MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK MERU 2

Assalammualaikum sahabat sahabat sekelian.. Hujung hujung tahun ni ramailah parents yang kena amik cutikan untuk majlis konvo @ majlis penyampaian hadiah.. Zaman CB kecik kecik dulu takde pun majlis konvo macam ni.. Cuma amek gambar pkai jubah je.. Budak budak zaman sekarang kemain lagi kan..CB jugak tidak terkecuali sebab anak CB berusia 6 tahun.. 12/11/17 yang lepas majlis konvo anak CB di sekolah ABIM.. Majlis tersebut dibuat di Galeri Seni islam, Shah Alam.. Yang ni memang tak ada gambar pun sebab CB banyak rakam video..

Petang semalam sesi menandatangan report kad di taski ABIM.. Untuk pengetahuan korang anak CB sekolah tadika 2 sesi.. Sesi pagi di SEK KEB dan disebelah petang sekolah Taski ABIM..




Dan sebentar tadi Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk pra sekolah pula.. Alhamdulillah walaupun kehadiran tetamu kehormat lambat tiba majlis berjalan dengan lancar.. Dan selesai awal.. Semalam kemain lagi anak CB ni sedih ngis sedu sedan sebab nak berpisah dengan kawan kawan dan cikgu...



Hari ni dengan rasa tak percayanya anak CB dapat meraih sebagai pelajar cemerlang dengan 98.8%... Ya allah terasa bangga sangat.. Hakikatnya dekat rumah anak CB banyak main dan tengok tv.. Kalau keluar pula sibuk dengan youtube.. CB pun kadang balik lambat tak sempat nak check buku atau kerja sekolah dia...



Hakikatnya CB adalah mak yang garang.. Cikgu pernah je adu dengan CB yang Mia ni susah nak buat kerja dekat sekolah, banyak borak.. CB harap Mia dapat teruskan usahanya menjadi pelajar cemerlang sampai habis sekolah dan peringkat universiti nanti..


CB dulu ada 1 je sijil masa tadika.. Tapi anak CB sampai 3.. Sijil tamat pra sek, sijil pelajar cemerlang & sijil program bahasa wakil Daerah Klang. Alhamdulillah syukur sangat... Siapa kata ibu tunggal tak mampu untuk didik anak dengan baik.. CB dah buktikan.. Ramai yang dah buktikan.. Kita sebagai parents kena bagi semangat pada anak anak... Jangan sesekali beri tekanan yang melampau pada anak kita.. Jadilah sahabat pada anak kita.. Insya allah hati mereka akan rasa senang dan bila dah senang hati maka nak menuntut ilmu pun tak ada halangan untuk mereka..




 Moga anak CB dan anak anak anda semua terus sukses dalam pelajaran...



















No comments:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA