MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK MERU 2

Assalammualaikum sahabat sahabat sekelian.. Hujung hujung tahun ni ramailah parents yang kena amik cutikan untuk majlis konvo @ majlis penyampaian hadiah.. Zaman CB kecik kecik dulu takde pun majlis konvo macam ni.. Cuma amek gambar pkai jubah je.. Budak budak zaman sekarang kemain lagi kan..CB jugak tidak terkecuali sebab anak CB berusia 6 tahun.. 12/11/17 yang lepas majlis konvo anak CB di sekolah ABIM.. Majlis tersebut dibuat di Galeri Seni islam, Shah Alam.. Yang ni memang tak ada gambar pun sebab CB banyak rakam video..

Petang semalam sesi menandatangan report kad di taski ABIM.. Untuk pengetahuan korang anak CB sekolah tadika 2 sesi.. Sesi pagi di SEK KEB dan disebelah petang sekolah Taski ABIM..




Dan sebentar tadi Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk pra sekolah pula.. Alhamdulillah walaupun kehadiran tetamu kehormat lambat tiba majlis berjalan dengan lancar.. Dan selesai awal.. Semalam kemain lagi anak CB ni sedih ngis sedu sedan sebab nak berpisah dengan kawan kawan dan cikgu...



Hari ni dengan rasa tak percayanya anak CB dapat meraih sebagai pelajar cemerlang dengan 98.8%... Ya allah terasa bangga sangat.. Hakikatnya dekat rumah anak CB banyak main dan tengok tv.. Kalau keluar pula sibuk dengan youtube.. CB pun kadang balik lambat tak sempat nak check buku atau kerja sekolah dia...



Hakikatnya CB adalah mak yang garang.. Cikgu pernah je adu dengan CB yang Mia ni susah nak buat kerja dekat sekolah, banyak borak.. CB harap Mia dapat teruskan usahanya menjadi pelajar cemerlang sampai habis sekolah dan peringkat universiti nanti..


CB dulu ada 1 je sijil masa tadika.. Tapi anak CB sampai 3.. Sijil tamat pra sek, sijil pelajar cemerlang & sijil program bahasa wakil Daerah Klang. Alhamdulillah syukur sangat... Siapa kata ibu tunggal tak mampu untuk didik anak dengan baik.. CB dah buktikan.. Ramai yang dah buktikan.. Kita sebagai parents kena bagi semangat pada anak anak... Jangan sesekali beri tekanan yang melampau pada anak kita.. Jadilah sahabat pada anak kita.. Insya allah hati mereka akan rasa senang dan bila dah senang hati maka nak menuntut ilmu pun tak ada halangan untuk mereka..




 Moga anak CB dan anak anak anda semua terus sukses dalam pelajaran...



















LEMONEX????

Asaalammualaikum... Sejak sejak kebelakangan ni derat badan naik sungguh sungguh laa.. Sampai future MIL pun tegur dah.. Sekali check pergghhh rasa nak pengsan CB... now berat dah 64kg... Hamboi hamboi bahgia sungguh la gamaknya...

Jadi CB saja la try beli LEMONEX ni.. Kawan kawan kata boleh tahan la produknya... Sebagai fat burner & detox...


So far CB dah cuba selama 4 hari.. Perut menjadi sangat lawas... Idok le sampai 10 kali gi tandas tu... Sehari 2 kali, kira ok la tu kan?? CB sebenarnya tak la mengharapkan untuk kurus macam model tapi cukup sekadar berat tu seimbang dengan tinggi... Orang kata apa BMI gitukan....

64kg agak over bagi CB.. berat paling minimum untuk badan CB ialah 56kg... So klu dapat tengah tengah ke.. Atau dapat yang paling minimum ke dah kira ok dah...

CB bukanlah terlalu obses nak kurus... Cuma CB nak kan badan yang sihat insya allah tanpa penyakit kronik macam darah tinggi, sakit jantung, kencing manis... Kalau boleh nak elak semua tu... Walaupun hobi CB sekarang ni adalah makan....


Soooo kita cuba dulu botol yang pertama.. Kalau ada pengurangan dalam 2-3kg kita consume... Tapi kan orang kata apa apa produk yang kita guna mestilah kena cunsume 3-4 bulan macam tu bru nampak kesan... Doa kan CB loss weight ye korang... takut nanti baju pengantin tak muat pulak (menangis kat bucu katil)





KENALI AHLI JAWATAN KUASA MASJID KAWASAN ANDA

Assalammualaikum....

Berapa ramaikah yang tahu siapa ahli jawatankuasa masjid @ surau dikawasan tempat tinggal anda??? Maaf la CB bukan nak kata korang tak ambil tahu... Tapi macam orang yang baru berpindah ke.. Atau orang yang pergi masjid sekali sekala ( yela kadang-kadang tak sempat sebab tuntutan kerja balik lambat kan..da solat kat rumah je).. Sejujurnya ada yang tak tahu.. CB pun tak tahu sebab dulu orang lain sekarang dah orang lain... Haaaaa nak hantar form nikah hari tu beria lah cari yang dulu tu... Padahal dah tukar orang... Nasib la siasat dulu...

Alhamdulillah dizaman IT ni mudah je.. Tapi masih ramai jugak yang tak tahu... Jadi CB nak bantu orang-orang yang tak tahu tadi supaya jadi tahu... Sesama kita bantu membantu dan memudahkan kerja orang lain.. CB pun berterima kasih la dengan En. Google ni kan... Tapi kena guna keyword yang tetap barulah jumpa...

Jadi CB share dengan korang pulak moga mudah urusan korang.. Ikut nama negeri ye.. Ini yang CB jumpa.. Setiap negeri wajib ada portal e.masjid ni supaya memudahkan urusan, bukan shj urusan perkahwinan malah kematian atau lain-lain..

Negeri Selangor

Melaka

Negeri Sembilan

Sarawak

ni pulak untuk MASJID MALAYSIA semua senarai masjid ada dalam ni insya allah..

CARA MENYEDIAKAN BORANG PERKAHWINAN - PART 2 -

Assalammualaikum.. Ok kembali dekat part 2 tentang cara-cara nak isi permohonan nikah secara online.. NIKAH, CERAI & RUJU' ONLINE

Bila korang dah log in dia akan keluar macam yang kat bawah ni.. Diingatkan antara laman utama perempuan dan lelaki tak sama ye dari segi senarai borang.. Yang bawah ni perempuan punya..



 

Dah log in tu kan jangan lupa print senarai semak permohonan ni.. Yang kat bawah ni senarai semak perempuan :





Korang boleh tgk kat bawah CB dah remark yang mana korang wajib isi. Jika perlu tu depends korang asal dari mana dan dah menetap dekat tempat @ kariah yang korang nak nikah tu dah berapa lama..
Ok contoh ye.. CB asal selangor.. Dah menetap dekat kariah sekarang almost 23 tahun.. So CB tak perlu isi borang permastautin tetap tu.. Kalau korang asal negeri lain, menetap kat selangor dalam 2-3 tahun so korang kena la isi borang permastautin tu.. Wakalah tu wajib sesangat ye...




yang bawah ni pulak untuk lelaki:

Permastautin tetap tu sama la macam perempuan punya tadi.. Macam En. Tunang pun tak payah isi sebab dia orang tempatan kariah.. Kira memang orang kampung situ la senang cerita.. Lelaki punya special sikit.. Kenapa special?? Ok lepas dia isi borang 2A dia kena serahkan borang kepada jurunikah yang nak nikah kan tu untuk dapatkan cop.. Lepas dapat chop dari jurunikah dia kena bawak borang ke pejabat agama untuk dapatkan borang kebenaran berkahwin.. 

Lepas dah dapat borang kebenaran berkahwin tu bakal pengantin lelaki kena serahkan semua borang kepada bakal pengantin perempuan.. Then pihak perempuan kena la uruskan yang seterusnya..






Kat bawah ni contoh senarai semak pemohonan lelaki.. sikit je kan???



Kat bawah ni pulak contoh ruangan borang pemastautin tetap.. yang ada warna merah tu semua wajib isi.. Cuma bahagian saksi shj tak perlu isi..




Haaaa yang kat bawah ni pulak contoh borang permohonan perempuan.. Wajib isi semua detail.. kalau tak nanti korang kena isi semula bila log in balik.. Kalau semua pihak bagi kerjasama yang baik so borang dapat la disiapkan awal..






Rasanya mudah difahamikan??? Kat mana nak cari pendaftar nikah kat kawasan korang??? haaaa refer kat  PART 3 pulak..


CARA MENYEDIAKAN BORANG PERKAHWINAN - PART 1 -

Assalammualaikum w.b.t semua.. Ok selalukan kalau kita search kat Mr. Google susah la kita nak dapatkan penjelasan yang tepat tentang cara-cara penyediaan dan cara mengisi permohonan perkahwin ni.. CB cakap melalui pengalaman memandangkan prosesnya dah tak sama macam dulu-dulu.. Selalunya masa krusus pra-perkahwinan dorang ada dah bagitau.. Tapi kalau kena plak yang pergi krusus tu belum sampai time.. Dah terlupa dah kan..

Sekarang ni pemohonan nikah perlu diisi secara online di laman web JAIS dan B2B kena print out permohonan yang dah lengkap sendiri.. Ok nanti CB tunjukkan step by step ye.. Dan mungkin post ni akan jadi panjang so CB buat part 1 dulu..

Sebelum korang isi permohonan perkahwinan ni please make sure yang korang dah mengikuti krusus pra perkahwinan dan korang dah ada sijil krusu pra perkahwinan yang sah.. Jangan tipu-tipu tau.. Sijil krusus ni sah sepanjang hayat. Dan bagi lelaki/perempuan yang berstatus duda/janda tak perlu lagi hadir krusus pra perkahwinan ni.. Tapi kalau nak pergi boleh je.. Bak kata orang menimba ilmu kan.. Perkahwinan ni pun perlu ada ilmu..

Ok if korang dah settle krusus.. Korang kena pergi buat HIV test dulu. Jangan ingat dah pergi krusus dah boleh terus isi permohnan nikah ye.. HIV test korang kena buat di klinik kesihatan berdekatan tempat korang.. Tak payah excited nak pergi pagi-pagi sebab selalunya HIV test ni dorang buat pukul 2pm keatas.. Korang boleh la call KK area korang untuk confirmkan.. Kalau tak sia-sia je korang datang awal-awal..

Dah settle HIV (kena dapat keputusan negatif baru boleh kahwin) barulah korang boleh isi permohonan nikah.. Keputusan HIV test yang korang dapat tu boleh guna pakai dalam tempoh 6 bulan sahaja.. Dia bukan macam sijil krusus pra perkahwinan ye.. Dalam tempoh 6 bulan kalau korang tak kahwin so nanti korang kena buat test balik..

Nak isi permohonan nikah boleh lah ke laman web NIKAH, CERAI & RUJU' ONLINE.. Kat web ni memang khas untuk nikah, cerai @ ruju'.. senangkan??

Haaaa senang.. Cuma korang kena pastikan semua maklumat yang diperlukan dah ada termasuklah detail saksi, wali, pengantin, bila date nak nikah, bila tarikh nikah mak ayah korang.. Semua tu korang kena tau dulu siap2 baru korang buka laman web tu untuk isi form.. Dia tak boleh isi separuh-separuh then save esok tambah lagi.. TAK BOLEH.. Detail korang je yang akan die save.. Yang lain-lain masuk secara manual.. Maklumat borang dah complete baru boleh print out.

ok kita sambung esok plak macam mana rupa laman web tu ye..


HILANG SEMANGAT??MACAM MANA BOLEH JADI??

Assalammualaikum korang... Actually tak tau la nak start topik ni macam mana.. Hurmmm takut pulak la nanti ada salah tafsir.. Hehehe...


Ok sebenarnya macam ni.. Lately kan CB rasa macam kurang bersemangat nak pergi kerja.. Tiba - tiba rasa macam bosan pulak dengan kerja ni... Siapa pernah rasa macam CB?? Nak masuk tahun ketiga dah CB kerja dengan company yang sekarang ni.. Alhamdulillah biasa la kerja kan... Kadng tu stress kadang tu tak... Kadang busy kadang rilex...

Tapi nak jadikan cerita tu la dia datang pulak sakit pemalas.. Masalahnya sejak-sejak CB berjinak-jinak buat kek.. Hahahahaha... Ok adakah kita nak salahkan sumber pendapatan part time tu atau salah CB sendiri yang dah terlalu leka???

Ok meh kita cari punca.. Mungkin jugak salah CB kot sebab ye la CB kan bekerja so kadang cust nak kek waktu CB tengah bekerja.. Haaaa sape pulak nak menghantarkannya... Dan sebenarnya ada jugak CB cakap kat customer yang CB cuma buat kek hujung minggu sahaja... Tapi kalau nak pagi, area tu pulak laluan CB nak pergi kerja boleh la hantar sekali.. Tapi kadang customer merayu-rayu.. Alahai tak sampai hati pulak nak tolak...


Soooo kat mana agaknya salahnya ye??? Sampai terfikir nak berhenti kerja.. Tu yang tercipta statement hilang semangat tu.. Hahahahahaha teruk parah dah ni... Padahal bisnes part time baru setahun jagung belum kukuh lagi macam orang lain tu kan...


Maka... Korang rasa apa yang perlu CB buat ye??? Tetiba je buntu pulak... Ada la kata kat En. Tunang nak berhenti kerja... Dia kata tengok nanti lepas kahwin bincang balik... Macam kesian pulak kat dia kan kalau kena kerja sorang-sorang nanti... Dah la kahwin-kahwin terus ada anak...



TAHNIAH FATIN DAN PASANGAN 12/11/17

Assalammualaikum selamat tengah hari semua...


jumpa lagi hehehe...Sekarang ni CCB berusaha untuk aktif balik blog ni...Dapat 1 hari 1 post pun ok dah kan dan baru berkesempatan nak menaip post pasal hari ahad lepas CCB pergi attend wedding jiran lama....CCB nak ucapkan tahniah la kat jiran lama CCB ni..CCB tengok dia membesar tau..dari budak hingusan sekarang dah kahwin dah...Dulu masa kecik panjat pokok & macam tomboi sikit...Tahniah Fatin Evana dan pasangan..

Kenduri yang meriah sangat syukurlah semua berjalan dengan lancar..En Tunang dah datang dulu, CCB pergi dengan kawan sebab En Tunang kena rush pergi keramat saudara kahwin..

Apa pun tahniah sekali lagi Fatin Evana dan pasangan moga berkekalan hingga ke jannah hendaknya...



TERJEBAK LAZADA SALES 11.11

Hai korang assalammualaikum..





Yeahhhh dah sampai barang yang CB order.. Cepat dan pantas betul.. Hari sabtu CB order hari isnin pagi dah sampai dah..

CB ni jarang sangat guna mekap.. So macam sayang plak nanti beli yang brand mahal mahal tapi tak pakaikan.. So CB decide beli brand Maybelline je untuk hantaran nanti.. Maybelline pun not bad apa sekarang setanding dengan brand2 terkenal..

3 item ni CB dah usha harga kat Watson dan Parkson. Bila kebetulan Lazada buat sales so CB pun usha harga kat Lazada before sales & selepas sales.. Sangat berbaloi (pada CB la..hahahaha)

Harga asal untuk 3 item = RM 165.70
Harga Lazada sebelum sales 11.11 = RM 129.40
Ada voucher Lazada tolak lagi RM15 = RM 114.40


Soooo bila tibanya date 11.11 CB pun check lagi price.. Ya allah murahnya.. Gila tak murah CB mampu jimat RM 67.54

Harga promo Lazada 11.11 = RM 111.55
Ada voucher MBB = RM 20 (kalau tak silap la dah lupa)
Total CB bayar = RM 98.16 (yang best free shipping yeahhh)


See tak sampai RM100 dah dapat 3 item tu.. Dari CB gi beli kat kedai sah sah la habis Rm150++

Thank you Lazada.. Sebab dah bantu CB complete kan barang hantaran so malam ni dah boleh hantar barang barang ke rumah mentua..


PERSEDIAAN UNTUK HARI BAHAGIA

Assalammualaikum korang..

Alhamdulillah lepas 3 bulan mengikat pertunangan CB bakal mengakhirkan zaman single tak lama lagi.. Banyak persiapan yang perlu diuruskan walaupun CB cuma nak buat kenduri doa selamat...

Tarikh dah ditetapkan.. Borang pun dah settle.. Memandangkan En. Tunang CB tu bujang so family dia request untuk ada dulang hantaran..

So far barang hantaran ada yang dah settle dan still ada yang belum beli sebabnya En. Tunang agak busy sikit dengan kerja dia.. Nak cuti pun susah.. Kesian kat dia.. Nasib la dia ada tunang yang cekap dan pantas..

Ok sikit tips untuk bakal pengantin yang nak mendirikan rumahtangga pastikan korang buat checklist apa yang korang PERLU buat..

Sebabnya kalau korang x buat list confirm AKAN ada yang tertinggal atau yang korang lupa..

next post CB share dengan korang untuk isi borang kahwin dan persiapan yang lain ok..


DISUATU PETANG

Assalammualaikum korang.. Hari ni CCB xde la bz sgt.. So sambil buat kerja nak hilangkan ngantuk tu sambil2 lah kunyah apa yang ada.. Hari ni CCB minum petang dengan rojak buah.. Tapi kuah rojak tu tak sedap pulak.. Xpe lah..



Korang penah tak korang ada dalam situasi dimana korang punyalah jaga hubungan dengan officemate tapi korang dikhianati atau kawan2 yang hanya ingat korang bila dorang susah.. Contohnya bila officemate mintak tolong korang tolong tanpa banyak soal... Tapi belakang korang die duk mengata kita.. last yang susah tu kau tolong bila dah senang lupa kat orang yang penah bantu dia masa susah dulu.. Macam dia yang terbaik sekali...

Kadangkan bila CCb ada dalam situasi macam ni, CCB rasa macam lepas ni tak nak dah cakap dengan orang2 yang macam ni.. Rasanya cukuplah diperbuat macam tu.. Tapi tu la kita ni cuma manusia biasa... CCB tak mampu nak tolak bila kawan atau officemate mintak tolong..

Maka berkali kalilah kita dikata dan dilupai.. Kalau korang ada dalam situasi macam ni.. Korang ingat satu je... Kita tak selalu ada kat atas.. So apa yang dia buat tu karmanya ada... Jangan la korang doakan yang x baik pulak... Doakan yang baik2 je ok...

Ok bubye uolls..😉😉😉😉😉😉

Perkenalan Kuih Frozen Nek Siah By Rose Recipe's

Assalammualaikum readers dah jarang-jarang dah CCB dapat update kat blog sekarang ni.. Ok sebenarnya post ni nak memperkenalkan produk bumiputera (kecil-kecilan je) yang diusahakan oleh mama CCB sendiri dan CCB tolong promote kan secara langsung dan tak langsung..


Taaaadaaaaa.... Mama CCB kini mengusahakan produk kuih frozen.. Alhamdulillah dah 3 bulan perniagaan ni berjalan.. CCB buat kan marketing jualan dalam talian.. Of coz FB la jadi pilihan utama kan... Dan CCB jugak la yang jadi runnernya...

tolong like page Cik Bunga Kitchen











Soo CCB harap sukses la hendaknya usaha ni ye...korang pun doa2 kan la... sebabnya tercetus idea ni just nak bantu mama raih side income.. Soooo sape2 area klang, meru dan kawasan berdekatan nak kuih frozen yang rasanya asli contact CCB k...


MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 4-

Alhamdulillah selamat dah menjadi tunangan orang.. Moga urusan lepas nie dipermudahkan.. part 1, part 2 & part 3 klik sini





- bakal mak mertua sarungkan cincin -


- pic tak edit tu yang huru hara tu..tambah plak belakang pelamin tu ada light haaaa -



- TQ mak -


- cincin merisik tu CCB pilih sendiri, cincin tunang pulak mak yang pilih kan.. - 


sebelum depa balik haaa CCB ajak la bergambar kenangan dulu.. Bukan selalu pun kan majlis macam ni ada...


- bersama adik beradik encik tunang -


- bersama makcik & sepupu tunang -

* doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik..

MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 3-

kesinambungan part 1 & part 2


Pihak sebelah bawak 5 dulang :














- yang ni special cakar ayam berbentuk sarang burung & telur burung puyuh -



MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 2-


Ok sambung lagi cerita... part 1 kat sini

photographer kawan adik CCB dia bagi harga kawan kawan tapi pic tak de edit pape...habis kenduri dia terus transfer kat laptop.. Tapi CCB bayar la kat die half price RM 150.

Pelamin plak along CCB yang sponsor (TQ sangat).. Pelamin ni CCB amek sekali package mekap.. so price dia RM 500.


- boleh search fb rose yusoff -


- baju ni baju kahwin mama CCB dulu -

Tapi sayang sikit la sebab tak dapat nak mekap sangat pada bahagian mata sebab mata CCB agak sensitif sikit sikit berair..

Sementara menanti pihak sebelah datang lepas maghrib CCB layan kan anak anak buah bergambar..


- bersama anak buah yang sulong dan adiknya -


- bersama anak kesayangan CCB -


- layan kan aje la anak anak ni -


- anak dara pun dah besar - 


- keluarga along CCB & mama - 

pihak sebelah datang 8 kereta (before kata 5 kereta je). Angah CCB ada la sewa khemah.. 




- sesi perbincangan sedang berjalan -






MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 1-

Assalammualaikum sahabat sahabat sekelian.. Alhamdulillah hari ni pagi pagi dah hujan. Rahmatnya dihari jumaat ni.. Hari ni CCB nak share pasal majlis pertunangan CCB ahad lepas.. Selepas 6 tahun CCB jadi single mom dan selama 6 taun tu jugak le berkawan dengan ramai orang.. Syukur allah pertemukan jugak jodoh baru (insya allah).


Majlis Pertunangan ni adalah perancangan last minit.. CCB ada mse lebih kurang 2 minggu nak buat persiapan.. Sebab date pertunangan ni dapat pun masa family BF (belum tunang lagi masa tu) datang jamuan raya hari tu..

Persiapan semua CCB buat sendiri, hantaran tunang CCB buat sehabis kreatif DIY & recycle je sebab dah lama sangat tak mendeko sebenarnya.. lebih kurang 4 tahun kat rumah tak ada majlis macam ni.. Kalau dulu arwah ayah yang akan buat kan.. Pihak sebelah hantar 5 dulang so CCB balas 7 dulang..

Tak naik barang sekali sebab bakal mak mertua kata nanti nikah baru bawa sekali..


CCB banyak hantar makanan dan manisan..

Total cost :

*Hiasan dulang (bunga, gabus,lapik gabus, riben & renda) - RM100
*Brownies - RM 65
*Cupcakes flavor american chocolate - RM 35
* Gula gula, coklat & jelly - RM 50 (termasuk anak CCB punya jajan..And tak habis pun gula gula yang CCB beli tu bagi ke pihak sebelah..lebih nya anak anak buah yang habiskan)
*Bunga kapur, gambir & sireh - RM 15 (bunga kapur tu dah mahal sekarang sekuntum RM4.50)

lebih kurang dalam RM 200++ la cost untuk hantaran sebab ada yang selit untuk kat rumah..

 - bunga2, bakul buah & sampah (kertas warna kat bawah buah tu) beli dekat GM Klang
 - gula gula, coklat marshmallow tu beli dekat kedai borog makanan ringan
 - Sireh & buah beli dekat Pasar Besar Klang


- buah buahan -


- apam polka dot jiran sebelah rumah buat -


- gula-gula, coklat & marshmallow -


- pulut kuning mama CCB masak, corak ni CCB yang masuk kan dalam acuan -


- brownies (jiran jugak yang buat sebab dia ada meniaga online) -


- cup cakes (CCB suka order kek dengan dia.. sedap keknya) -


- sireh junjung (yang ni selalunya arwah ayah yang akan buat, CCB buat tak jadi sireh junjung) -


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA