Showing posts with label misi. Show all posts
Showing posts with label misi. Show all posts

HIKING DAY @ TABUR HILL



Assalammualaikum semua.. Macam mana dengan hujung minggu korang?? Cuaca agak panaskan semalam.. Lebih panas dan bahang dari biasa.. Pastikan korang banyak minum air ok..Kurangkan aktiviti diluar rumah..




Tapi semalam pagi CB terasa nak hiking Bukit Tabur.. CB gerak dari rumah lebih kurang jam 7:45pg.. Dalam perjalanan CB singgah sarapan McD.. CB pilih untuk ikut MRR2 untuk ke Taman Melawati.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..




Kawan CB memilih untuk hiking dari second peak ia lebih light jika dibandingkan dari track utama yang lebih mencabar.. Kami mula memanjat sekitar jam 9:17am.. Bila dah lama tak hiking mula2 tu pancit jugak.. Tapi CB mampu untuk dapatkan balik stamina.. (cewaahhhhh.. hahahahaa)




Dari track ni pemandangan lebih kepada kawasan perumahan elite di Taman Melawati.. Manakala pemandangan empangan pula sedikit terlindung dengan pokok kecil.. Susur jalan daki pula tidak terlalu bahaya untuk pendaki2 yang baru.. Namun masih mampu memberi kepuasan bila sampai dipuncaknya..






CB ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dekat atas.. Rehat2 kejap dan CB turun semula.. Dah penat2 tu best bila dapat nikmati cendol untuk sejukkan badan..








Sedikit info mengenai Bukit Tabur : 

Bukit Tabur terletak di dalam negeri Selangor.. Ia jugak terkenal dengan nama Bukit Hangus. Bukit Tabur adalah sebahagian dari Empangan Klang Gates dan mampu dilihat dari Lingkaran MRR2 Kuala Lumpur.. Kebanyakakan pendaki akan memasuki melalui denai di Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu empangan berdekatan dengan Taman Melawati untuk pendakian 3-4jam..

Puncak Bukit Tabur menawarkan pemandangan panorama, empangan dan bandar Kuala Lumpur yang cantic.. Bukit Tabur juga dibahagi kepada dua bahagian iaitu timur dan barat.. Kebanyakan pendaki juga gemar memilih bahagian barat kerana bahagian timur menawarkan pendakian yang lebih mencaba dengan curam yang lebih dalam dan berisiko..

Di Bukit Tabur juga pernah terjadi beberapa kemalangan termasuklah kemalangan maut.. Adalah diperingatkan kepada pendaki2 agar lebih berhati2 dan mengenakan pakaian yang lebih sesuai untuk pendakian..

* pesanan dari CB kalau boleh musim2 panas macam ni elakkan pergi hiking. Sebab bahaya.. Ada kemungkinan kita akan mengalami tekanan darah tinggi atau pun rendah.. Seperti baru2 nie di Gunung Datuk 3 orang menemui ajal.. Salah seorangnya kerana serangan jantung..

TIPS PERCUTIAN BAJET

Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan.. Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang bila travel sorang2 atau dengan kawan2..


  •  Pastikan tempat yang hendak dituju.

korang kena ambil tahu tempat yang korang nak pergi seperti persekitarannya.. Lagi kalau korang travel sorang2 dan tempat yang korang nak pergi tu adalah tempat yang korang tak pernah pergi.. Sekarang korang boleh google je info2 yang korang perlukan.. Seperti tempat makan, hotel dan lain2..

  • Bila tarikh bercuti dan pengangkutan.

Ni penting.. Korang kena la tetap kan tarikh yang betul supaya dapat buat perancangan awal.. Kalau boleh elakkan waktu cuti sekolah kerana tempat2 percutian akan menjadi sesak.. Seperti penempahan hotel , pengangkutan dan lain2 penting untuk buat tempahan awal.. Pastikan korang survey betul2 harga dan lokasi hotel dan transport sebelum korang booking.. Tentang pengangkutan pula biasanya kita akan menggunakan public transport.. Tapi boleh je kalau korang nak bawak kereta sendiri.. Kalau korang naik bas pastikan stesen bas tidak jauh dari tempat yang korang nak pergi.. Contohnya kalau korang nak pergi Langkawi stesen bas kuala perlis adalah berdekatan dengan jeti.. Tak perlu jalan jauh atau ambil teksi dan sebagainya..

  • Aktiviti.

Aktiviti ni perlu jugak.. Sebab tak kan pergi bercuti duduk peram dalam bilik je kan.. Lagi2 kalau yang pergi bercuti dengan kawan2.. Jika tempat percutian itu adalah pulau pastikan korang ada buat malam BBQ.. Memang seronok.. Korang bolehlah melawat tempat2 yang menarik.. Info2 korang tempat korang boleh google.

  • Cenderamata.

Last sekali sebelum balik pastikan korang beli cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga…




Mudahkan?? Siapa kata travel tu susah.. Jika tak yakin berjalan dulu didalam negara sendiri..  Kalau dah yakin bolehlah ke luar negara..


NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN



Jom join giveaway oleh Dylla… Klik pada banner untuk join..


Bagaimana caranya? 
1. Follow blog DYLLAREZAN ini. 
2. Buat satu entry bertajuk "NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN"
3. Copy paste gambar di atas dan link kan ke entry Dylla ni. 
4. Komen dan sertakan URL anda di ruangan komen entry ini. Nanti saya akan update dari semasa ke semasa senarai blog yang sertai segmen giveaway ini.


Seramai 5 orang akan dipilih secara cabutan bertuah.
Dan hadiah yang akan dimenangi adalah MISTERI.
(Acah suspen sikit hehe)

Tarikh tutup: 11.59pm pada 16/1/2016

Tunggu apa lagi?
Jom lah kita sama sama meriahkan segmen ini.

Terima kasih dan selamat tahun baru semua!

Birthday Segment : Bloglist & Blogwalking by Najwa Zahid


Selamat hari lahir Najwa Zahid .. Najwa nie rajin singgah blog CB.. Sempena Hari lahirnya, dia buat segmen blogwalking.. Jom ramai2 support Najwa.. Syarat2 pun mudah.. korang boleh KLIK pada banner dibawah untuk join..










Syarat-syaratnya :

1) Follow G+ blog ni.
2) Follow Facebook Page DI SINI atau tekan je like dekat box The Websites belah kanan blog ni.
3) Buat entri bertajuk "Birthday Segment : Bloglist & Blogwalking by Najwa Zahid".
4) Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink ke blog ni.
5) Tag seorang rakan blogger anda. Pastikan dia tahu.
6) Publish entri dan tinggalkan link di ruangan komen.


Segmen ni akan tamat pada 17 Januari 2016, pukul 6.00 petang waktu Malaysia.
Pemilihan 10 orang bloglist menggunakan random.org jika penyertaan melebihi 10 orang.
Selamat bersegmen. =D

SHORT VACATION TO MELAKA

Perancangan awalnya nak pergi hiking tapi memandangankan member CB yang sorang nie baru je keluar hospital sebab semput so CB tak lah amek risiko.. Terus tukar plan untuk ke Melaka..

Memandangakan dah lama jugak tak bercuti dengan kawan2.. Apa salahnya ambil kesempatan di cuti tahun baru nie kan.. Sampai di Melaka dah tengahhari jadi kenalah pergi makan dulu.. Seperti semua orang tahu Melaka popular dengan menu asam pedasnya… Perut pun dah kenyang.. Sekarang sampailah masa untuk berjalan.

Tempat pertama yang kami pergi adalah The Shore Sky Tower yang terletak di The Shore Shopping Gallery Pinggiran Sungai Melaka.. Dari Sky Tower nie kita dapat tengok pemandangan Pusat Bandar Melaka dengan jelas.. Di The Shore juga terdapat The Shore Oceanarium (macam Aquaria KLCC). Bolehlah bawak anak2 melihat kehidupan laut kat dalam tu..


Dah puas melihat pemandangan Melaka dari atas kami menuju ke Menara Taming Sari pula.. Lama dah CB nak naik tapi selalu kawaasan situ susah nak dapat parking.. Rezeki semalam walaupun park kereta jauh sikit akhirnya dapat jugak naik Menara Taming Sari.. Of coz Mia adalah orang yang paling excited. 











Lepas tu jalan-jalan berselfie di kawasan Bandar Hilir sambal melihat peninggalan sejarah.. Lebih kurang jam 630ptg kami terus menuju ke Pantai Klebang.. Tempat tumpuan untuk pengunjung2 bersantai bersama keluarga.. Di Dataran 1 Malaysia Klebang uniknya korang boleh lihat bas2 lama diubahsuai menjadi kedai, hotel serta tandas.. Mana yang suka nak berselfie di Pantai Klebang nie ada satu tempat yang ala-ala padang pasir.. (sebenarnya pasir2 tu dorang nak tambak laut tapi jadi tempat orang nak selfie pula..)


Dah kebetulan sampai Melaka nie rugi kalau tak singgah A’Famosa Outlet yang terletak berdekatan dengan Toll Alor Gajah.. Bagi mana yang tak tahu kat mana letaknya A’Famosa Outlet nie.. Dari toll Alor Gajah roundabout tu korang ambil susur kiri memasuki Lebuh AMJ.. Then korang akan jumpa 1 traffic light.. Di traffic light nie korang amek kiri.. Jalan ke terus korang akan nampak A’Famosa Outlet ada sebelah kanan korang..  Tak susah pun.. Kalau sebelum nie kita ada JPO.. Kemudian Mitsui Outlet dan sekarang A’Famosa Outlet.. Tempat di mana korang boleh beli barang2 brand dengan harga yang murah.. Sebabnya tempat2 nie adalah bebas portduty..



Dah settle cuci mata kat A’Famosa Outlet tibalah masa untuk balik.. Mujurlah jalan tak sesak.. Sampai rumah dah jam 1200mlm.. Rabak sikit mata kerja hari nie...









CABARAN FITNESS CIK BUNGA PART 1

Pembukaan tahun nie CB nak rasa nak melancarkan misi.. Misi apa?? Haaa CB nak melancarkan misi mengecikkan badan.. Sebabnya CB rasa agak tercabar bila dalam adik beradik CB sorang yang badan berisi.. Lepas tu adik pulak selalu perli.. Huhuhu… (biasalah gurauan adik beradik..tak amek pot pun sebenarnya..) Tapi sejak2 kerja dekat opis baru nie memang badan naik mendadak.. Mana taknya dalam masa sebulan CB boleh naik 3.3kg..

Kebiasaannya jugak kalau pergi makan dekat luar dengan family, CB adalah orang yang akan menghabiskan makanan dorang (that’s not fair..) Sampaikan anak2 buah pun dah pandai.. Tak habis makan bagi dekat mak lang.. (angkat kening sebelah).. So di tahun 2016 nie meh kita jayakan misi yang poyo nie..

Lepas menggooglelah apa jenis workout untuk kecik2 kan badan nie.. Misi pertama jom kita kuruskan lengan.. (hurmmm boleh ke buat nie???) Misi nie bermula dari 1 januari hingga 30 januari.. (chaiyok…chaiyok..)

Langkahnya kita follow chart bawah nie.. 


Apa yang penting (peringatan untuk diri sendiri supaya tak lupa) kena lah rekod berapa ukuran lengan kita nie sebelum dan selepas nanti.. (mungkin seminggu sekali pun ok kot..*muka berfikir*)

Ok wish me good luck.. Daaaaa…



MISI MENGUTIP SIPUT BELIUNG

Korang tahu tak pasal SIPUT BELIUNG?? Dekat kawasan opis CB ada satu tali air yang berhubung dengan laut.. Dari hari ke hari duk pandang je siput tu kat tali air nie tiap kali keluar lunch.. Akhirnya semalam kami pergi la mengusha line dengan lebih dekat.. Nak tengok siput apa.. Boleh makan ke idok.. Rupa-rupa nya siput beliung.. Apa lagi memasing merancanglah nak mengutip.. Siap ada yang nak bawak besen, plastik.. Hahaha… Excited betul akak-akak and abang (opismate) CB nie..


Tapi dek kerana excited sangat semalam lepas balik kerja kakak opis CB nie dah pergi kutip dulu.. Hari nie dia bawak yang dah siap masak.. Aduhaiiiii… (tapi CB tak makan siput..)Bertambahlah excited yang lain nak pergi kutip.. 


Tadi lepas lunch kitaorang singgah lagi mengutip.. Hahahaha CB jadi pemerhati je.. Kutip punya kutip dapatlah 3 plastik.. Makanya esok hari cuti dorang akan makan menu siput.. Yeahhhh!!!


Salah sorang kakak CB ni cakap paling sedap kalau masak bercili.. Dengan rasa-rasa pedas sikit marvelous kata dia…

Mana yang tak pernah rasa siput beliung nie cuba-cubalah korang cari dekat-dekat dengan kawasan-kawasan muara mungkin ada..



Ok Selamat Tahun Baru dan bercuti semua…

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA