Showing posts with label short vacay. Show all posts
Showing posts with label short vacay. Show all posts

HIKING DAY @ TABUR HILL



Assalammualaikum semua.. Macam mana dengan hujung minggu korang?? Cuaca agak panaskan semalam.. Lebih panas dan bahang dari biasa.. Pastikan korang banyak minum air ok..Kurangkan aktiviti diluar rumah..




Tapi semalam pagi CB terasa nak hiking Bukit Tabur.. CB gerak dari rumah lebih kurang jam 7:45pg.. Dalam perjalanan CB singgah sarapan McD.. CB pilih untuk ikut MRR2 untuk ke Taman Melawati.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..




Kawan CB memilih untuk hiking dari second peak ia lebih light jika dibandingkan dari track utama yang lebih mencabar.. Kami mula memanjat sekitar jam 9:17am.. Bila dah lama tak hiking mula2 tu pancit jugak.. Tapi CB mampu untuk dapatkan balik stamina.. (cewaahhhhh.. hahahahaa)




Dari track ni pemandangan lebih kepada kawasan perumahan elite di Taman Melawati.. Manakala pemandangan empangan pula sedikit terlindung dengan pokok kecil.. Susur jalan daki pula tidak terlalu bahaya untuk pendaki2 yang baru.. Namun masih mampu memberi kepuasan bila sampai dipuncaknya..






CB ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dekat atas.. Rehat2 kejap dan CB turun semula.. Dah penat2 tu best bila dapat nikmati cendol untuk sejukkan badan..








Sedikit info mengenai Bukit Tabur : 

Bukit Tabur terletak di dalam negeri Selangor.. Ia jugak terkenal dengan nama Bukit Hangus. Bukit Tabur adalah sebahagian dari Empangan Klang Gates dan mampu dilihat dari Lingkaran MRR2 Kuala Lumpur.. Kebanyakakan pendaki akan memasuki melalui denai di Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu empangan berdekatan dengan Taman Melawati untuk pendakian 3-4jam..

Puncak Bukit Tabur menawarkan pemandangan panorama, empangan dan bandar Kuala Lumpur yang cantic.. Bukit Tabur juga dibahagi kepada dua bahagian iaitu timur dan barat.. Kebanyakan pendaki juga gemar memilih bahagian barat kerana bahagian timur menawarkan pendakian yang lebih mencaba dengan curam yang lebih dalam dan berisiko..

Di Bukit Tabur juga pernah terjadi beberapa kemalangan termasuklah kemalangan maut.. Adalah diperingatkan kepada pendaki2 agar lebih berhati2 dan mengenakan pakaian yang lebih sesuai untuk pendakian..

* pesanan dari CB kalau boleh musim2 panas macam ni elakkan pergi hiking. Sebab bahaya.. Ada kemungkinan kita akan mengalami tekanan darah tinggi atau pun rendah.. Seperti baru2 nie di Gunung Datuk 3 orang menemui ajal.. Salah seorangnya kerana serangan jantung..

3H 2M PERCUTIAN BUDGETLANGKAWI

Pengangkutan.

Bas/Flight :

Cara mudah untuk korang menempah tiket awal dan mengetahui jadual perjalanan selain dari pergi ke kaunter. Untuk yang nak menempah tiket bas boleh ke laman web SANI EXPRESS dan flight korang boleh cuba AIR ASIA , MALAYSIA AIRLINES dan lain2 syarikat penerbangan di Malaysia..

Pastikan anda merancang percutian dengan baik.. Elakkan menempah di saat akhir.. Lagi2 tiket bas.. Untuk ketika ini tambang adalah RM 54.00 (dewasa) jika bas tambahan harganya agak mahal sedikit.. Macam CB kena baru2 nie.. Sebab kawan beli lambat jadi harga tiket untuk pergi jadi RM 61.00 (dewasa)..

Feri :

Anda boleh jew beli tiket feri online..jadi anda dapat melihat waktu perjalanan feri.. Untuk menempahnya sila ke laman web ini FERI LANGKAWI . Rate harga tiket feri untuk waktu ini adalah RM 18 untuk dewasa.

Penginapan.

Hotel/Homestay :

Buat pemilihan bijak.. jika anda merancang percutian bajet jadi janganlah pilih hotel yang bertaraf 4 atau 5 bintang.. Memadai menginap di hotel budget atau homestay.. Di Pulau Langkawi terdapat banyak hotel2 budget dan home stay yang selesa.. Dan mereka ada menyediakan pakej2 yang menarik untuk anda..


Sewa Kereta

Di Langkawi anda tidak perlu gusar tentang pengangkutan untuk berjalan.. Terdapat banyak perniagaan sewa kereta di sana.. Jika anda tidak mahu sewa kereta boleh je naik teksi yang harganya sangat berpatutan.. Contoh contact seperti di bawah :



Tempat Menarik

16 tempat menarik untuk lawatan:

Dataran Lang
Kereta kabel
Sky Bridge
Underwater World
Air Terjun Telaga Tujuh
Air Hangat
Ladang Buah Naga
Makam Mahsuri
Bird Paradise
Taman Marin Pulau Payar
Taman Buaya
Island Hoping
Taman Agro Mardi
Telaga Harbour Park, Perdana Quay
Langkawi Wildlife Park
Kilim Geoforest Park

Tempat shopping :

HIG, Idaman Mahsuri, SAGA, Coco Valley.

Tempat makan best :

Laksa

tepi airport, jalan penarak, jeti (kerusi hijau), beras terbakar (depan sekolah), pantai kok.

Pantai Cenang

Burger lori, restoran haji ramli, selera lubuk buaya, restoran sambal tumbuk, restoran hall in the wall, restoran mangga 2, restoran janggus, restoran haji jelani

Pantai Tengah

Restoran mangga depan holiday villa

Padang maksirat/Airport

Jom ikan bakar, gulai kawah, restoran D pulau, restoran patani

Kuah

Wan thai, restoran bamboo, fish farm restoran, EE burger, stall belakang EE, wonderland seafood, kedai makan nelayan


Lain2 tempat makan terbaik KLIK SINI







TIPS PERCUTIAN BAJET

Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan.. Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang bila travel sorang2 atau dengan kawan2..


  •  Pastikan tempat yang hendak dituju.

korang kena ambil tahu tempat yang korang nak pergi seperti persekitarannya.. Lagi kalau korang travel sorang2 dan tempat yang korang nak pergi tu adalah tempat yang korang tak pernah pergi.. Sekarang korang boleh google je info2 yang korang perlukan.. Seperti tempat makan, hotel dan lain2..

  • Bila tarikh bercuti dan pengangkutan.

Ni penting.. Korang kena la tetap kan tarikh yang betul supaya dapat buat perancangan awal.. Kalau boleh elakkan waktu cuti sekolah kerana tempat2 percutian akan menjadi sesak.. Seperti penempahan hotel , pengangkutan dan lain2 penting untuk buat tempahan awal.. Pastikan korang survey betul2 harga dan lokasi hotel dan transport sebelum korang booking.. Tentang pengangkutan pula biasanya kita akan menggunakan public transport.. Tapi boleh je kalau korang nak bawak kereta sendiri.. Kalau korang naik bas pastikan stesen bas tidak jauh dari tempat yang korang nak pergi.. Contohnya kalau korang nak pergi Langkawi stesen bas kuala perlis adalah berdekatan dengan jeti.. Tak perlu jalan jauh atau ambil teksi dan sebagainya..

  • Aktiviti.

Aktiviti ni perlu jugak.. Sebab tak kan pergi bercuti duduk peram dalam bilik je kan.. Lagi2 kalau yang pergi bercuti dengan kawan2.. Jika tempat percutian itu adalah pulau pastikan korang ada buat malam BBQ.. Memang seronok.. Korang bolehlah melawat tempat2 yang menarik.. Info2 korang tempat korang boleh google.

  • Cenderamata.

Last sekali sebelum balik pastikan korang beli cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga…




Mudahkan?? Siapa kata travel tu susah.. Jika tak yakin berjalan dulu didalam negara sendiri..  Kalau dah yakin bolehlah ke luar negara..


JJCM - ASAM PEDAS HAJAH RAHMAH (MELAKA)

Gerai Hajah Rahmah Binti Haji Ibrahim adalah salah satu kedai yang menyediakan masakan asam pedas untuk hidangan makan tengahhari. Terdapat jugak pelbagai jenis lauk..

Buka sehingga jam 2.00petang dan mejadi tempat tumpuan ramai.. Asam pedas yang pelbagai dan rasanya yang enak serta harga yang berpatutan.. Memang wajib korang cuba bila singgah ke Melaka..

Terdapat jugak goreng pisang panas dan buah potong sebagai pencuci mulut..


Terletak di Bukit Katil 30 minit dari Plaza Toll Ayer Keroh..


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA