Assalammualaikum sahabat2 sekelian.. CB pernah
kata nak share dengan korang tentang penyakit mama iaitu batu dalam hempedu..
Syukur alhamdulillah mama CB sihat selepas operation dan kini masih menanti
untuk buka tiub sahaja.. Mama CB pun dah tak sabar2 nak kembali cergas seperti
sedia kala..
Ok back to our story.. Antara gejala-gejala awal
ialah sakit yang sama seperti gastrik tetapi dalam
jangka masa yang lama.. Macam mama CB dia memang selalu kena gastrik
sampai seminggu baru baik.. Bila pergi klinik memang doktor akan bagi ubat angin
dan cas gastrik..
Batu dalam hempedu jugak boleh dialami tanpa
disedari.. Ini kerana prosesnya mengambil masa bertahun2 dan kuantitinya
mungkin bukan 1 tapi berpuluh2.. Ia terjadi kerana hempedu tidak memiliki bahan
kimia yang seimbang lalu menjadi partikel keras yang kemudiannya menjadi batu
karang..
Apabila pundi hempedu dipenuhi dengan batu proses
pencernaan lemak dan kolesterol menjadi kurang efektif dan ia menyebabkan
cecaitr hempedu memasuki salur darah dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti
darah tinggi, kuning, jantung kerosakan hati dan lain2…
Dahulunya gejala ini hanya akan dialami oleh
individu yang berusia 40 tahun.. Tetapi kini seawall usia 20 tahun pun boleh
disahkan menghidapnya. Ini kerana gaya hidup kini yang lebih kepada kurangnya
pengambilan pemakanan yang sihat dan diet yang tidak teratur..
Gejala batu karang dalam hempedu:
Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual,
angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten
dan sederhana bertukar teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas
perut.
Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu
hati.
Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di
pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami
demam panas
Selain itu, ada ketikanya batu karang hempedu
terlepas daripada pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi
hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa).
Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala
pankreas dan menyebabkan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus
mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Kaedah atau rawatan
i- Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan
menggunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan
kamera video kecil.
Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan
dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan,
kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa
hari.
Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu dikeluarkan melalui insisi besar di
perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati terus menghasilkan hempedu
secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
ii- Bukan pembedahan
Batu karang terbentuk berulang kali apabila
rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan
pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
Pil garam hempedu.
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial
(Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.
Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang
yang kecil.
Dan CB ada dapat banyak petua untuk rawatannya
secara semulajadi.. Maka boleh la korang cuba2.. Macam kita yang belum disahkan
menghidapnya patut menukar amalan pemakanan kita ke cara yang lebih sihat.. Dan
tak salah mencuba petua nie..
Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turutHari ke-6 jangan makan malamPada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasiPukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam EpsomPukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
ataupun
Korang boleh cari Daun Jin atau Pokok Lidah Jin.. Rebus dan minum airnya...insya allah..
No comments:
Post a Comment