Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

PISANG GORENG CHEESE

Cuaca sejuk2 macam nie teringin pulak nak makan pisang goreng cheese.. Sedap betul kalau dimakan panas2 kan.. Nak beli petang2 time balik kerja tu susah benor nak cari.. Kebiasaannya waktu balik tu kedai2 yang jual kuih nie dah tutup tak pun juadah dah pun habis dijual.. Nak buat sendiri?? Haishhh balik kerja dah penat emang taklah nak rajin ke dapur.. Selalu pun balik kerja Cik Bunga masuk dapur untuk makan jew..


Hehe.. Terima kasih dekat mak Cik Bunga yang dah siap masak dekat umah.. Sayang mama..







Ha balik pada rasa teringin tadi tu.. Nasib baiklah jiran sebelah rumah ada jual online untuk taman perumahan Cik Bunga.. Jadi Cik Bunga whatsapp jew kat dia untuk order, bagitau je kat dia nak pukul berapa.. Siap delivery pulak tu dah tak payah susah2 nak keluar.. Sampai2 rumah dah boleh terus makan.. Tapi pic atas nih bukan Cik Bunga punya.. Maklum Orang tak makan coklat kan.. Cik Bunga request ngan Kak Yong tak nak coklat tu.. Cheese semata je la Cik Bunga makan..






Terima kasih ye Kak Yong membantu menghilangkan rasa craving Cik Bunga.. Moga2 berkembang2lah biz Kak Yong nanti…


Tapi sesape yang rajin tu boleh jew buat sendiri.. Mudah jew.. Pisang yang dah digoreng tu korang susun pastu parut kan cheese kat atas dia.. Nak guna coklat rice boleh nak guna coklat sirap pun boleh..







KUIH GUNTING

Sepanjang minggu nie petang jew mesti hujan.. Nak bawak anak berjalan pun agak tak selesa bila cuaca macam nie jadi apa lagi yang boleh buat selain dari tengok tv je kan..cerita pun boleh tahan jugak..





Tapi tiba2 pulak Cik Bunga rasa macam nak mengunyah sesuatu...kalau dapat mkn kekacang ke atau kerepek2 ke ala2 tgk wayang macam tu.. Terus datang idea nak buat kuih gunting.. Bahan2 pun ada dekat umah..



1 Peket tepung gandum
1 Biji telur
Garam secukup rasa
3 Sudu besar planta
1 Sudu besar minyak sayuran
1 Sudu besar serbuk kari
Daun sup
Air secukupnya






* gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh...
* kemudian gelekkan sehingga nipis (ambil cikit2) dan gunting..
* panaskan minyak dan goreng sehingga garing...
* siap di hidang..



DONAT GEBUS CIK BUNGA

Morning… Assalammualaikum bloggers?? Korang tengah buat apa?? Dipagi jumaat yang mendung2 ni sedapnya kalau dapat makan sarapan dengan air panas betul tak?? Petang semalam anak buah Cik Bunga buat request kat nenek dorang (means mama Cik Bunga la kan) nak bawak bekal kuih donat ke sekolah pagi nie..


Wah2 mentang2 hari tu Cik Bunga da buatkan kek coklat..semalam pulak puding mangga..untuk hari nie die request pulak kat nenek dia.. Tapi anak2 buah Cik Bunga (termasuk la Cik Bunga sendiri) memang suka sangat dengan donat yang mama buat..Gebunya… Kelembutannya..dijamin 2 hari pun still lembut dan gebus..





Ada orang akan letak kentang atau majerin untuk bagi dia gebu lembut.. Itu terpulang kepada individu… Resepi Cik Bunga nie simple je dan guna barang yang memang ada kat rumah..

Bahan bahan :
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
Garam secukup rasa
½ peket mauripan
3 sudu besar minyak
2 cawan air
1 peket tepung gandum


·         Bancuhkan semua bahan dalam 1 bekas (kecuali tepung) .
·         Kemudian adunkan bahan yang sudah dibancuh tadi bersama tepung untuk menjadi doh. (doh tidak boleh terlalu cair dan terlalu keras.)
·         Perapkan aduan dalam setengah jam atau sejam. Bila aduan dah nampak kembang. Bolehlah bentukkan. (pastikan apabila kita dah membentuk aduan itu seperti donat terus goreng didala minyak yang betul2 panas)
·         Goreng  sehingga warnanya kuning kuning keemasan dan angkat. Blender gula @ boleh guna gula kastor untuk gaulkan donat itu tadi. Siap dihidang.

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA