DONAT GEBUS CIK BUNGA

Morning… Assalammualaikum bloggers?? Korang tengah buat apa?? Dipagi jumaat yang mendung2 ni sedapnya kalau dapat makan sarapan dengan air panas betul tak?? Petang semalam anak buah Cik Bunga buat request kat nenek dorang (means mama Cik Bunga la kan) nak bawak bekal kuih donat ke sekolah pagi nie..


Wah2 mentang2 hari tu Cik Bunga da buatkan kek coklat..semalam pulak puding mangga..untuk hari nie die request pulak kat nenek dia.. Tapi anak2 buah Cik Bunga (termasuk la Cik Bunga sendiri) memang suka sangat dengan donat yang mama buat..Gebunya… Kelembutannya..dijamin 2 hari pun still lembut dan gebus..





Ada orang akan letak kentang atau majerin untuk bagi dia gebu lembut.. Itu terpulang kepada individu… Resepi Cik Bunga nie simple je dan guna barang yang memang ada kat rumah..

Bahan bahan :
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
Garam secukup rasa
½ peket mauripan
3 sudu besar minyak
2 cawan air
1 peket tepung gandum


·         Bancuhkan semua bahan dalam 1 bekas (kecuali tepung) .
·         Kemudian adunkan bahan yang sudah dibancuh tadi bersama tepung untuk menjadi doh. (doh tidak boleh terlalu cair dan terlalu keras.)
·         Perapkan aduan dalam setengah jam atau sejam. Bila aduan dah nampak kembang. Bolehlah bentukkan. (pastikan apabila kita dah membentuk aduan itu seperti donat terus goreng didala minyak yang betul2 panas)
·         Goreng  sehingga warnanya kuning kuning keemasan dan angkat. Blender gula @ boleh guna gula kastor untuk gaulkan donat itu tadi. Siap dihidang.

No comments:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA