Showing posts with label konvoi. Show all posts
Showing posts with label konvoi. Show all posts

PROGRAM KONVOI MTHUSIAST KE JOHOR BAHRU 4-6 DISEMBER 2015 PART 2

Assalammualaikum readers.. Fuhh CB amek masa seminggu untuk buat entri kali nie.. Kesibukan yang sangat tak dijangka .. Ditambah pula dengan short company trip hujung minggu lepas.. Sebenarnya entri kali ni CB nak share pasal hari kedua dari cerita kat sini >>> KLIK SINI

Pagi tu kami bangun awal jugak lah sebab ada breakfirst dekat hotel.. Menu sarapan dekat Hotel Central nie not bad la..bolehlah buat kenyang perut.. Lepas breakfirst kami semua terus ke ballroom untuk menjalankan sedikit meeting untuk ahli kelab dan beberapa acara permainan untuk anak2 dan ahli kelab.. (saja suka2.. nama pun family day kan..)

Acara selesai lebih kurang jam 1 tgh hari.. Kami pun naik ke bilik siap2 untuk keluar makan tengah hari.. Destinasi pilihan Plaza Angsana.. Hahaha sebab malam tu ada lalu kat situ so situ je la yang kami tahunya pun... Restoran pilihan??? Pizza Hut… yang paling senang dan mudah..

Selesai je makan Kami pun jenjalan la kat dalam mall tu.. Abang2 CB cari baju untuk dipakai untuk dinner malam nanti… Dekat maghrib jugak la baru kami balik semula ke hotel…

Dinner malam tu bertemakan P.Ramlee… Pelbagai watak dalam cerita P.Ramlee dapat dilihat… Dinner pun santai jew… Tapi pada malam tu tak ada la kami berseronok sangat sebab mendapat khabar duka bahawa anakanda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail  iaitu Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat. Dimaklumkan Tunku Jalil menghidap kanser hati tahap 4.. Tunku juga adalah seorang anak raja yang sangat disayangi oleh rakyatnya kerana sikapnya yang merendah diri dan baik hati.. (Alfatihah)

Oleh kerana itu CB sekeluarga membuat keputusan untuk pulang awal kerumah.. Jadi kami taka da la ikut aktiviti hari ketiga tu…
 Walaubagaimanapun satu pengalaman CB join satu family day yang besar..





PROGRAM KONVOI MTHUSIAST KE JOHOR BAHRU 4-6 DISEMBER 2015 PART 1

Hujung minggu yang lepas CB telah menyertai program konvoi mthusiast ke johor bahru. Apa tu Mthusiast??? Mthusiast adalah sebuah kelab kereta BMW yang berdaftar.. Tujuan konvoi ini adalah bersempena meraikan family day kelab ini.. Sedikit sejarah Mthusiat, kelab ini sudah pun 5 tahun ditubuhkan..  Kelab ini bukan sahaja untuk penggemar kereta BMW malahan setiap ahli keluarga iaitu isteri dan anak2 turut terlibat.. Ini kerana presiden kelab ini sangat menekankan hubungan kekeluargaan.. Pendek kata bukan sahaja para suami2 boleh menambah kenalan malahan isteri2 dan anak2 juga..

Perjalanan kami bermula dari tempat berkumpul iaitu di Stesen Minyak (Shell) Plaza Tol Sg Besi pada jumaat (4 Disember 2015) jam 730pg.. Sebanyak 31 biji kereta BMW (pelbagai model) telahpun menyertai kembara ini.. Kemudiannya kami berhenti bersarapan di  R&R Jejantas Ayer Keroh, Melaka selama setengah jam.. Dan perjalanan diteruskan semula sehingga ke Johor Bahru..

Lebih kurang pada jam 1330 tengah hari kami tiba di Hotel Sentral JB usai sahaja check in para2 driver pun pergi menunaikan solat jumaat dikawasan berdekatan. Makan tengahhari tu CB sekeluarga memilih untuk mencari kedai makan berdekatan tapi sebelum tu kena ambil adik CB di UITM Pasir Gudang dulu.. Untuk orang yang pertama kali jejak kaki di JB seperti CB agak susah untuk kita mencari kedai makan.. Akhirnya kami jumpa satu warung tepi jalan di Permas Jaya.

Warung tu nama dia Sup Mama Erin (kalau xsilap CB lah sebab ada ambil gambar tapi… L Memory card camera telah dijangkiti virus semua gambar bercuti hilang) CB memang suggest sangat korang pergi situ… Menu kat warung akak nie memang sedap2 (tak tau la mungkin sebab kita orang dah lapar sangat ke tu yang rasa sedap tu) Tapi seriouslah CB cakap dengan korang menu dia memang sedap..dan harga pun xde la mahal mana… berpatutan gitu…


Lepas makan tu kita orang balik ke hotel sebab malam tu ada konvoi  Mega TT ke RED CUBE AUTO SPA untuk makan malam pula dan bersempena sesi suaikenal dengan geng kelab BMW di Johor.. Antaranya kelab yang datang malam tu BMW E60 Official Club Malaysia (Johor) , Johor Bimmers Club dan Bimmers Owner Seri Alam (BOS) .. Terima kasih kerana mengalu-alu kedatangan kami di Johor..


Bila dah berkumpul ramai-ramai tu kan mesti lah ada sesi bergambar sebagai kenangan.. Acara malam tu berlabuh tirai tepat jam 1 pagi… Apalagi CB dapat je katil terus lah tidur nyenyak sampai ke pagi…


*CB sedang cuba dapat kan gambar daripada jurugambar official Kelab Mthusiast..



Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA