Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

HIKING DAY @ TABUR HILL



Assalammualaikum semua.. Macam mana dengan hujung minggu korang?? Cuaca agak panaskan semalam.. Lebih panas dan bahang dari biasa.. Pastikan korang banyak minum air ok..Kurangkan aktiviti diluar rumah..




Tapi semalam pagi CB terasa nak hiking Bukit Tabur.. CB gerak dari rumah lebih kurang jam 7:45pg.. Dalam perjalanan CB singgah sarapan McD.. CB pilih untuk ikut MRR2 untuk ke Taman Melawati.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..




Kawan CB memilih untuk hiking dari second peak ia lebih light jika dibandingkan dari track utama yang lebih mencabar.. Kami mula memanjat sekitar jam 9:17am.. Bila dah lama tak hiking mula2 tu pancit jugak.. Tapi CB mampu untuk dapatkan balik stamina.. (cewaahhhhh.. hahahahaa)




Dari track ni pemandangan lebih kepada kawasan perumahan elite di Taman Melawati.. Manakala pemandangan empangan pula sedikit terlindung dengan pokok kecil.. Susur jalan daki pula tidak terlalu bahaya untuk pendaki2 yang baru.. Namun masih mampu memberi kepuasan bila sampai dipuncaknya..






CB ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dekat atas.. Rehat2 kejap dan CB turun semula.. Dah penat2 tu best bila dapat nikmati cendol untuk sejukkan badan..








Sedikit info mengenai Bukit Tabur : 

Bukit Tabur terletak di dalam negeri Selangor.. Ia jugak terkenal dengan nama Bukit Hangus. Bukit Tabur adalah sebahagian dari Empangan Klang Gates dan mampu dilihat dari Lingkaran MRR2 Kuala Lumpur.. Kebanyakakan pendaki akan memasuki melalui denai di Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu empangan berdekatan dengan Taman Melawati untuk pendakian 3-4jam..

Puncak Bukit Tabur menawarkan pemandangan panorama, empangan dan bandar Kuala Lumpur yang cantic.. Bukit Tabur juga dibahagi kepada dua bahagian iaitu timur dan barat.. Kebanyakan pendaki juga gemar memilih bahagian barat kerana bahagian timur menawarkan pendakian yang lebih mencaba dengan curam yang lebih dalam dan berisiko..

Di Bukit Tabur juga pernah terjadi beberapa kemalangan termasuklah kemalangan maut.. Adalah diperingatkan kepada pendaki2 agar lebih berhati2 dan mengenakan pakaian yang lebih sesuai untuk pendakian..

* pesanan dari CB kalau boleh musim2 panas macam ni elakkan pergi hiking. Sebab bahaya.. Ada kemungkinan kita akan mengalami tekanan darah tinggi atau pun rendah.. Seperti baru2 nie di Gunung Datuk 3 orang menemui ajal.. Salah seorangnya kerana serangan jantung..

MOVIE REVIEW : BOBOYBOI THE MOVIE

Salam semua.. Lama CB tak bukak blog.. Agak bz sikit lately huhu.. Well hari ni CB nak cerita pasal semalam.. Bawak my little princess tengok movie Boboyboi The Movie dengan kawan2 CB.. Last week pun da tengok movie cerita Munafik..

CB ambil masa yang petang cikit sebab yang awal2 semua da tinggal seat depan2 je.. Tiket pun CB beli online je senang.. So dapat la seat belakang maka penglihatan si kecil Mia tak adalah terhalang oleh kepala2 orang.. Tapi semalam tetiba Mia demam pulak.. Ingat tak yah la pergi tengok sebab dia tak sihat tapi dia siap cakap “mama wayang tu sekali je dia keluar nanti adik tak dapat tengok lagi..”



Nak tak nak bawak la jugak.. Kita orang keluar awal dari rumah sebab kawan CB nak beli baju sekali.. Tapi terawal sangat la pulak.. So sementara tunggu pukul 5:50pm tu kita orang duduk la rilex2 main giant bubble dekat padang.. terserempak pulak dengan salah seorang kawan CB masa kerja dekat 7E dulu..


Ok2… back to cerita tadi.. So far cerita boboyboi ni best sangat2.. Bukan setakat budak2 je leh layan.. Dewasa pun.. Betapa kuatnya hubungan persahabatan antara boboyboi dan ochobot serta kawan2nya.. Oleh kerana menghayati sepenuhnya cerita tu CB menangis masa ochobot mati.. Sob sob… Memang enjoy gila tengok cerita nie.. Berbaloilah beli tiket tu bak kata kawan CB..



Hope akan adalah Boboyboi  The Movie 2 nanti.. Habis movie dalam pukul 7:20pm so kita orang terus balik sebab Mia da mengantuk.. Next week kita rest je dekat rumah insya allah...

TIPS PERCUTIAN BAJET

Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan.. Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang bila travel sorang2 atau dengan kawan2..


  •  Pastikan tempat yang hendak dituju.

korang kena ambil tahu tempat yang korang nak pergi seperti persekitarannya.. Lagi kalau korang travel sorang2 dan tempat yang korang nak pergi tu adalah tempat yang korang tak pernah pergi.. Sekarang korang boleh google je info2 yang korang perlukan.. Seperti tempat makan, hotel dan lain2..

  • Bila tarikh bercuti dan pengangkutan.

Ni penting.. Korang kena la tetap kan tarikh yang betul supaya dapat buat perancangan awal.. Kalau boleh elakkan waktu cuti sekolah kerana tempat2 percutian akan menjadi sesak.. Seperti penempahan hotel , pengangkutan dan lain2 penting untuk buat tempahan awal.. Pastikan korang survey betul2 harga dan lokasi hotel dan transport sebelum korang booking.. Tentang pengangkutan pula biasanya kita akan menggunakan public transport.. Tapi boleh je kalau korang nak bawak kereta sendiri.. Kalau korang naik bas pastikan stesen bas tidak jauh dari tempat yang korang nak pergi.. Contohnya kalau korang nak pergi Langkawi stesen bas kuala perlis adalah berdekatan dengan jeti.. Tak perlu jalan jauh atau ambil teksi dan sebagainya..

  • Aktiviti.

Aktiviti ni perlu jugak.. Sebab tak kan pergi bercuti duduk peram dalam bilik je kan.. Lagi2 kalau yang pergi bercuti dengan kawan2.. Jika tempat percutian itu adalah pulau pastikan korang ada buat malam BBQ.. Memang seronok.. Korang bolehlah melawat tempat2 yang menarik.. Info2 korang tempat korang boleh google.

  • Cenderamata.

Last sekali sebelum balik pastikan korang beli cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga…




Mudahkan?? Siapa kata travel tu susah.. Jika tak yakin berjalan dulu didalam negara sendiri..  Kalau dah yakin bolehlah ke luar negara..


Pencarian Bloglist Feb-Mac By Afidah Azmi

Jom sume join pencarian bloglist Kak Afidah Azmi..
KLIK banner untuk join..

Jemput Yaya Cendana join sekali


"Segmen Jom FOLLOW & Klik Nuffnang by Ct Roxalynna NH"




Jom geng join segmen kat bawah nie.. Maklumat lanjut klik banner kat bawah…





" You Follow I , I Follow You"


Selamat petang uolls… jom join segmen Cik Yaya yang cantic manis nie.. syaratnya pun tak susah.. klik banner kat atas untuk join ok…








SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER



Ramai dah yang  join segmen ni jom korang pun join jugak.. Klik pada banner diatas utk join.. 

REVIEW PRODUK - SKRUB MUKA SYAHIRAH

Assalamualaikum reader semua.. Hari ni CB nak review satu produk penjagaan muka dengan korang..




Taaaaadaaaa  ni lah produk tu Syahirah Skrub Muka. As korang semua tahu CB sangat setia dengan produk keluaran Safi dari zaman sekolah lagi.. Tapi sejak Safi mengupgrade produk dorang, bila CB pakai kulit muka CB jadi terlalu kering dan sedikit mengelupas.. Ini terjadi mungkin sebab CB tak berapa serasi dengan bahan baru dalam produk tersebut..

CB memang cerewet tentang produk penjagaan muka sebab kulit muka CB agak sensitif. CB try pakai skrub muka Syahirah nie dari hari CB ke Langkawi. Alhamudillah kulit yang kering dan mengelupas tu dah kurang.. Kulit rasa lembut dan lembab..

Tekstur skrub juga tidak terlalu kasar..  Fungsi skrub muka ini ialah menbuang sel2 kulit mati dan juga bintik2 hitam pada muka.. Juga membantu kembalikan tona warna kulit muka.. Selalunya bila CB mudah dapat sunburn bila terlalu terdedah pada cahaya matahari yang terik. (dekat Langkawi hari tu panas sangat.. tambah naik bot menyusuri lautan) Tapi dengan penggunaan Skrub muka nie tak ada sunburn sangat..  CB harap2 serasi la guna produk Syahirah ni.. So korang pun boleh try jugak..


REVIEW PRODUK - SAFI BALQIS PERFECT 10 EYE CONTOUR CREAM

Kebelakangan nie CB mengalami lingkaran hitam bawah mata. Sampai Cik Bie pun tegur (huishhh ketara sangat tu).. Nak kata tak cukup tidur tiap2 malam memang tidur awal.. Cukup 8 jam waktu rehat.. Mungkin CB banyak merenung screen PC dan handphone.. Maklumlah bila teknologi dah tinggi kerja pun makinlah maju.. Apa2 informasi tentang kerja pun banyaknya melalui Whatsapp sekarang nie email akan datang kemudian..


Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV.

Ok balik pada isu yang CB nak share.. Dulu CB ada pakai krim kontur mata Elianto dan dia mengandungi serbuk mutiara. Memang tak ada kesan eyebag pada mata.. Mata pun nampak segar jew.. Tapi bila dah habis CB pegi ke outlet Elianto untuk beli lagi krim tu dah tak ada. Dorang dah memperbaharui produk2 dorang.. (lum sempat nak membelek lagi produk2 baru Elianto) Jadi CB saja2 lah nak try produk krim kontur mata keluaran SAFI pulak..


Seperti yang korang semua sedia maklum SAFI telah menambahbaik produk2 dorang.. Dah seminggu CB pakai krim nie.. Tekstur dia yang ringan mudah sangat serap pada kulit dan tidak melekit.. Alhamdulilah nampak perbezaannya.. Lingkaran gelap bawah mata pun makin pudar..  Hope xde lagilah masalah mata panda lagi.. TQ SAFI.. (cewah poyo jew..)


-Sila abaikan muka CB yang memang tak siap bila waktu kerja-

*masih ada sikit2 kesan eyebag tu.. penggunaan yang konsisten akan memberi kesan yang lebih baik..


TARIKH PEMBAYARAN DAN KADAR BAYARAN BR1M 2016


Sedikit info untuk waktu pembayaran dan kadar bayaran untuk BR1M 2016. Seperti sedia maklum semasa perbentangan bajet 2016 yang lalu telah pun diwar2kan bahawa pembayaran BR1M telah dinaikkan manakala satu lagi kategori baru telah diperkenalkan.
Dalam kategori baru itu ialah penerima BR1M yang tersenarai dalam program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000. BR1M bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan. Pembayaran BR1M 2016 akan dibayar secara ansuran tiga kali berturut.

Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia Online
Pemohon sedia ada yang pernah menerima BR1M wajib membuat kemaskini maklumat peribadi BR1M 2016. Sila klik Kemaskini Borang BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia


Daftar Baru BR1M 2016 Pengguna Baru
Bagi yang belum pernah melakukan permohonan BR1M, Sila layari Borang Permohonan BRIM 2016 Online


Kadar Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016





REVIEW PRODUK - LAVITEEN MOISTURING BOBY SHAMPOO


Cik Bunga nak review satu produk nie -Laviteen Moisturing Body Shampoo With Green Tea Extract For Dry Skin- adalah produk penjagaan diri keluaran  ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD.. Haa mesti korang fikir syarikat zhulian hanya keluarkan barang kemas jew kan?? Sebenarnya Zhulian jugak ada keluarkan produk2 lain seperti penjagaan diri.. penjagaan rumah, makanan kesihatan dan banyak lagilah kalau nak sebut satu persatu..  Cik Bunga sendiri dah cuba produk2 Keluaran Zhulian nie.. Dan diakui keberkesanannya.. Sekarang memang banyak pakai produk Zhulian sahaja.. Secara tak langsung tu Cik Bunga adalah ahli Zhulian yang sah..

-Abaikan Ironman tu-

Ok balik pada produk yang Cik Bunga nak review tadi.. First time guna memang dah jatuh hati.. Bau dia wangi sangat.. Lepas tu kulit pun tak kering.. Rasa lembab gituu.. Kalau sebelum nie Cik Bunga memang ada masalah kulit akan kering bila dah seharian kat luar.. Tapi lepas pakai Laviteen tak de dah masalah tu.. Kulit jadi lembut dan lembab..

Yang paling best tak perlu pakai banyak2, sikit pun dah banyak buih dan buat badan rasa segar.. Satu botol tu Cik Bunga boleh pakai 2 bulan.. Tahan lama kan?? Harga dia pun sangat berpatutan.. Sangat2 berbaloi.. Dah lah jimat kulit pun jadi cantik.. Rangkaian Laviteen juga terdapat untuk penjagaan rambut.. KLIK SINI  untuk senarai produk Laviteen.



PERSONAL CARE - LAVITEEN GREEN TEA

    
PC3101 - Laviteen Body Shampoo With Green Tea Extract For Normal Skin
500ml - RM 26.25

syampu badan kaya buih dengan ekstrak teh hijau yang memberikan anda kulit yang sihat setiap kali anda menggunakannya. Wangian yang menarik dan menyegarkan, memberikan anda sensasi kesegaran sengit. Laviteen Syampu Badan Dengan Ekstrak Teh Hijau Untuk Kulit Normal dicipta khas untuk mencapai khasiat penghidratan dan menggunakan kebaikan Ekstrak Teh Hijau dan Ekstrak Kiwi semula jadi penting untuk memberikan pembersihan lembut dan berkesan, pelembab, berkhasiat dan rawatan anti-oksidan untuk menjaga kulit anda kembali muda, segar dan lembut.

PC3102 - Laviteen Moisturing Body Shampoo With Green Tea Extract For Dry Skin
500ml - RM 26.25

dirumus khas untuk membersih dengan berkesan, mengandungi Vitamin E dan ekstrak Alpukat yang melembapkan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dan menjadikannya lembut. manakala Ekstrak Teh Hijau yang anti-oksidan melindungi kulit daripada kesan rosak setiap hari dari angin, debu dan matahari.

PC3103 - Laviteen Scalp Care Shampoo With Green Tea Extract
350ml - RM 23.40

Laviteen Syampu Penjagaan Kulit Kepala Ekstrak Teh Hijau mengandungi Ekstrak Teh Hijau untuk menyuburkan dan radikal bebas dalam kulit kepala, meningkatkan peredaran dalam kulit kepala dan membantu meningkatkan kesihatan, kilau dan bersinar dari kedua-dua rambut dan kulit kepala. Ia menyediakan kuasa melawan kelemumur berkesan tanpa menanggalkan batang rambut atau merengsakan kulit kepala pada masa yang sama mengekalkan minyak semula jadi di kulit kepala.
 
PC3104 - Laviteen Strong Hair Liquid With Green Tea Extract
250ml - RM 23.60

Laviteen Cecair Rambut kuat Ekstrak Teh Hijau membina rambut sepenuhnya dengan bersinar yang luar biasa. Rambut kering, rosak yang jelas kelihatan akan dijana semula dengan penggunaan yang teratur. memberikan kawalan tambahan dan kilauan untuk membantu melembapkan rambut anda sepanjang hari. Ekstrak Teh Hijau dengan berkesan melawan radikal bebas dengan manfaat anti-oksida untuk menjaga rambut anda segar dan cergas. Ia juga mengawal rambut mengerbang dan rambut ikal, memberi sokongan pada gaya rambut dan pada masa sama mengukuhkan struktur rambut.

PC3105 - Laviteen Hair Gel With Green Tea Extract
125ml - RM 26.40

Sarat dengan teh hijau antioksidan, ia menjadikan rambut rasa licin walaupun ditiup kering. memegang gaya tanpa kaku atau melekit. Tidak mengeringkan atau menanggalkan minyak rambut semula jadi. Mudah dicuci daripada rambut, dengan tidak meninggalkan sisa menjengkelkan yang membuat rambut kusam dan kurang kilau.






REVIEW MOVIE - THE HUNGER GAME : MOCKINGJAY PART 2

Gara gara terjebak dengan adik Cik Bunga tengok The Hunger Games: Catching Fire  dekat FOX Movie malam tadi.. Pagi nie Cik Bunga rasa mengantuk sangat.. Mujurlah kerja tak banyak mana macam kalau nak dibandingkan dengan 2 hari lepas.. Jadi boleh la buat senaman mata sikit.. (hehe)






Best rupanya cerita The Hunger Game nie.. (keluar dekat wayang bukannya pernah pergi tengok pun..) Cerita dia pun bersiri sama seperti Spiderman, X-men, Twilight dan lain2... Dan esok bakal ditayangkan di pawagam2 tanahair The Hunger Games: Mockingjay - Part 2adalah siri yang ke 4 untuk movie The Hunger Game.







sinopsis The Hunger Game - Mockingjay Part 2


Katniss Everdeen lakonan Jennifer Lawrence  meneruskan misinya untuk membunuh Presiden Snow (Donald Sutherland)  dan membela nasib rakyat Capitol.. Apa yang akan berlaku.. Dapatkah Katniss menlaksanakan misinya bersama dengan rakan2 sepejuangan.. Jangan lupa saksikan The Hunger Game  dipawagam berdekatan korang okay.


REVIEW PRODUK - PENCUCI MUKA SAFI MANGGIS DAN HABBATUS SAUDA'

Assalammualaikum hari ni Cik Bunga nak review pencuci muka dari Safi.. Pencuci Muka Manggis keluaran Safi ni Cik Bunga pakai dari tahun 2013.. Mula2 Cik Bunga jumpa di sebuah pasaraya di Tanah Merah, Kelantan.. Tapi bila balik KL nak beli produk ni tak ada lagi.. Siap promoter dekat Tesco Ampang tu kata Cik Bunga pakai produk tiruan..


Memandangkan kulit muka Cik Bunga sangat sensitif memang Safi jadi pilihan Cik Bunga.. Sebelum nie Cik Bunga guna pencuci muka Safi Mentimun.. Cik Bunga suka pakai pencuci muka nie sebab dia melembabkan kulit.. Lepas cuci memang terasa segar sangat muka.. Kita pun tahu khasiat manggis adalah antioksida kan.. Memang memudaremajakan kulit kita..


Dan pada tahun nie Safi telah memperbaharui bungkusan dan menambahkan habbatus sauda'  didalam ramuannya..






REVIEW PRODUK - SAFI LULUR PENCERAH

Selamat petang blogger…pe yang korang buat hujung2 minggu nih??ha pe kata korang berlulur..sebab erin nk share ngn korang lulur yang murah dan berkesan..


Ye la kan bukan sume yang mampu nak ke spa..so utk kesenangan korang jugak bajet yang murah erin syorkan korang beli produk yang bawah nih..




  -Safi lulur pencerah dengan ekstrak kunyit –



Harga pun berpatutan..xla mhal mana..banyak khasiat yang terkandung kat dalam tu..mesti tertanyakan kenapa erin pilih khasiat kunyit..sebab kunyit mmg bagus utk wanita..
Erin dh try dah..memang nampak perbezaan dengan cepat..kulit jadi lebih halus dan mulus..kulit2 mati pun dah xde..kulit pun rasa lembab jeh..xkering lagi....guna seminggu skali pun boleh..2 hari sekali pun boleh jugak..


Lau korang rasa membazir nak beli lulur nih…erin de lagi satu cara tanpa kluar modal untuk korang..lau korang rajin…amek segenggam beras..then korang blend sampai halus (blend kering tau)


Mase nak mandi tu korang sental la kan badan..kompom sume baki yang ada tanggal..beras nih jugak leh jadi skrub muka..ha…senangkan..nak cantik kena la susah ckit…lau senang jadi cantik..tentu sume orang tak menghargainya…


Okeh gurlzz…selamat mencuba…J


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA