HILANG SEMANGAT??MACAM MANA BOLEH JADI??

Assalammualaikum korang... Actually tak tau la nak start topik ni macam mana.. Hurmmm takut pulak la nanti ada salah tafsir.. Hehehe...


Ok sebenarnya macam ni.. Lately kan CB rasa macam kurang bersemangat nak pergi kerja.. Tiba - tiba rasa macam bosan pulak dengan kerja ni... Siapa pernah rasa macam CB?? Nak masuk tahun ketiga dah CB kerja dengan company yang sekarang ni.. Alhamdulillah biasa la kerja kan... Kadng tu stress kadang tu tak... Kadang busy kadang rilex...

Tapi nak jadikan cerita tu la dia datang pulak sakit pemalas.. Masalahnya sejak-sejak CB berjinak-jinak buat kek.. Hahahahaha... Ok adakah kita nak salahkan sumber pendapatan part time tu atau salah CB sendiri yang dah terlalu leka???

Ok meh kita cari punca.. Mungkin jugak salah CB kot sebab ye la CB kan bekerja so kadang cust nak kek waktu CB tengah bekerja.. Haaaa sape pulak nak menghantarkannya... Dan sebenarnya ada jugak CB cakap kat customer yang CB cuma buat kek hujung minggu sahaja... Tapi kalau nak pagi, area tu pulak laluan CB nak pergi kerja boleh la hantar sekali.. Tapi kadang customer merayu-rayu.. Alahai tak sampai hati pulak nak tolak...


Soooo kat mana agaknya salahnya ye??? Sampai terfikir nak berhenti kerja.. Tu yang tercipta statement hilang semangat tu.. Hahahahahaha teruk parah dah ni... Padahal bisnes part time baru setahun jagung belum kukuh lagi macam orang lain tu kan...


Maka... Korang rasa apa yang perlu CB buat ye??? Tetiba je buntu pulak... Ada la kata kat En. Tunang nak berhenti kerja... Dia kata tengok nanti lepas kahwin bincang balik... Macam kesian pulak kat dia kan kalau kena kerja sorang-sorang nanti... Dah la kahwin-kahwin terus ada anak...



2 comments:

Anum Abdullah said...

itu normal kalau duduk dalam dunia perkerjaan...

Cik Cahaya Bunga said...

@Anum Abdullah betul sis...hati kena kuat...dugaan banyak hehehe...

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA