Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

MOVIE REVIEW : BOBOYBOI THE MOVIE

Salam semua.. Lama CB tak bukak blog.. Agak bz sikit lately huhu.. Well hari ni CB nak cerita pasal semalam.. Bawak my little princess tengok movie Boboyboi The Movie dengan kawan2 CB.. Last week pun da tengok movie cerita Munafik..

CB ambil masa yang petang cikit sebab yang awal2 semua da tinggal seat depan2 je.. Tiket pun CB beli online je senang.. So dapat la seat belakang maka penglihatan si kecil Mia tak adalah terhalang oleh kepala2 orang.. Tapi semalam tetiba Mia demam pulak.. Ingat tak yah la pergi tengok sebab dia tak sihat tapi dia siap cakap “mama wayang tu sekali je dia keluar nanti adik tak dapat tengok lagi..”



Nak tak nak bawak la jugak.. Kita orang keluar awal dari rumah sebab kawan CB nak beli baju sekali.. Tapi terawal sangat la pulak.. So sementara tunggu pukul 5:50pm tu kita orang duduk la rilex2 main giant bubble dekat padang.. terserempak pulak dengan salah seorang kawan CB masa kerja dekat 7E dulu..


Ok2… back to cerita tadi.. So far cerita boboyboi ni best sangat2.. Bukan setakat budak2 je leh layan.. Dewasa pun.. Betapa kuatnya hubungan persahabatan antara boboyboi dan ochobot serta kawan2nya.. Oleh kerana menghayati sepenuhnya cerita tu CB menangis masa ochobot mati.. Sob sob… Memang enjoy gila tengok cerita nie.. Berbaloilah beli tiket tu bak kata kawan CB..



Hope akan adalah Boboyboi  The Movie 2 nanti.. Habis movie dalam pukul 7:20pm so kita orang terus balik sebab Mia da mengantuk.. Next week kita rest je dekat rumah insya allah...

TAHNIAH AZREEN DAN ZULKIFLI

Pada ahad yang lepas CB menghadiri majlis perkahwinan opismate lama di Kampung Raja Uda, Klang. Rasa macam tak percaya yang cik adik seorang nie dah pun berumahtangga.. Rupanya tak jauh pun jodohnya, selama nie ada dekat depan mata je.. Tahniah Azreen.. Moga berkekalan hingga ke jannah..



Dan di kesempatan tu jugak dapatlah berjumpa dengan kawan2 opis yang lama.. Seronok sangat sebab lama dah tak jumpa.. Sekali sekala dapat jumpa sakanlah borak kan?? Macam2 cerita ada.. Tapi terima kasih lah kat Cik Bie sebab teman CB pergi majlis tu (walaupun masa tu ada salah paham sikit).. Kalau tak mesti CB tak dapat jumpa kawan2 lama..



Balik dari majlis tu CB dan Cik Bie singgah ke SCM (Setia City Mall) untuk ambil angin petang.. Saja2lah nak jelaskan salah paham yang ada..

JJCM - ASAM PEDAS HAJAH RAHMAH (MELAKA)

Gerai Hajah Rahmah Binti Haji Ibrahim adalah salah satu kedai yang menyediakan masakan asam pedas untuk hidangan makan tengahhari. Terdapat jugak pelbagai jenis lauk..

Buka sehingga jam 2.00petang dan mejadi tempat tumpuan ramai.. Asam pedas yang pelbagai dan rasanya yang enak serta harga yang berpatutan.. Memang wajib korang cuba bila singgah ke Melaka..

Terdapat jugak goreng pisang panas dan buah potong sebagai pencuci mulut..


Terletak di Bukit Katil 30 minit dari Plaza Toll Ayer Keroh..


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA