Showing posts with label EVENT. Show all posts
Showing posts with label EVENT. Show all posts

COMPANY TRIP TO LANGKAWI 10 - 12 DEC 2015 PART 3

12 Disember 2015


Seawal 7pg kami dah dapat morning call dari pihak hotel.. Alarm hp pun mendayu2 berbunyi mengejutkan tuannya bangun.. Pagi2 nie kami bersarapan di hotel.. Menu?? Memang sodap, mampu mengenyangkan perut.. Alhamdulillah..




Ok aktiviti kami hari adalah menjelajah gua, bagi helang dan ikan makan.. Semua ni termasuk dalam 1 pakej di Mangrove & Limestone . Paling kejap pun tour ni sejam.. Macam kami 4 jam.. Selama 4 jam kami menyusuri muara laut tengok monyet.. bagi helang makan.. Melihat panorama alam.. Kami jugak berpengalaman mengenali gua buaya dan masuk ke gua kelawar..



Bila masuk ke gua kelawar ni korang kena hati2...macam yang tour guide kami cakap jangan pegang apa2 sebab kalau terpegang najis kelawar 3 minggu bru hilang bau dia.. Tengah hari tu kami menjamu selera di atas restoran terapung sambil2 bagi ikan makan..





 


Tapi CB nak ingatkan korang sebab masa kami on the way balik tu dapat tau yang ada orang makan dekat tempat yang kami pergi tu bayarannya sangat2 mahal.. Cuma CB tak sure lah restoran yang mana dia pergi..sebab dekat kawasan situ ada beberapa restoran…




Bila dah selesai makan untuk balik ke tempat bot tadi kami melalui kawasan Tanjung Rhu dan sempadan Lautan Andaman..




Aktiviti hari ni tidaklah padat seperti semalam.. Tetapi waktu yang singkat membuatkan kami agak terkejar2... Lepas puas melihat panorama laut aktiviti yang dinanti pun tiba… Apa lagi shopping la… Coklat.. Coklat.. Coklat... Tapi macam CB nie tak makan coklat jadi CB just beli kan untuk Mia dan Cik Bie je… Kain batik pula CB beli kan untuk mama n mama Cik Bie..




45minit masa diberikan untuk shopping coklat memandangkan feri kami pada jam 4petang.. Selesai beli belah terus naik feri.. Sewaktu perjalanan balik cuaca hujan lebat.. Mujurlah bas yang kami naik tak mengalami kemalangan di Pendang.. Kerana sewaktu bas kami lalu tiba2 signboard di tepi highway nak tumbang.. Alhamdulillah kami semua selamat sampai dan beristirehat dekat rumah pada hari ahad tu..






COMPANY TRIP TO LANGKAWI 10 - 12 DEC 2015 PART 2

10-11 Disember 2015

Pengembaraan bermula jam 12malam dari opis menuju ke Jeti Kuala Perlis.. Perjalanan sangat lancar kerana dua kali je berhenti di kawasan rehat. Pertama berhenti di RnR Tikam Batu dan yang kedua RnR Gurun. Tepat jam 730pagi kami Selamat tiba di Jeti Kuala Perlis. Tour guide memberitahu tiket feri kami adalah jam 930pagi jadi sempatlah nak mandi dan sarapan pagi. Of coz benda pertama yang CB buat adalah mandi sebab makan boleh tapau je memandangkan kedai makan semua penuh tak ada seat kosong.. ( biasalah tu cuti sekolah ). Selesai  sarapan dan mandi ( sempat jugak lagi berselfie ) tibalah giliran kami semua naik feri..




Lebih kurang 45 minit masa diperlukan jika menaiki feri.. Dah nak sampai tu bolehlah tengok pemandangan pulau2 yang ada berdekatan ( Langkawi memiliki 99 buah pulau ) Sesampai kami di Jeti Kuah tour guide dan bas sudah pun menanti  (di Langkawi ada tour guide lain bukan yang ikut kami dari Port Klang ). Destinasi lawatan yang pertama adalah Dataran Helang. Mercu tanda yang gah untuk Pulau Langkawi. 




Dah puas bergambar kami meneruskan perjalanan ke sebuah kedai makanan laut di Pekan Kuah untuk makan tengah hari disana.




Menu yang dihidangkan memang sedap asli dari Thailand. Di Langkawi tidak susah untuk mencari makanan halal kerana penduduk disini kebanyakannya adalah melayu.  Usai makan, perut dah kenyang kami terus menghala ke showroom Nusantara Gamat Langkawi dan kedai Batik Jawa ( masa ni memang masing2 sibuklah memborong minyak gamat dan produk2 lain ).. Minyak gamat dan batik adalah antara perkara yang tak akan pengunjung lupa beli untuk bawak balik.


 


 


Masa yang tour guide beri lebih kurang sejam sahaja. Kerana ada destinasi lain yang hendak di tuju (jadual memang padat sangat). Mesti korang tertanyakan kita orang dah check in ke belum?? Of coz lah belum..  Mujur la CB sempat mandi dekat Jeti Kuala Perlis.. 




Sepatutnya kami terus menuju ke Makam Mahsuri tapi memandangkan yang pergi bukanlah semua muslim, jadi kami batalkan dan terus menuju ke Langkawi Cable CarYeahhhhh!!!!! Tempat yang sangat2 dinantikan. Sape yang belum pernah naik cable car di Langkawi sangat2lah rugi.. Sebab apa?? Sebab pemandangan yang sangat cantik menanti diatas Dan juga satu pengalaman yang luarbiasa pada CB..




2 jam menanti akhirnya dapat jugak naik.. Fuhhh time2 cuti sekolah nie memang padat sangat.. Tapi dah banyak improvement  kat sini.. Last CB pergi tahun 2011.. semata2 yang ada adalah cable car ni je.. tapi sekarang macam2 hado.. Korang jangan lepaskan peluang masuk 3D muzium..  Memang puas hati. 







Masa kita orang naik tu cuaca memang tengah cantik dan matahari dah dekat2 nak terbenam.. Pemandangan memang cun gila.. Rezeki pulak masa nak turun tu dapat tengok pelangi..




Sekarang tibalah masa untuk kami check in.. Fuhhhh badan pun dah rasa penat tapi masa on the way ke hotel lalu lah dekat Pekan Cenang tu memang tak boleh tahan..hahaha semua pun dah set lepas dinner nak siap2 untuk hangout jalan2 cuci mata di Pekan Cenang. Tempat penginapan kami sangat2 selesa. Mana taknya FAVEHOTEL  mempunyai lebih kurang 50 buah cawangan seluruh negara. Dalam jam 100pagi baru la kami balik hotel untuk tido..








PROGRAM KONVOI MTHUSIAST KE JOHOR BAHRU 4-6 DISEMBER 2015 PART 1

Hujung minggu yang lepas CB telah menyertai program konvoi mthusiast ke johor bahru. Apa tu Mthusiast??? Mthusiast adalah sebuah kelab kereta BMW yang berdaftar.. Tujuan konvoi ini adalah bersempena meraikan family day kelab ini.. Sedikit sejarah Mthusiat, kelab ini sudah pun 5 tahun ditubuhkan..  Kelab ini bukan sahaja untuk penggemar kereta BMW malahan setiap ahli keluarga iaitu isteri dan anak2 turut terlibat.. Ini kerana presiden kelab ini sangat menekankan hubungan kekeluargaan.. Pendek kata bukan sahaja para suami2 boleh menambah kenalan malahan isteri2 dan anak2 juga..

Perjalanan kami bermula dari tempat berkumpul iaitu di Stesen Minyak (Shell) Plaza Tol Sg Besi pada jumaat (4 Disember 2015) jam 730pg.. Sebanyak 31 biji kereta BMW (pelbagai model) telahpun menyertai kembara ini.. Kemudiannya kami berhenti bersarapan di  R&R Jejantas Ayer Keroh, Melaka selama setengah jam.. Dan perjalanan diteruskan semula sehingga ke Johor Bahru..

Lebih kurang pada jam 1330 tengah hari kami tiba di Hotel Sentral JB usai sahaja check in para2 driver pun pergi menunaikan solat jumaat dikawasan berdekatan. Makan tengahhari tu CB sekeluarga memilih untuk mencari kedai makan berdekatan tapi sebelum tu kena ambil adik CB di UITM Pasir Gudang dulu.. Untuk orang yang pertama kali jejak kaki di JB seperti CB agak susah untuk kita mencari kedai makan.. Akhirnya kami jumpa satu warung tepi jalan di Permas Jaya.

Warung tu nama dia Sup Mama Erin (kalau xsilap CB lah sebab ada ambil gambar tapi… L Memory card camera telah dijangkiti virus semua gambar bercuti hilang) CB memang suggest sangat korang pergi situ… Menu kat warung akak nie memang sedap2 (tak tau la mungkin sebab kita orang dah lapar sangat ke tu yang rasa sedap tu) Tapi seriouslah CB cakap dengan korang menu dia memang sedap..dan harga pun xde la mahal mana… berpatutan gitu…


Lepas makan tu kita orang balik ke hotel sebab malam tu ada konvoi  Mega TT ke RED CUBE AUTO SPA untuk makan malam pula dan bersempena sesi suaikenal dengan geng kelab BMW di Johor.. Antaranya kelab yang datang malam tu BMW E60 Official Club Malaysia (Johor) , Johor Bimmers Club dan Bimmers Owner Seri Alam (BOS) .. Terima kasih kerana mengalu-alu kedatangan kami di Johor..


Bila dah berkumpul ramai-ramai tu kan mesti lah ada sesi bergambar sebagai kenangan.. Acara malam tu berlabuh tirai tepat jam 1 pagi… Apalagi CB dapat je katil terus lah tidur nyenyak sampai ke pagi…


*CB sedang cuba dapat kan gambar daripada jurugambar official Kelab Mthusiast..



TLC FESTIVAL 22 NOVEMBER 2015, SETIA ALAM

Jom ramai2 memeriahkan TLC Festival 2015. TLC Festival 2015 adalah outdoor event yang tidak kisah sama ada hujan ataupun panas (jadi jangan lupa untuk membawa payung ok..) yang bertemakan gaya hidup sihat. . Event ini juga berganding bahu dengan Astro dan di sponsor oleh Watson dan Khind..



Tempat :Setia City Park, Setia Alam
Tarikh : 22 November 2015
Masa : 2 petang hingga 9 malam


Terdapat pelbagai acara, aktiviti dan bengkel seperti jadual di bawah :






Jangan lupa juga pertunjukan belon panas, rock climbing, face painting, Zumba, wishing tree dan sebagainya.. Terdapat juga pelbagai variasi makanan.. Korang juga berpeluang untuk jumpa seleberiti dari rancangan TLC.









Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA