Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 4-

Alhamdulillah selamat dah menjadi tunangan orang.. Moga urusan lepas nie dipermudahkan.. part 1, part 2 & part 3 klik sini





- bakal mak mertua sarungkan cincin -


- pic tak edit tu yang huru hara tu..tambah plak belakang pelamin tu ada light haaaa -



- TQ mak -


- cincin merisik tu CCB pilih sendiri, cincin tunang pulak mak yang pilih kan.. - 


sebelum depa balik haaa CCB ajak la bergambar kenangan dulu.. Bukan selalu pun kan majlis macam ni ada...


- bersama adik beradik encik tunang -


- bersama makcik & sepupu tunang -

* doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik..

MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 3-

kesinambungan part 1 & part 2


Pihak sebelah bawak 5 dulang :














- yang ni special cakar ayam berbentuk sarang burung & telur burung puyuh -



MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 2-


Ok sambung lagi cerita... part 1 kat sini

photographer kawan adik CCB dia bagi harga kawan kawan tapi pic tak de edit pape...habis kenduri dia terus transfer kat laptop.. Tapi CCB bayar la kat die half price RM 150.

Pelamin plak along CCB yang sponsor (TQ sangat).. Pelamin ni CCB amek sekali package mekap.. so price dia RM 500.


- boleh search fb rose yusoff -


- baju ni baju kahwin mama CCB dulu -

Tapi sayang sikit la sebab tak dapat nak mekap sangat pada bahagian mata sebab mata CCB agak sensitif sikit sikit berair..

Sementara menanti pihak sebelah datang lepas maghrib CCB layan kan anak anak buah bergambar..


- bersama anak buah yang sulong dan adiknya -


- bersama anak kesayangan CCB -


- layan kan aje la anak anak ni -


- anak dara pun dah besar - 


- keluarga along CCB & mama - 

pihak sebelah datang 8 kereta (before kata 5 kereta je). Angah CCB ada la sewa khemah.. 




- sesi perbincangan sedang berjalan -






MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 1-

Assalammualaikum sahabat sahabat sekelian.. Alhamdulillah hari ni pagi pagi dah hujan. Rahmatnya dihari jumaat ni.. Hari ni CCB nak share pasal majlis pertunangan CCB ahad lepas.. Selepas 6 tahun CCB jadi single mom dan selama 6 taun tu jugak le berkawan dengan ramai orang.. Syukur allah pertemukan jugak jodoh baru (insya allah).


Majlis Pertunangan ni adalah perancangan last minit.. CCB ada mse lebih kurang 2 minggu nak buat persiapan.. Sebab date pertunangan ni dapat pun masa family BF (belum tunang lagi masa tu) datang jamuan raya hari tu..

Persiapan semua CCB buat sendiri, hantaran tunang CCB buat sehabis kreatif DIY & recycle je sebab dah lama sangat tak mendeko sebenarnya.. lebih kurang 4 tahun kat rumah tak ada majlis macam ni.. Kalau dulu arwah ayah yang akan buat kan.. Pihak sebelah hantar 5 dulang so CCB balas 7 dulang..

Tak naik barang sekali sebab bakal mak mertua kata nanti nikah baru bawa sekali..


CCB banyak hantar makanan dan manisan..

Total cost :

*Hiasan dulang (bunga, gabus,lapik gabus, riben & renda) - RM100
*Brownies - RM 65
*Cupcakes flavor american chocolate - RM 35
* Gula gula, coklat & jelly - RM 50 (termasuk anak CCB punya jajan..And tak habis pun gula gula yang CCB beli tu bagi ke pihak sebelah..lebih nya anak anak buah yang habiskan)
*Bunga kapur, gambir & sireh - RM 15 (bunga kapur tu dah mahal sekarang sekuntum RM4.50)

lebih kurang dalam RM 200++ la cost untuk hantaran sebab ada yang selit untuk kat rumah..

 - bunga2, bakul buah & sampah (kertas warna kat bawah buah tu) beli dekat GM Klang
 - gula gula, coklat marshmallow tu beli dekat kedai borog makanan ringan
 - Sireh & buah beli dekat Pasar Besar Klang


- buah buahan -


- apam polka dot jiran sebelah rumah buat -


- gula-gula, coklat & marshmallow -


- pulut kuning mama CCB masak, corak ni CCB yang masuk kan dalam acuan -


- brownies (jiran jugak yang buat sebab dia ada meniaga online) -


- cup cakes (CCB suka order kek dengan dia.. sedap keknya) -


- sireh junjung (yang ni selalunya arwah ayah yang akan buat, CCB buat tak jadi sireh junjung) -


MUHAMMAD FAIZ AKMAL

Beberapa hari rasa tak sedap hati.. Rupanya nak dapat berita duka.. Tahun 2016 memang sangat mencabar.. Tanggal 16 Feb 2016 Cik Bie lepaskan CB.. Sedih?? Sedih la jugak.. Beberapa bulan je lagi genap setahun relationship tu.. Ter recall balik memori2 manis waktu bersama.. Ramai yang tanya kenapa sebab orang tengok elok je.. Sweet je.. Biar CB je la yang tahu.. Apapun CB hormat keputusan dia.. Walau CB rasa agak terkilan.. Yelah setelah apa yang kita orang lalui bersama CB tak duga ia akan berakhir.. CB harap dia dapat capai apa yang dia impikan.. CB akan selalu menyokong dari sisi yang tidak diketahui.. Cewah…

CB betul2 dah move on.. Move on bermaksud kita betul2 melepaskan seseorang itu dengan redha.. Cuma ada beberapa habit yang belum mampu nak buang.. Kalau dulu CB selalu text dia untuk tanya itu ini.. Mengadu itu dan ini.. CB suka tengok last seen dia tanpa sebab.. Suka tengok pic dia.. Malam2 CB suka call dia semata-mata nak dengar suara dia.. Tapi sekarang CB kena buang semua habit tu.. CB sangat berterima kasih pada dia sebab selalu ada diwaktu CB memerlukan.. Actually dia seorang yang sangat baik.. Cuma dia pelik.. Hahahaha… Well CB harap boleh kekal berkawan saja dengan dia memandangkan kita orang duduk satu taman.. Sebab pasti akan terserempak dekat mana2..

CB tau dia akan baca entri ni.. Sebab dia pernah stalk dalam diam blog CB..

Faiz..


I tak salahkan u.. U selalu take care ok.. Jangan lupa makan ikut time nanti gastrik datang balik.. Kalau u pergi bercuti jangan lupa rest  1 hari sebelum u start keje.. Lau tak nanti u demam.. Jaga lutut tu elok2.. Jangan main bola kalau tak elok lagi.. Stay seperti mana diri u sekarang ok.. Pegang pada prinsip dan impian u.. I percaya u boleh.. Gud luck.. Chaiyookkk Faiz… Jadi lah seperti maksud nama u.. 'yang terpuji berjaya sempurna'

TIPS PERCUTIAN BAJET

Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan.. Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang bila travel sorang2 atau dengan kawan2..


  •  Pastikan tempat yang hendak dituju.

korang kena ambil tahu tempat yang korang nak pergi seperti persekitarannya.. Lagi kalau korang travel sorang2 dan tempat yang korang nak pergi tu adalah tempat yang korang tak pernah pergi.. Sekarang korang boleh google je info2 yang korang perlukan.. Seperti tempat makan, hotel dan lain2..

  • Bila tarikh bercuti dan pengangkutan.

Ni penting.. Korang kena la tetap kan tarikh yang betul supaya dapat buat perancangan awal.. Kalau boleh elakkan waktu cuti sekolah kerana tempat2 percutian akan menjadi sesak.. Seperti penempahan hotel , pengangkutan dan lain2 penting untuk buat tempahan awal.. Pastikan korang survey betul2 harga dan lokasi hotel dan transport sebelum korang booking.. Tentang pengangkutan pula biasanya kita akan menggunakan public transport.. Tapi boleh je kalau korang nak bawak kereta sendiri.. Kalau korang naik bas pastikan stesen bas tidak jauh dari tempat yang korang nak pergi.. Contohnya kalau korang nak pergi Langkawi stesen bas kuala perlis adalah berdekatan dengan jeti.. Tak perlu jalan jauh atau ambil teksi dan sebagainya..

  • Aktiviti.

Aktiviti ni perlu jugak.. Sebab tak kan pergi bercuti duduk peram dalam bilik je kan.. Lagi2 kalau yang pergi bercuti dengan kawan2.. Jika tempat percutian itu adalah pulau pastikan korang ada buat malam BBQ.. Memang seronok.. Korang bolehlah melawat tempat2 yang menarik.. Info2 korang tempat korang boleh google.

  • Cenderamata.

Last sekali sebelum balik pastikan korang beli cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga…




Mudahkan?? Siapa kata travel tu susah.. Jika tak yakin berjalan dulu didalam negara sendiri..  Kalau dah yakin bolehlah ke luar negara..


LEPAS DISCHARGED DAPAT HANDBAG

Sabtu yang lepas habis saja waktu bekerja tengahhari tu CB terus memecut ke Hospital untuk ambil alih jaga mama.. Adik CB terpaksa balik ke UITM memandangkan ada isu2 berbangkit mengenai cutinya.. Syukur kerana CB dapat diberi peluang untuk jaga mama diwaktu mama sakit.. Teringat 5 tahun lepas waktu CB bersalinkan Princess Mia.. Mama lah yang ulang alik hospital.. Mama lah yang jaga CB masa dalam pantang.. Maka inilah waktunya untuk CB pula jaga mama.. Namun masih belum cukup untuk balas jasa mama yang melahirkan dan membesarkan CB..


Alhamdulillah mama CB dah discharged semalam.. Selepas 5 hari operation mama makin sihat.. Tapi balik kena bawak handbag baru huhu… Dan setiap minggu mama kena pergi ke klinik pakar untuk dressing bahagian tiub sebab takut akan kena jangkitan kuman..


Selama 6 minggu mama perlu memakai handbag ni.. Awal bulan 3 nanti mama akan ke Hospital lagi untuk masuk camera bagi melihat samaada saluran y di potong hari tu dah tertutup atau tidak.. Jika dah tertutup maka doktor akan bukak handbag mama..



Kini giliran along CB pula mejaga mama.. Kami adik beradik tak ramai dan masing masing ada tanggungjawab dengan kehidupan masing masing.. Maka terpaksa bergilir gilir jaga mama..


GIVE AND TAKE LETAKNYA DEKAT MANA

Kadang2 bila pasangan kita ada chat dengan perempuan lain atau komen ala2 admire dengan perempuan lain mesti kita terasa dan cemburu.. Dan mula pertikaikan kenapa, mengapa dan apa.. Tapi dalam masa yang sama kita jugak ada buat begitu.. Alasannya “itu kawan dan dah lama kenal..”

Kita minta supaya pasangan kita setia, jujur dan jaga hati dan perasaan kita.. Tapi dalam masa yang sama adakah kita buat apa yang kita minta dia buat.. Pernah tak kita fikir akan perasaan pasangan kita bila dia baca komen, text dari kawan2 lelaki yang memanggil kita sayang atau menyatakan rindu..

Kita beria2 delete text dari kawan2 lelaki atau skandal kononnya tak nak kantoi dengan pasangan.. Tapi kalau pasangan kita cepat je kita melenting… Kita minta dia terima kita seadanya.. Buruk baik kita.. Tapi kita selalu complain tentang dia… Dia itu dia ini…

Peliknya perempuan.. Tapi lelaki pun pelik juga.. Sebab apa.. Waktu mereka nak tambat hati kita.. Sedaya upaya dia menarik perhatian kita.. Mereka jadi caring.. Loving etc.. Tetapi bila mereka dah yakin yang kita sayang, mereka akan buat endah tak endah..

Pendek kata itulah lumrah dalam perhubungan.. Hubungan itu diduga dengan pelbagai.. Tapi jika pasangan kita tu adalah jodoh kita.. 1000 halangan pun tak akan mampu untuk buat dia pergi dari kita.. Tapi kalau dia bukan jodoh kita.. 1 halangan pun dah cukup buat dia pergi dari kita..

Cuma jika kita sudah mempunyai pasangan tak salah kalau kita menunjukkan rasa kasih dan sayang tanda kita menghargai pasangan kita tu.. Jagalah hati pasangan kita dan bertolak ansurlah.. Setiap masalah tu jangan di selesaikan dengan amarah.. Tapi berbincang.. Berterus terang adalah kunci utama..

Apa yang penting janganlah kita mengongkong pasangan kita..Berikan mereka sedikit ruang untuk kehidupan dan masa peribadi mereka sendiri.. Memahami itu penting untuk perhubungan.. Dan CB berpegang pada satu prinsip “walau terdapat sejuta alasan untuk kita pergi.. tapi peganglah satu alasan untuk kita setia..”



HATI HATI DENGAN SPAM EMAIL

Lama dah CB tak bukak email jadi semalam kebetulan ada nak hantar email dekat cikgu sekolah Mia so sekali jalan la check inbox.. Tapi ada satu email nie menarik perhatian CB..


Rasa macam kelakar pulak.. Yelah tiba2 ada orang nak bagi kita 3.2M hahaha… Kalau la betul2 ada orang nak kasi kat kita duit banyak tu seronok woooo…


So pesan CB korang hati2 dengan spam email yang korang dapat.. Jangan mudah percaya dengan benda2 yang korang tak pasti kesahihannya… Eloknya rujuklah kepada mereka2 yang boleh dipercayai..


SIAPA IDOLA ANDA??

Hari nie CB nak cerita panjang cikit dari biasa.. Hope korang tak bosan membaca mungkin boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman..




PRINCESS MIA KE SEKOLAH

Semalam hari pertama persekolahan untuk tahun 2016.. Macam macam ragam anak anak yang dapat kita tengok kan?? Ada yang menangis.. Ada yang gembira.. Dan ramai jugak parents yang ambil cuti bagi menguruskan persekolahan anak-anak..

Ikutkan tahun nie princess CB tak dapat join sesi persekolahan sebabnya CB lambat daftarkan untuk dia.. Jadi perancangannya Mia akan meneruskan tusyen yang biasa.. Dan tahun depan terus masuk pra-sekolah.. Sedih and kesian jugak dengan dia. Yelah sepupu semua pergi sekolah tapi dia duk kat umah..

Tapi alhamdulillah semalam masa SIL CB hantar anak-anak dia ke sekolah dia tanyakanlah still boleh daftar atau pun tak.. Rezeki Mia memang baik.. Jadi SIL pun tolonglah daftarkan persekolahan Mia memandangkan CB tak ambil cuti.. Maklum awak pun tak jangka yang Mia berpeluang untuk bersekolah tahun nie..





Excited jugak sebab anak dah mula bersekolahkan.. Siapa yang tak excited.. Tapi apakan daya awak tak dapat nak urus sendiri.. Tahun depan insya allah..

Petang semalam CB balik kerja dah tak ada orang nak sambut.. Selalunya Mia akan sambut dengan sengih ngada-ngadanya.. Tapi semalam CB masuk je rumah tengok dia terlentok baring sebelah nenek dengan muka mengantuk.. Gelak sendiri tengokkan gelagat dia.. Kepenatan gitu…

Apa pun terima kasih dekat SIL dan mama yang tolong uruskan pendaftaran dan sebagainya semalam.. Huhu… rasa macam tak percya pulak yang Mia dah sekolah.. Rasa macam baru semalam lahirkan dia.. Berjaga tengah malam sebab dia menangis.. Akhirnya sekarang dia dah sekolah.. Alhamdulillah dapat merasa nikmat menjadi seorang mama yang menguruskan anak sekolah dan sebagainya..





Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA