MOVIE REVIEW : BOBOYBOI THE MOVIE

Salam semua.. Lama CB tak bukak blog.. Agak bz sikit lately huhu.. Well hari ni CB nak cerita pasal semalam.. Bawak my little princess tengok movie Boboyboi The Movie dengan kawan2 CB.. Last week pun da tengok movie cerita Munafik..

CB ambil masa yang petang cikit sebab yang awal2 semua da tinggal seat depan2 je.. Tiket pun CB beli online je senang.. So dapat la seat belakang maka penglihatan si kecil Mia tak adalah terhalang oleh kepala2 orang.. Tapi semalam tetiba Mia demam pulak.. Ingat tak yah la pergi tengok sebab dia tak sihat tapi dia siap cakap “mama wayang tu sekali je dia keluar nanti adik tak dapat tengok lagi..”



Nak tak nak bawak la jugak.. Kita orang keluar awal dari rumah sebab kawan CB nak beli baju sekali.. Tapi terawal sangat la pulak.. So sementara tunggu pukul 5:50pm tu kita orang duduk la rilex2 main giant bubble dekat padang.. terserempak pulak dengan salah seorang kawan CB masa kerja dekat 7E dulu..


Ok2… back to cerita tadi.. So far cerita boboyboi ni best sangat2.. Bukan setakat budak2 je leh layan.. Dewasa pun.. Betapa kuatnya hubungan persahabatan antara boboyboi dan ochobot serta kawan2nya.. Oleh kerana menghayati sepenuhnya cerita tu CB menangis masa ochobot mati.. Sob sob… Memang enjoy gila tengok cerita nie.. Berbaloilah beli tiket tu bak kata kawan CB..



Hope akan adalah Boboyboi  The Movie 2 nanti.. Habis movie dalam pukul 7:20pm so kita orang terus balik sebab Mia da mengantuk.. Next week kita rest je dekat rumah insya allah...

2 comments:

Sha Mohamed said...

Wow.. Ramai yang puji kata filem nie best..

Unknown said...

@Shahida Dzulkafli mmg best sgt2 shahida.. try g tengok...

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA