Showing posts with label bloglist. Show all posts
Showing posts with label bloglist. Show all posts

MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 4-

Alhamdulillah selamat dah menjadi tunangan orang.. Moga urusan lepas nie dipermudahkan.. part 1, part 2 & part 3 klik sini





- bakal mak mertua sarungkan cincin -


- pic tak edit tu yang huru hara tu..tambah plak belakang pelamin tu ada light haaaa -



- TQ mak -


- cincin merisik tu CCB pilih sendiri, cincin tunang pulak mak yang pilih kan.. - 


sebelum depa balik haaa CCB ajak la bergambar kenangan dulu.. Bukan selalu pun kan majlis macam ni ada...


- bersama adik beradik encik tunang -


- bersama makcik & sepupu tunang -

* doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik..

MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 2-


Ok sambung lagi cerita... part 1 kat sini

photographer kawan adik CCB dia bagi harga kawan kawan tapi pic tak de edit pape...habis kenduri dia terus transfer kat laptop.. Tapi CCB bayar la kat die half price RM 150.

Pelamin plak along CCB yang sponsor (TQ sangat).. Pelamin ni CCB amek sekali package mekap.. so price dia RM 500.


- boleh search fb rose yusoff -


- baju ni baju kahwin mama CCB dulu -

Tapi sayang sikit la sebab tak dapat nak mekap sangat pada bahagian mata sebab mata CCB agak sensitif sikit sikit berair..

Sementara menanti pihak sebelah datang lepas maghrib CCB layan kan anak anak buah bergambar..


- bersama anak buah yang sulong dan adiknya -


- bersama anak kesayangan CCB -


- layan kan aje la anak anak ni -


- anak dara pun dah besar - 


- keluarga along CCB & mama - 

pihak sebelah datang 8 kereta (before kata 5 kereta je). Angah CCB ada la sewa khemah.. 




- sesi perbincangan sedang berjalan -






MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 1-

Assalammualaikum sahabat sahabat sekelian.. Alhamdulillah hari ni pagi pagi dah hujan. Rahmatnya dihari jumaat ni.. Hari ni CCB nak share pasal majlis pertunangan CCB ahad lepas.. Selepas 6 tahun CCB jadi single mom dan selama 6 taun tu jugak le berkawan dengan ramai orang.. Syukur allah pertemukan jugak jodoh baru (insya allah).


Majlis Pertunangan ni adalah perancangan last minit.. CCB ada mse lebih kurang 2 minggu nak buat persiapan.. Sebab date pertunangan ni dapat pun masa family BF (belum tunang lagi masa tu) datang jamuan raya hari tu..

Persiapan semua CCB buat sendiri, hantaran tunang CCB buat sehabis kreatif DIY & recycle je sebab dah lama sangat tak mendeko sebenarnya.. lebih kurang 4 tahun kat rumah tak ada majlis macam ni.. Kalau dulu arwah ayah yang akan buat kan.. Pihak sebelah hantar 5 dulang so CCB balas 7 dulang..

Tak naik barang sekali sebab bakal mak mertua kata nanti nikah baru bawa sekali..


CCB banyak hantar makanan dan manisan..

Total cost :

*Hiasan dulang (bunga, gabus,lapik gabus, riben & renda) - RM100
*Brownies - RM 65
*Cupcakes flavor american chocolate - RM 35
* Gula gula, coklat & jelly - RM 50 (termasuk anak CCB punya jajan..And tak habis pun gula gula yang CCB beli tu bagi ke pihak sebelah..lebih nya anak anak buah yang habiskan)
*Bunga kapur, gambir & sireh - RM 15 (bunga kapur tu dah mahal sekarang sekuntum RM4.50)

lebih kurang dalam RM 200++ la cost untuk hantaran sebab ada yang selit untuk kat rumah..

 - bunga2, bakul buah & sampah (kertas warna kat bawah buah tu) beli dekat GM Klang
 - gula gula, coklat marshmallow tu beli dekat kedai borog makanan ringan
 - Sireh & buah beli dekat Pasar Besar Klang


- buah buahan -


- apam polka dot jiran sebelah rumah buat -


- gula-gula, coklat & marshmallow -


- pulut kuning mama CCB masak, corak ni CCB yang masuk kan dalam acuan -


- brownies (jiran jugak yang buat sebab dia ada meniaga online) -


- cup cakes (CCB suka order kek dengan dia.. sedap keknya) -


- sireh junjung (yang ni selalunya arwah ayah yang akan buat, CCB buat tak jadi sireh junjung) -


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Assalammualaikum semua... Harap tak terlambat lagilah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca..Ya allah lama dah CCB tak update blogkan.. Dah berhabuk dan bersawang dah.. Sejak hujung tahun lepas CCB agak busy sikit dengan kerja.. Balik pun selalu sangat lambat.. Tahun 2017 pulak sibuk menguruskan sesi persekolahan Mia.. Hari ni dapatlah curi masa sedikit untuk buat entry di blog kesayangan ni.. Rindu betul nak menulis dan bercerita..

Excited betul bila anak dah sekolah ye.. Biar pun baru pra-sekolah tapi perasaan tu sangat-sangatlah teruja.. Mana tidaknya kena bangun awal pagi, siapkan anak dan hantar dia ke sekolah.. Mia ni CCB sekolah kan dia pagi dan petang... Pagi sesi sekolah kebangsaan dan petang pula sesi sekolah ABIM..

Alhamdulillah Mia sangat-sangat suka belajar.. Sebelum puasa tempoh hari, keputusan penilaian Mia sangat memberangsangkan.. Tapi tu lah dah tengah-tengah tahun ni mula la dia malas bangun pagi.. Dah kebetulan hari raya ni kan.. Macam mana dengan hari raya korang?? Mesti seronok berjalan melawat sanak saudara kan...

Tahun ni CCB tak berjalan sangat.. Maklum tak boleh nak tinggalkan kerja kang bertimbun2 pulak..
Ok korang nanti-nanti CCB share dengan korang apa yang tak sempat CCB share ok... Hehehe banyak ni yang nak di ceritakan tau.. Lebih-lebih lagi trip CCB berdua je ngn anakanda tersayang.. Haaa first time tu CCB travel solo.. Ok see you guys... 

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

Assalammualaikum readers.. Kurangnya CB mengupdate blog sekarangkan.. Alhamdulillah mama CB da semakin sihat.. Jumaat yang lalu CB bawak mama untuk buka beg saluran.. Akhirnya mama kata.. Kemain lagi riang dia.. Maklum dia dah bosan duk saja dekat rumah.. Sekarang mama dah boleh bergerak kesana kemari seperti sedia kala.. Tapi… Kebelakangan ni CB pulak yang jadi tak sihat.. Puncanya CB mula hilang selera makan sejak 2 minggu yang lepas.. Kemudian diiringi dengan pening, loya, muntah2 dan sakit dibahagian pinggang (memang tak boleh duduk dan baring)..

Selasa baru2 nie CB pergi ke Klinik Kesihatan untuk dapatkan rawatan.. Namun CB rasa agak kecewa dengan layanan yang diberi.. 2 jam menunggu dengan keadaan badan yang tidak mengizinkan tapi bila nombor dipanggil, pegawai perubatan hanya bertanya sahaja sebab apa datang dan berikan CB time slip serta ubat tahan muntah.. Alahai nie la antara sebab kenapa CB tak suka pergi KK atau GH.. Menunggu bukan main lama jumpa doktor tak sampai seminit.. Tak ada apa pun yang diperiksanya..

Dan gejala sakit tu masih melarat ditambah pula dengan cirit birit dan rasa sakit dibahagian bawah perut.. Tambah lagi ulser dipinggir bibir ku ini besar bak hang.. Lagi la tak leh nak makan.. Berat CB susut 4.9kg.. Ehhh wahhh sakit punya pasal terus dapat berat badan idaman.. Kalau tak susahnya nak turunkan..

CB pun tak pasti apa punca sebenar.. Mama dah start bising2 tentang detox tea yang CB beli.. Yes memang tak dinafikan sejak.. Bukan sejak tapi sewaktu amalkan detox tea tu lagi selera makan CB dah mula kurang.. Tapi lau dah tak ambil detox tea pun tak ada selera.. CB andaikan sebab cuaca.. Ye la cuaca terlampau panas dan CB minum terlampau banyak air sehingga tak larat dah nak makan..

CB harap sakit ni cepatlah beransur.. Sebab banyak urusan yang CB perlu uruskan.. Tak sanggup jugak nak muntah dan cirit birit hari2.. Mau2 nanti bawak bantal dengan selimut dalam toilet terus…



MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE



KLIK banner untuk join.

#1 SEGMEN FROM ME



meh join sini.. KLIK BANNER utk join

First Giveaway by KasihkuAmani


jom2 join giveaway by kasihku amani.... KLIK banner utk join

BIRTHDAY G.A BY FARAHDEENA FISAL

CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN

salam and hye people :),

. This is farahdeena second giveaway. Dan giveaway kali ini dibuat semperna birthday blogger
 farahdeena pada 9 february ni. So, nak cari 5 orang blogger yang bertuah untuk memenangi HADIAH MISTERI. 

Tapi kalau ramai yang join mungkin  jumlah yang bertuah akan berubah. hehe. 


Untuk join Birthday Giveaway By FARAHDEENA FISAL ini. mudah ja syarat dia :)

Emoticon 1.  buat entry bertajuk "Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL" 


Emoticon 3.follow ig farahdeenafisal

Emoticon 4.follow ig Farahdeena Shopholic


Tmat pada 19 february 2016, jom join ramai-ramai 
SmileySmileySmileySmiley


SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL



Hurmmm memori paling indah ye?? Memori paling indah ialah kehadiran Cik Bie..


Giveaway Cash RM30 Feb 2016 by AHBAR

Klik Banner untuk join giveaway


Subscribe to our mailing list to get the updates on our Special Offer to your email inbox...

 We can't wait more to have your email in our subscribers email list. Just put your nice email in below box:

* indicates required


Biskut Semperit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Anda tengah mencari biksut semperit tradisional sedap untuk dinikmati musim perayaan ini?

  1. Mari cuba produk keluaran kami, dijamin kepuasan memakan biskut semperit ini sehingga tahap 90% puas hati.
  2. Ingin mencari biskut semperit apabila makan cair di dalam mulut? Jawapanya adalah biskut semperit keluaran kami.
  3. Bahan yang digunakan ketika proses ini adalah butter, tepung, gula dan telur.

Biskut Semperit AHBAR telah mempunyai pengalaman semenjak 2006 dimana resepi secara turun temurun dan Berjaya menambat hati pembeli.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, mari merasai kenikmatan memakan biskut semperit yang mempunyai citarasa tradisional dikekalkan.


KINI HANYA

RM25.00

50 KEPING
FREE COD AMPANG / KUALA LUMPUR


Segmen Bloglist by Cik Miela


Klik Banner untuk join ye kengkawan..

First GiveAway by Encik Kidal



Korang2 jom join giveaway dari Encik Kidal nie.. Mana tahu nanti boleh dapat hadiah yang best2.

Azam Cik Bunga tahun 2016 ialah sambung belajar dengan program pengajian jarak jauh.. Harap sangat tahun nie tercapai azam nie lama dah tertangguh.. Cik Bunga nak hadiah customize notebook tu.. Huhu.. Boleh buat tulis nota2 penting gitu..

Nama insta Cik Bunga - Erinndryanaofficial



Segmen #BOTW 1.0 by Ombak Bergigi


Hai guys! Om buat segmen lagi. Korang nak join Segmen ni ? 10 blogger yang terawal layak ke pusingan seterusnya.

Korang tahu #BOTW? #BOTW ialah singkatan daripada Blog Of The Week.

Apa yang menarik?

KLIK BANNER UNTUK JOIN !.

NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN



Jom join giveaway oleh Dylla… Klik pada banner untuk join..


Bagaimana caranya? 
1. Follow blog DYLLAREZAN ini. 
2. Buat satu entry bertajuk "NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN"
3. Copy paste gambar di atas dan link kan ke entry Dylla ni. 
4. Komen dan sertakan URL anda di ruangan komen entry ini. Nanti saya akan update dari semasa ke semasa senarai blog yang sertai segmen giveaway ini.


Seramai 5 orang akan dipilih secara cabutan bertuah.
Dan hadiah yang akan dimenangi adalah MISTERI.
(Acah suspen sikit hehe)

Tarikh tutup: 11.59pm pada 16/1/2016

Tunggu apa lagi?
Jom lah kita sama sama meriahkan segmen ini.

Terima kasih dan selamat tahun baru semua!

Birthday Segment : Bloglist & Blogwalking by Najwa Zahid


Selamat hari lahir Najwa Zahid .. Najwa nie rajin singgah blog CB.. Sempena Hari lahirnya, dia buat segmen blogwalking.. Jom ramai2 support Najwa.. Syarat2 pun mudah.. korang boleh KLIK pada banner dibawah untuk join..










Syarat-syaratnya :

1) Follow G+ blog ni.
2) Follow Facebook Page DI SINI atau tekan je like dekat box The Websites belah kanan blog ni.
3) Buat entri bertajuk "Birthday Segment : Bloglist & Blogwalking by Najwa Zahid".
4) Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink ke blog ni.
5) Tag seorang rakan blogger anda. Pastikan dia tahu.
6) Publish entri dan tinggalkan link di ruangan komen.


Segmen ni akan tamat pada 17 Januari 2016, pukul 6.00 petang waktu Malaysia.
Pemilihan 10 orang bloglist menggunakan random.org jika penyertaan melebihi 10 orang.
Selamat bersegmen. =D

First Giveaway by Nuruleaida


Lai2 kengkawan semua kita support kawan blogger kita ni..

First time wat giveaway katanya… Macam mana nak join??? Klik banner diatas…

"NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH"

Assalamualaikum

Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA