuk dipakai untuk dinner malam nanti… Dekat maghrib jugak
la baru kami balik semula ke hotel…
Dinner malam tu bertemakan P.Ramlee… Pelbagai watak dalam
cerita P.Ramlee dapat dilihat… Dinner pun santai jew… Tapi pada malam tu tak
ada la kami berseronok sangat sebab mendapat khabar duka bahawa anakanda Tunku Mahkota
Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan
Ibrahim Ismail iaitu Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan
Ibrahim Ismail mangkat. Dimaklumkan
Tunku Jalil menghidap kanser hati tahap 4.. Tunku juga adalah seorang anak raja
yang sangat disayangi oleh rakyatnya kerana sikapnya yang merendah diri dan
baik hati.. (Alfatihah)
Oleh kerana itu CB
sekeluarga membuat keputusan untuk pulang awal kerumah.. Jadi kami taka da la
ikut aktiviti hari ketiga tu…
Walaubagaimanapun satu pengalaman CB join satu
family day yang besar..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Assalammualaikum korang.. Hari ni CCB xde la bz sgt.. So sambil buat kerja nak hilangkan ngantuk tu sambil2 lah kunyah apa yang ada.. Hari ...
-
Jom join giveaway oleh Dylla… Klik pada banner untuk join.. Bagaimana caranya? 1. Follow blog DYLLAREZAN ini. 2. Buat s...
-
Segmen kali ni bukan blogwalking sahaja, tetapi diharuskan follow blog peserta. Harap tak kisah la. wahhh Zie ada buat segmen BW ...
-
Hari ni Cik Bunga breakfisrt Sharped Pie.. Selera tekak hari ni memang western sangat.. So Cik Bunga nak share resepi Sharped Pie yang simp...
-
Kebelakangan nie gempar sangat tentang isu VAPE .. Baik buruknya juga apa hukumnya bila hisap vape.. Cik bunga tak berani la nak sentuh isu...
Labels
2015
2016
2017
2018
3H 2M
ahlijawatankuasa masjid
aidijuma
AJ
asam pedas
AZAM
BANTUAN RAKYAT
bantuan rakyat 1 malaysia
batu dalam hempedu
batu karang
BLOG
bloglist
blogwalking
BMW
BORANG KAWIN
bosan
BR1M
BR1M2016
bukit katil
bukit tabur
bussiness
BW
C
cabaran
CARA ISI FORM
CCB
ceritera
CINTA HATI
company trip
contest
coretan
counting days
cuti cuti malaysia
DAFTAR
destinasi bajet
diet
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
dugaan
eday
edit
elianto
EVENT
family day
finance
fitness
GA
giveaway
green tea
GST
hantaran tunang
hari kelahiran nabi
hiking
hilangkan parut
holiday
idola
islam
islam itu indah
jais
jalan jalan
JALANRAYA
JJCM
johor
karma
kecuaian
kejam
keluarga
kemaskini
kifarah
klang
kod panggilan
konvo
konvoi
kuih frozen
KUIH MUIH
laviteen
lazada
lemonex
LHDN
life
majlis
maulidur rasul
melaka
meru
mia
misi
MOVIE
Mthusiast
my story
nabi muhammad SAW
online
opismate
pendaftaran
pendapat
pengalaman
penjagaan badan
penjagaan muka
penjagaan rambut
petua
petua nenek
pra sek
PRINCESS MIA
problem
produk kecantikan
PUDING
realiti
RESEPI
resepi warisan
review
rose recipe
sabun
SAFI
SAFI BALQIS PERFECT 10
sales
segmen
sekolah
semulajadi
senarai masjid
setia alam
shampoo
sharing is caring
short vacay
siput beliung
skrub muka
soalan
soaljawab
STORY THE MORY
syahirah
tahun 1
template
tips
tunang
tutorial
VACATION
viral
wedding
western
wordless wednesday
workout
zhulian