Showing posts with label cabaran. Show all posts
Showing posts with label cabaran. Show all posts

HILANG SEMANGAT??MACAM MANA BOLEH JADI??

Assalammualaikum korang... Actually tak tau la nak start topik ni macam mana.. Hurmmm takut pulak la nanti ada salah tafsir.. Hehehe...


Ok sebenarnya macam ni.. Lately kan CB rasa macam kurang bersemangat nak pergi kerja.. Tiba - tiba rasa macam bosan pulak dengan kerja ni... Siapa pernah rasa macam CB?? Nak masuk tahun ketiga dah CB kerja dengan company yang sekarang ni.. Alhamdulillah biasa la kerja kan... Kadng tu stress kadang tu tak... Kadang busy kadang rilex...

Tapi nak jadikan cerita tu la dia datang pulak sakit pemalas.. Masalahnya sejak-sejak CB berjinak-jinak buat kek.. Hahahahaha... Ok adakah kita nak salahkan sumber pendapatan part time tu atau salah CB sendiri yang dah terlalu leka???

Ok meh kita cari punca.. Mungkin jugak salah CB kot sebab ye la CB kan bekerja so kadang cust nak kek waktu CB tengah bekerja.. Haaaa sape pulak nak menghantarkannya... Dan sebenarnya ada jugak CB cakap kat customer yang CB cuma buat kek hujung minggu sahaja... Tapi kalau nak pagi, area tu pulak laluan CB nak pergi kerja boleh la hantar sekali.. Tapi kadang customer merayu-rayu.. Alahai tak sampai hati pulak nak tolak...


Soooo kat mana agaknya salahnya ye??? Sampai terfikir nak berhenti kerja.. Tu yang tercipta statement hilang semangat tu.. Hahahahahaha teruk parah dah ni... Padahal bisnes part time baru setahun jagung belum kukuh lagi macam orang lain tu kan...


Maka... Korang rasa apa yang perlu CB buat ye??? Tetiba je buntu pulak... Ada la kata kat En. Tunang nak berhenti kerja... Dia kata tengok nanti lepas kahwin bincang balik... Macam kesian pulak kat dia kan kalau kena kerja sorang-sorang nanti... Dah la kahwin-kahwin terus ada anak...



MIA LARI DARI RUMAH PENGASUH!!!

Selamat petang uolls.. Jarang sekali CB update blog sekarang.. Sejak2 terjebak dengan Smule & Clash Royale.. Lagi nak bahagi masa dengan family dan kerja.. Sudahnya blog terabai.. Huhu.. Tapi hari nie CB nak share dengan korang pasal buah hati ulam jantung CB, Mia.. Kalau korang tengok dari tajuk post ni mesti koranag pun jadi suspend macam CB rasa..




Sebenarnya kisah ni berlaku sekitar bulan Februari lepas, selepas cuti raya cina.. Dan CB baru dapat tahu malam tadi.. Pandainya Mia dan maksu nya simpan rahsia.. Kisahnya bermula satu hari tu CB hantar Mia ke rumah sitter (dalam taman yang sama).. CB macam biasalah lepas hantar Mia terus pergi kerja.. Rupanya pada hari tu Mia tak pergi tusyen dan sekolah.. Mungkin sebab atuk yang selalu hantar Mia tak sihat atau lupa..

Mia pula dah kebosanan dekat rumah sitter.. Jadi entah macam mana dia boleh terfikir untuk ambil bag dia dan lari balik ke rumah.. Merujuk pada sumber2 dari taman, ada seorang lelaki yang sedang bawak van nampak Mia berlari..  Jadi dia rasa pelik dan ikut Mia sambil bertanya rumah di mana dan anak siapa.. Masa driver van tu bertanya Mia langsung tak mengendahkan.. Dia terus lari sambil menangis (driver van tu orang taman yang sama jugak) kemudian ada kakak naik motor nampak Mia berlari.. Dia pun ikut jugak sebab yelah budak kecik berlari dengan bag.. Siapa pulaklah yang tak risau..

Sampai je dekat rumah (mujur time tu adik CB ada dekat rumah) Mia terus panggil maksu nya.. Kecoh la kejap. Balik2 tu Mia terus minum air banyak2 sebab dah penat berlari dan dia kata dia lapar memandangkan dari pagi dia tak makan.. Siiter pulak bila baru tersedar yang Mia sudah tiada dirumahnya.. Dia pun menggelupur mencari… Tempat pertama dia tuju rumah mentua abang CB.. Bila mentua abang CB kata tak ada, bertambah kecoh lah lagi sebab mentua abang CB call kak ipar.. Kak ipar CB masa tu tengah tak sihat. Dah dia menangis2 sebab dapat berita Mia hilang.. Da selesai hal semua baru lah suami sitter tu datang dekat rumah..

Well CB tak salahkan Mia.. Sebab seperti yang CB sedia maklum & nampak sendiri jugak pengalaman2 orang2 yang pernah hantar anak ke situ.. Sitter tu memang pemalas.. Hari2 bagi budak2 makan nasi dengan telur goreng.. dah berapa tahun tetap sama jugak.. Selalu bila CB hantar Mia pagi2 pukul 8am tu muka dia still muka baru bangun tidur.. Kadang tu CB sampai dia tidur lagi dekat ruang tamu tu..

Dia jadi pengasuh semata-mata nak duit memandangkan suaminya tak bekerja dan mempunyai 2 orang lagi anak yang masih bersekolah.. Tapi nak CB kata dia orang susah.. Income dia not bad.. Sebab bukan seorang dua dia jaga.. Cuma sikapnya yang sambil lewa dan tak bertanggungjawab yang buat CB sakit hati..


Now Mia tak lagi CB hantar kesana.. Mama CB kembali jaga Mia seperti sedia kala… Alhamdulillah jugak yang tidak ada apa2 terjadi pada Mia sewaktu dia lari dari rumah sitter… 

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

Assalammualaikum readers.. Kurangnya CB mengupdate blog sekarangkan.. Alhamdulillah mama CB da semakin sihat.. Jumaat yang lalu CB bawak mama untuk buka beg saluran.. Akhirnya mama kata.. Kemain lagi riang dia.. Maklum dia dah bosan duk saja dekat rumah.. Sekarang mama dah boleh bergerak kesana kemari seperti sedia kala.. Tapi… Kebelakangan ni CB pulak yang jadi tak sihat.. Puncanya CB mula hilang selera makan sejak 2 minggu yang lepas.. Kemudian diiringi dengan pening, loya, muntah2 dan sakit dibahagian pinggang (memang tak boleh duduk dan baring)..

Selasa baru2 nie CB pergi ke Klinik Kesihatan untuk dapatkan rawatan.. Namun CB rasa agak kecewa dengan layanan yang diberi.. 2 jam menunggu dengan keadaan badan yang tidak mengizinkan tapi bila nombor dipanggil, pegawai perubatan hanya bertanya sahaja sebab apa datang dan berikan CB time slip serta ubat tahan muntah.. Alahai nie la antara sebab kenapa CB tak suka pergi KK atau GH.. Menunggu bukan main lama jumpa doktor tak sampai seminit.. Tak ada apa pun yang diperiksanya..

Dan gejala sakit tu masih melarat ditambah pula dengan cirit birit dan rasa sakit dibahagian bawah perut.. Tambah lagi ulser dipinggir bibir ku ini besar bak hang.. Lagi la tak leh nak makan.. Berat CB susut 4.9kg.. Ehhh wahhh sakit punya pasal terus dapat berat badan idaman.. Kalau tak susahnya nak turunkan..

CB pun tak pasti apa punca sebenar.. Mama dah start bising2 tentang detox tea yang CB beli.. Yes memang tak dinafikan sejak.. Bukan sejak tapi sewaktu amalkan detox tea tu lagi selera makan CB dah mula kurang.. Tapi lau dah tak ambil detox tea pun tak ada selera.. CB andaikan sebab cuaca.. Ye la cuaca terlampau panas dan CB minum terlampau banyak air sehingga tak larat dah nak makan..

CB harap sakit ni cepatlah beransur.. Sebab banyak urusan yang CB perlu uruskan.. Tak sanggup jugak nak muntah dan cirit birit hari2.. Mau2 nanti bawak bantal dengan selimut dalam toilet terus…



HIKING DAY @ TABUR HILL



Assalammualaikum semua.. Macam mana dengan hujung minggu korang?? Cuaca agak panaskan semalam.. Lebih panas dan bahang dari biasa.. Pastikan korang banyak minum air ok..Kurangkan aktiviti diluar rumah..




Tapi semalam pagi CB terasa nak hiking Bukit Tabur.. CB gerak dari rumah lebih kurang jam 7:45pg.. Dalam perjalanan CB singgah sarapan McD.. CB pilih untuk ikut MRR2 untuk ke Taman Melawati.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..




Kawan CB memilih untuk hiking dari second peak ia lebih light jika dibandingkan dari track utama yang lebih mencabar.. Kami mula memanjat sekitar jam 9:17am.. Bila dah lama tak hiking mula2 tu pancit jugak.. Tapi CB mampu untuk dapatkan balik stamina.. (cewaahhhhh.. hahahahaa)




Dari track ni pemandangan lebih kepada kawasan perumahan elite di Taman Melawati.. Manakala pemandangan empangan pula sedikit terlindung dengan pokok kecil.. Susur jalan daki pula tidak terlalu bahaya untuk pendaki2 yang baru.. Namun masih mampu memberi kepuasan bila sampai dipuncaknya..






CB ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dekat atas.. Rehat2 kejap dan CB turun semula.. Dah penat2 tu best bila dapat nikmati cendol untuk sejukkan badan..








Sedikit info mengenai Bukit Tabur : 

Bukit Tabur terletak di dalam negeri Selangor.. Ia jugak terkenal dengan nama Bukit Hangus. Bukit Tabur adalah sebahagian dari Empangan Klang Gates dan mampu dilihat dari Lingkaran MRR2 Kuala Lumpur.. Kebanyakakan pendaki akan memasuki melalui denai di Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu empangan berdekatan dengan Taman Melawati untuk pendakian 3-4jam..

Puncak Bukit Tabur menawarkan pemandangan panorama, empangan dan bandar Kuala Lumpur yang cantic.. Bukit Tabur juga dibahagi kepada dua bahagian iaitu timur dan barat.. Kebanyakan pendaki juga gemar memilih bahagian barat kerana bahagian timur menawarkan pendakian yang lebih mencaba dengan curam yang lebih dalam dan berisiko..

Di Bukit Tabur juga pernah terjadi beberapa kemalangan termasuklah kemalangan maut.. Adalah diperingatkan kepada pendaki2 agar lebih berhati2 dan mengenakan pakaian yang lebih sesuai untuk pendakian..

* pesanan dari CB kalau boleh musim2 panas macam ni elakkan pergi hiking. Sebab bahaya.. Ada kemungkinan kita akan mengalami tekanan darah tinggi atau pun rendah.. Seperti baru2 nie di Gunung Datuk 3 orang menemui ajal.. Salah seorangnya kerana serangan jantung..

MAYAT REMAJA PEREMPUAN DALAM BEG

Allahuakbar.. Baru kejap tadi kecoh dekat group whatsapp sekolah tentang penjumpaan mayat budak perempuan di dalam beg di Jalan Belimbing, Meru.. Dikata kan budak berkenaan baru berusia 15 tahun… Manusia makin kejam.. Kejadian ini membuat kan CB teringat dengan kes adik Nurin Jazlin suatu ketika dulu yang telah diculik dan dibunuh kemudian di letakkan di dalam beg pakaian..


Tentang kisah yang sedang diviralkan ini CB tak tahulah akan kebenarannya.. Tapi khabarnya telah disahkan oleh orang2 kampung sekitar tempat berkenaan… Polis masih menyiasat katanya…



Korang yang ada nak perempuan jaga mereka.. Pantaulah pergerakan mereka.. And girls kat luar sana please mana2 korang pergi please inform family kurangkan keluar di waktu malam.. Jangan mudah percaya pada orang yang baru kita kenal.. Pertuturan juga kena jaga.. Manalah kita tahu jika percakapan kita menyakiti hati orang dan kita tak tahu apa yang orang tu mampu buat pada kita.. Hati-hatilah..

MUHAMMAD FAIZ AKMAL

Beberapa hari rasa tak sedap hati.. Rupanya nak dapat berita duka.. Tahun 2016 memang sangat mencabar.. Tanggal 16 Feb 2016 Cik Bie lepaskan CB.. Sedih?? Sedih la jugak.. Beberapa bulan je lagi genap setahun relationship tu.. Ter recall balik memori2 manis waktu bersama.. Ramai yang tanya kenapa sebab orang tengok elok je.. Sweet je.. Biar CB je la yang tahu.. Apapun CB hormat keputusan dia.. Walau CB rasa agak terkilan.. Yelah setelah apa yang kita orang lalui bersama CB tak duga ia akan berakhir.. CB harap dia dapat capai apa yang dia impikan.. CB akan selalu menyokong dari sisi yang tidak diketahui.. Cewah…

CB betul2 dah move on.. Move on bermaksud kita betul2 melepaskan seseorang itu dengan redha.. Cuma ada beberapa habit yang belum mampu nak buang.. Kalau dulu CB selalu text dia untuk tanya itu ini.. Mengadu itu dan ini.. CB suka tengok last seen dia tanpa sebab.. Suka tengok pic dia.. Malam2 CB suka call dia semata-mata nak dengar suara dia.. Tapi sekarang CB kena buang semua habit tu.. CB sangat berterima kasih pada dia sebab selalu ada diwaktu CB memerlukan.. Actually dia seorang yang sangat baik.. Cuma dia pelik.. Hahahaha… Well CB harap boleh kekal berkawan saja dengan dia memandangkan kita orang duduk satu taman.. Sebab pasti akan terserempak dekat mana2..

CB tau dia akan baca entri ni.. Sebab dia pernah stalk dalam diam blog CB..

Faiz..


I tak salahkan u.. U selalu take care ok.. Jangan lupa makan ikut time nanti gastrik datang balik.. Kalau u pergi bercuti jangan lupa rest  1 hari sebelum u start keje.. Lau tak nanti u demam.. Jaga lutut tu elok2.. Jangan main bola kalau tak elok lagi.. Stay seperti mana diri u sekarang ok.. Pegang pada prinsip dan impian u.. I percaya u boleh.. Gud luck.. Chaiyookkk Faiz… Jadi lah seperti maksud nama u.. 'yang terpuji berjaya sempurna'

ALHAMDULILLAH MAMA DAH OPERATION

Sebenarnya mama dijadual untuk masuk wad pada hari selasa kerana hari rabu mama akan menjalani operation untuk buang batu dalam hempedu.. Tapi oleh kerana mama demam panas hari isnin yang lepas mama dah kena tahan wad..


Alhamdulillah operation berjalan dengan lancar dan mama mula sedar semalam.. Tapi mama belum dibenarkan balik kerana keadaan mama yang masih lemah.. Selama 6 minggu mama kena pakai tiub dan beg.. Selepas 6 minggu amam diminta datang semula ke hospital untuk memastikan luka operate dah ok dan bukak tiub terbabit.. Moga mama cepat sihat seperti sedia kala tak lama lagi…


ANTARA KERJA DAN KELUARGA

Dalam kesibukan minggu nie CB curi sikit masa nak updated blog.. Dah seminggu mama CB dekat hospital dan CB kena ambil alih jaga and uruskan rumah.. Kerja pun tak boleh balik lambat macam selalu sebab nanti Mia balik sekolah tak ada pulak orang dekat rumah.. Macam-macam proses yang mama kena lalui sayu hati tengok keadaan mama macam ni.. 





Sejak mama masuk hospital.. Cucu-cucu ada yang demam sebab rindu.. Mia pulak hari-hari tanya bila nenek akan balik.. Mia waktu siang CB letak dekat sitter sementara untuk transit.. Tapi malam tadi dia mengadu sambil nangis kata tak nak duduk dekat rumah sitter tu.. Katanya dia sunyi tak ada kawan dan husband sitter tu marah dia.. Jenuh jugak la nak memujuk sampai CB upah dengan bagi extra duit belanja.. Mia jugak hilang selera makan sejak  mama masuk hospital.. Badan dia pun dah mula susut..




Pagi-pagi adik CB dah hantar pic mama.. Hari nie mama akan lalui proses ‘teropong’ (Adik CB yang cakap.. CB tak tau apa proses nie sebenarnya).. Adik kata proses nie untuk mengenalpasti kedudukan batu di dalam hempedu tu.. Menurut adik lagi jika kedudukan batu di hempedu mama tidak terlalu jauh maka doktor akan cuba untuk tarik batu tu keluar tapi jika kedudukannya agak jauh doktor akan cari jalan lain untuk keluarkan batu tu..

CB harap semuanya berjalan dengan lancar hari nie..



*maaf CB masih tak berkesempatan nak lawat blog2 yang BW kat sini.. Yang drop kan komen terima kasih.. Bila semua dah reda CB akan BW kat blog korang and sertai segmen macam biasa

UJIAN DAN DUGAAN DIAWAL TAHUN

Assalammualaikum readers sekelian..dekat rasa macam lama CB tak jenguk ke blog nie kan.. Lama tak blogwalking kat blog kawan2.. Seminggu nie CB bantu mama uruskan rumah sebab mama tidak berapa sihat.. Dah dekat 2 minggu mama gastrik ulang alik klinik dan makan ubat tetap tak surut.. Isnin yang lepas CB ambil cuti untuk hantar mama ke klinik.. Dan doktor meminta mama rujuk ke doktor pakar di Hospital..

Kelam kabut jugaklah CB lepas hantar mama ke hospital CB balik untuk ambil anak balik sekolah dan patah balik ke hospital ambil mama pula.. Isnin tu mama cuma daftar je jadi tak perlu tunggu lama.. Keesokkan harinya mama kena pergi lagi.. Dan kali nie kak ipar CB yang kebetulan ada urusan dikawasan berdekatan pula hantar.. Kali nie dorang ambil darah untuk buat ujian dan minta mama balik dulu dan akan call pada esok harinya.. Mungkin mama akan ditahan wad nanti.

Mama disyaki mempunyai batu di dalam hempedu.. Suspen jugak CB menanti keputusan ujian darah mama.. Dan pada petang hari rabu yang lepas mama call bagitahu yang mama kena tahan wad sebab pihak hospital nak buat pemeriksaan lanjut.. Mama diminta untuk puasa dari pukul 10 mlm hingga pagi sebab pihak hospital nak buat scan.. Resultnya.. Mama memang menghidap batu karang dalam hemdepu..

Petang semalam doktor benarkan mama balik untuk rehat tapi ahad nie mama kena pergi check lagi.. Mama jugak akan dibedah bagi mengeluarkan batu karang tu.. Cuma tarikh pembedahan tak tahu lagi.. Ujian yang Allah bagi pada keluarga kami di awal tahun 2016.. CB harap mama akan kembali sihat seperti sediakala tak lama lagi.. Nanti CB share dengan korang sintom2 awal sakit batu karang dalam hempedu nie ok..



Segmen #BOTW 1.0 by Ombak Bergigi


Hai guys! Om buat segmen lagi. Korang nak join Segmen ni ? 10 blogger yang terawal layak ke pusingan seterusnya.

Korang tahu #BOTW? #BOTW ialah singkatan daripada Blog Of The Week.

Apa yang menarik?

KLIK BANNER UNTUK JOIN !.

Birthday Segment : Bloglist & Blogwalking by Najwa Zahid


Selamat hari lahir Najwa Zahid .. Najwa nie rajin singgah blog CB.. Sempena Hari lahirnya, dia buat segmen blogwalking.. Jom ramai2 support Najwa.. Syarat2 pun mudah.. korang boleh KLIK pada banner dibawah untuk join..










Syarat-syaratnya :

1) Follow G+ blog ni.
2) Follow Facebook Page DI SINI atau tekan je like dekat box The Websites belah kanan blog ni.
3) Buat entri bertajuk "Birthday Segment : Bloglist & Blogwalking by Najwa Zahid".
4) Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink ke blog ni.
5) Tag seorang rakan blogger anda. Pastikan dia tahu.
6) Publish entri dan tinggalkan link di ruangan komen.


Segmen ni akan tamat pada 17 Januari 2016, pukul 6.00 petang waktu Malaysia.
Pemilihan 10 orang bloglist menggunakan random.org jika penyertaan melebihi 10 orang.
Selamat bersegmen. =D

"NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH"

Assalamualaikum

Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

CABARAN FITNESS CIK BUNGA PART 1

Pembukaan tahun nie CB nak rasa nak melancarkan misi.. Misi apa?? Haaa CB nak melancarkan misi mengecikkan badan.. Sebabnya CB rasa agak tercabar bila dalam adik beradik CB sorang yang badan berisi.. Lepas tu adik pulak selalu perli.. Huhuhu… (biasalah gurauan adik beradik..tak amek pot pun sebenarnya..) Tapi sejak2 kerja dekat opis baru nie memang badan naik mendadak.. Mana taknya dalam masa sebulan CB boleh naik 3.3kg..

Kebiasaannya jugak kalau pergi makan dekat luar dengan family, CB adalah orang yang akan menghabiskan makanan dorang (that’s not fair..) Sampaikan anak2 buah pun dah pandai.. Tak habis makan bagi dekat mak lang.. (angkat kening sebelah).. So di tahun 2016 nie meh kita jayakan misi yang poyo nie..

Lepas menggooglelah apa jenis workout untuk kecik2 kan badan nie.. Misi pertama jom kita kuruskan lengan.. (hurmmm boleh ke buat nie???) Misi nie bermula dari 1 januari hingga 30 januari.. (chaiyok…chaiyok..)

Langkahnya kita follow chart bawah nie.. 


Apa yang penting (peringatan untuk diri sendiri supaya tak lupa) kena lah rekod berapa ukuran lengan kita nie sebelum dan selepas nanti.. (mungkin seminggu sekali pun ok kot..*muka berfikir*)

Ok wish me good luck.. Daaaaa…



Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA