Assalammualaikum selamat tengah hari semua...
jumpa lagi hehehe...Sekarang ni CCB berusaha untuk aktif balik blog ni...Dapat 1 hari 1 post pun ok dah kan dan baru berkesempatan nak menaip post pasal hari ahad lepas CCB pergi attend wedding jiran lama....CCB nak ucapkan tahniah la kat jiran lama CCB ni..CCB tengok dia membesar tau..dari budak hingusan sekarang dah kahwin dah...Dulu masa kecik panjat pokok & macam tomboi sikit...Tahniah Fatin Evana dan pasangan..
Kenduri yang meriah sangat syukurlah semua berjalan dengan lancar..En Tunang dah datang dulu, CCB pergi dengan kawan sebab En Tunang kena rush pergi keramat saudara kahwin..
Apa pun tahniah sekali lagi Fatin Evana dan pasangan moga berkekalan hingga ke jannah hendaknya...
Showing posts with label realiti. Show all posts
Showing posts with label realiti. Show all posts
MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 1-
Assalammualaikum sahabat sahabat sekelian.. Alhamdulillah hari ni pagi pagi dah hujan. Rahmatnya dihari jumaat ni.. Hari ni CCB nak share pasal majlis pertunangan CCB ahad lepas.. Selepas 6 tahun CCB jadi single mom dan selama 6 taun tu jugak le berkawan dengan ramai orang.. Syukur allah pertemukan jugak jodoh baru (insya allah).
Majlis Pertunangan ni adalah perancangan last minit.. CCB ada mse lebih kurang 2 minggu nak buat persiapan.. Sebab date pertunangan ni dapat pun masa family BF (belum tunang lagi masa tu) datang jamuan raya hari tu..
Persiapan semua CCB buat sendiri, hantaran tunang CCB buat sehabis kreatif DIY & recycle je sebab dah lama sangat tak mendeko sebenarnya.. lebih kurang 4 tahun kat rumah tak ada majlis macam ni.. Kalau dulu arwah ayah yang akan buat kan.. Pihak sebelah hantar 5 dulang so CCB balas 7 dulang..
Tak naik barang sekali sebab bakal mak mertua kata nanti nikah baru bawa sekali..
Majlis Pertunangan ni adalah perancangan last minit.. CCB ada mse lebih kurang 2 minggu nak buat persiapan.. Sebab date pertunangan ni dapat pun masa family BF (belum tunang lagi masa tu) datang jamuan raya hari tu..
Persiapan semua CCB buat sendiri, hantaran tunang CCB buat sehabis kreatif DIY & recycle je sebab dah lama sangat tak mendeko sebenarnya.. lebih kurang 4 tahun kat rumah tak ada majlis macam ni.. Kalau dulu arwah ayah yang akan buat kan.. Pihak sebelah hantar 5 dulang so CCB balas 7 dulang..
Tak naik barang sekali sebab bakal mak mertua kata nanti nikah baru bawa sekali..
CCB banyak hantar makanan dan manisan..
Total cost :
*Hiasan dulang (bunga, gabus,lapik gabus, riben & renda) - RM100
*Brownies - RM 65
*Cupcakes flavor american chocolate - RM 35
* Gula gula, coklat & jelly - RM 50 (termasuk anak CCB punya jajan..And tak habis pun gula gula yang CCB beli tu bagi ke pihak sebelah..lebih nya anak anak buah yang habiskan)
*Bunga kapur, gambir & sireh - RM 15 (bunga kapur tu dah mahal sekarang sekuntum RM4.50)
lebih kurang dalam RM 200++ la cost untuk hantaran sebab ada yang selit untuk kat rumah..
- bunga2, bakul buah & sampah (kertas warna kat bawah buah tu) beli dekat GM Klang
- gula gula, coklat marshmallow tu beli dekat kedai borog makanan ringan
- Sireh & buah beli dekat Pasar Besar Klang
- buah buahan -
- apam polka dot jiran sebelah rumah buat -
- gula-gula, coklat & marshmallow -
- pulut kuning mama CCB masak, corak ni CCB yang masuk kan dalam acuan -
- brownies (jiran jugak yang buat sebab dia ada meniaga online) -
- cup cakes (CCB suka order kek dengan dia.. sedap keknya) -
- sireh junjung (yang ni selalunya arwah ayah yang akan buat, CCB buat tak jadi sireh junjung) -
MUHAMMAD FAIZ AKMAL
Beberapa hari rasa
tak sedap hati.. Rupanya nak dapat berita duka.. Tahun 2016 memang sangat
mencabar.. Tanggal 16 Feb 2016 Cik Bie lepaskan CB.. Sedih?? Sedih la jugak..
Beberapa bulan je lagi genap setahun relationship tu.. Ter recall balik memori2
manis waktu bersama.. Ramai yang tanya kenapa sebab orang tengok elok je..
Sweet je.. Biar CB je la yang tahu.. Apapun CB hormat keputusan dia.. Walau CB
rasa agak terkilan.. Yelah setelah apa yang kita orang lalui bersama CB tak
duga ia akan berakhir.. CB harap dia dapat capai apa yang dia impikan.. CB akan
selalu menyokong dari sisi yang tidak diketahui.. Cewah…
CB betul2 dah move
on.. Move on bermaksud kita betul2 melepaskan seseorang itu dengan redha.. Cuma
ada beberapa habit yang belum mampu nak buang.. Kalau dulu CB selalu text dia
untuk tanya itu ini.. Mengadu itu dan ini.. CB suka tengok last seen dia tanpa
sebab.. Suka tengok pic dia.. Malam2 CB suka call dia semata-mata nak dengar
suara dia.. Tapi sekarang CB kena buang semua habit tu.. CB sangat berterima
kasih pada dia sebab selalu ada diwaktu CB memerlukan.. Actually dia seorang
yang sangat baik.. Cuma dia pelik.. Hahahaha… Well CB harap boleh kekal
berkawan saja dengan dia memandangkan kita orang duduk satu taman.. Sebab pasti
akan terserempak dekat mana2..
CB tau dia akan baca
entri ni.. Sebab dia pernah stalk dalam diam blog CB..
Faiz..
I tak salahkan u.. U selalu take care ok.. Jangan lupa makan ikut time nanti gastrik datang balik.. Kalau u pergi bercuti jangan lupa rest 1 hari sebelum u start keje.. Lau tak nanti u demam.. Jaga lutut tu elok2.. Jangan main bola kalau tak elok lagi.. Stay seperti mana diri u sekarang ok.. Pegang pada prinsip dan impian u.. I percaya u boleh.. Gud luck.. Chaiyookkk Faiz… Jadi lah seperti maksud nama u.. 'yang terpuji berjaya sempurna'
SELAMAT HARI LAHIR MOHAMMAD IAN FAHEIMY YANG KE 6 TAHUN
Kepada anak buah manja CB ni.. Moga Ian jadi anak yang baik dan soleh.. Bijak dan semoga jadi abang yang selalu jaga adik2..
So Selamat bercuti kepada semua.. Mana yang balik
kg tu hati2 ketika memandu.. dan pasti kan anda cukup rehat..
TIPS PERCUTIAN BAJET
Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan..
Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu
korang bila travel sorang2 atau dengan kawan2..
- Pastikan tempat yang hendak dituju.
korang kena ambil tahu tempat yang korang nak
pergi seperti persekitarannya.. Lagi kalau korang travel sorang2 dan tempat
yang korang nak pergi tu adalah tempat yang korang tak pernah pergi.. Sekarang
korang boleh google je info2 yang korang perlukan.. Seperti tempat makan, hotel
dan lain2..
- Bila tarikh bercuti dan pengangkutan.
Ni penting.. Korang kena la tetap kan tarikh yang
betul supaya dapat buat perancangan awal.. Kalau boleh elakkan waktu cuti
sekolah kerana tempat2 percutian akan menjadi sesak.. Seperti penempahan hotel ,
pengangkutan dan lain2 penting untuk buat tempahan awal.. Pastikan korang survey betul2 harga dan lokasi hotel dan transport sebelum korang booking.. Tentang pengangkutan
pula biasanya kita akan menggunakan public transport.. Tapi boleh je kalau
korang nak bawak kereta sendiri.. Kalau korang naik bas pastikan stesen bas tidak jauh dari tempat yang korang nak pergi.. Contohnya kalau korang nak pergi Langkawi stesen bas kuala perlis adalah berdekatan dengan jeti.. Tak perlu jalan jauh atau ambil teksi dan sebagainya..
- Aktiviti.
Aktiviti ni perlu jugak.. Sebab tak kan pergi
bercuti duduk peram dalam bilik je kan.. Lagi2 kalau yang pergi bercuti dengan
kawan2.. Jika tempat percutian itu adalah pulau pastikan korang ada buat malam
BBQ.. Memang seronok.. Korang bolehlah melawat tempat2 yang menarik.. Info2
korang tempat korang boleh google.
- Cenderamata.
Last sekali sebelum balik pastikan korang beli
cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga…
Mudahkan?? Siapa kata travel tu susah.. Jika tak
yakin berjalan dulu didalam negara sendiri..
Kalau dah yakin bolehlah ke luar negara..
LEPAS DISCHARGED DAPAT HANDBAG
Sabtu yang lepas habis saja waktu bekerja
tengahhari tu CB terus memecut ke Hospital untuk ambil alih jaga mama.. Adik CB
terpaksa balik ke UITM memandangkan ada isu2 berbangkit mengenai cutinya..
Syukur kerana CB dapat diberi peluang untuk jaga mama diwaktu mama sakit..
Teringat 5 tahun lepas waktu CB bersalinkan Princess Mia.. Mama lah yang ulang
alik hospital.. Mama lah yang jaga CB masa dalam pantang.. Maka inilah waktunya
untuk CB pula jaga mama.. Namun masih belum cukup untuk balas jasa mama yang
melahirkan dan membesarkan CB..
Alhamdulillah mama CB dah discharged semalam..
Selepas 5 hari operation mama makin sihat.. Tapi balik kena bawak handbag baru
huhu… Dan setiap minggu mama kena pergi ke klinik pakar untuk dressing bahagian
tiub sebab takut akan kena jangkitan kuman..
Selama 6 minggu mama perlu memakai handbag ni..
Awal bulan 3 nanti mama akan ke Hospital lagi untuk masuk camera bagi melihat
samaada saluran y di potong hari tu dah tertutup atau tidak.. Jika dah tertutup
maka doktor akan bukak handbag mama..
Kini giliran along CB pula mejaga mama.. Kami
adik beradik tak ramai dan masing masing ada tanggungjawab dengan kehidupan
masing masing.. Maka terpaksa bergilir gilir jaga mama..
SHORT VACATION TO MELAKA
Perancangan awalnya nak pergi hiking tapi
memandangankan member CB yang sorang nie baru je keluar hospital sebab semput
so CB tak lah amek risiko.. Terus tukar plan untuk ke Melaka..
Memandangakan dah lama jugak tak bercuti dengan
kawan2.. Apa salahnya ambil kesempatan di cuti tahun baru nie kan.. Sampai di
Melaka dah tengahhari jadi kenalah pergi makan dulu.. Seperti semua orang tahu
Melaka popular dengan menu asam pedasnya… Perut pun dah kenyang.. Sekarang
sampailah masa untuk berjalan.
Tempat pertama yang kami pergi adalah The Shore
Sky Tower yang terletak di The Shore Shopping Gallery Pinggiran Sungai Melaka..
Dari Sky Tower nie kita dapat tengok pemandangan Pusat Bandar Melaka dengan
jelas.. Di The Shore juga terdapat The Shore Oceanarium (macam Aquaria KLCC).
Bolehlah bawak anak2 melihat kehidupan laut kat dalam tu..
Dah puas melihat pemandangan Melaka dari atas
kami menuju ke Menara Taming Sari pula.. Lama dah CB nak naik tapi selalu
kawaasan situ susah nak dapat parking.. Rezeki semalam walaupun park kereta
jauh sikit akhirnya dapat jugak naik Menara Taming Sari.. Of coz Mia adalah
orang yang paling excited.
Lepas tu jalan-jalan berselfie di kawasan Bandar Hilir
sambal melihat peninggalan sejarah.. Lebih kurang jam 630ptg kami terus menuju
ke Pantai Klebang.. Tempat tumpuan untuk pengunjung2 bersantai bersama keluarga..
Di Dataran 1 Malaysia Klebang uniknya korang boleh lihat bas2 lama diubahsuai
menjadi kedai, hotel serta tandas.. Mana yang suka nak berselfie di Pantai
Klebang nie ada satu tempat yang ala-ala padang pasir.. (sebenarnya pasir2 tu
dorang nak tambak laut tapi jadi tempat orang nak selfie pula..)
Dah kebetulan sampai Melaka nie rugi kalau tak
singgah A’Famosa Outlet yang terletak berdekatan dengan Toll Alor Gajah.. Bagi
mana yang tak tahu kat mana letaknya A’Famosa Outlet nie.. Dari toll Alor Gajah
roundabout tu korang ambil susur kiri memasuki Lebuh AMJ.. Then korang akan
jumpa 1 traffic light.. Di traffic light nie korang amek kiri.. Jalan ke terus korang
akan nampak A’Famosa Outlet ada sebelah kanan korang.. Tak susah pun.. Kalau sebelum nie kita ada
JPO.. Kemudian Mitsui Outlet dan sekarang A’Famosa Outlet.. Tempat di mana
korang boleh beli barang2 brand dengan harga yang murah.. Sebabnya tempat2 nie
adalah bebas portduty..
Dah settle cuci mata kat A’Famosa Outlet tibalah
masa untuk balik.. Mujurlah jalan tak sesak.. Sampai rumah dah jam 1200mlm.. Rabak sikit mata kerja hari nie...
MISI MENGUTIP SIPUT BELIUNG
Korang tahu tak pasal SIPUT BELIUNG?? Dekat kawasan opis CB ada satu tali air yang berhubung dengan laut.. Dari hari ke hari duk pandang je siput tu kat tali air nie tiap kali keluar lunch.. Akhirnya semalam kami pergi la mengusha line dengan lebih dekat.. Nak tengok siput apa.. Boleh makan ke idok.. Rupa-rupa nya siput beliung.. Apa lagi memasing merancanglah nak mengutip.. Siap ada yang nak bawak besen, plastik.. Hahaha… Excited betul akak-akak and abang (opismate) CB nie..
Tapi dek kerana excited sangat semalam lepas balik kerja kakak opis CB nie dah pergi kutip dulu.. Hari nie dia bawak yang dah siap masak.. Aduhaiiiii… (tapi CB tak makan siput..)Bertambahlah excited yang lain nak pergi kutip..
Tadi lepas lunch kitaorang singgah lagi mengutip.. Hahahaha CB jadi pemerhati je.. Kutip punya kutip dapatlah 3 plastik.. Makanya esok hari cuti dorang akan makan menu siput.. Yeahhhh!!!
Salah sorang kakak CB ni cakap paling sedap kalau masak bercili.. Dengan rasa-rasa pedas sikit marvelous kata dia…
Mana yang tak pernah rasa siput beliung nie cuba-cubalah korang cari dekat-dekat dengan kawasan-kawasan muara mungkin ada..
Ok Selamat Tahun Baru dan bercuti semua…
AZAM TAHUN BARU
Esok adalah hari last di tahun 2015.. Dah sedia ke
nak meneruskan langkah di tahun baru?? Apa azam 2016?? Azam CB tahun hadapan
(insya allah jika diizinkan) ialah :
Lesen
PJJ
Travel
Diusia yang nak masuk 3 series nie dah nak koyak
telinga kena leter dengan mama dan abang2 suh amek lesen.. Hahaha… Sesungguhnya
CB sorang je yang tak ada lesen lagi dalam family.. huhuhu.. Dulu masa umur 18
tahun memang ada pergi ambil lesen dah dapat L pun.. Tapi masa tu CB kerja
dekat Mcdonald’s, susah sangat dapat cuti.. Sudahnya lesen L tu mati macam tu
je..
PJJ tu lagi la.. dah dekat 12 tahun tinggalkan
sekolah menengah tapi still tak ada rezeki lagi nak sambung belajar.. Ada je
halangan dan rintangannya.. Tapi orang kata ada hikmah disebaliknya kan.. Insya
allah tahun depan kalau tak ada halangan dan rintangan CB boleh lah sambung
belajar..
CB suka travel tapi tak ada kawan yang sekutu..
Huhuhu… Jadi tahun depan CB nak travel jugak (tak peduli dah) sorang2.. Sebelum
seru nak kahwin tu sampai.. Sebelum Mia masuk sekolah impian perlu dipenuhi
biarpun tak sepenuhnya..
Tapi apa yang dirancang nie belum tentu semuanya
tercapai.. Ada je azam2 yang lalu tak tercapai2.. Kerana perancangan Allah tu
lebih baik lagi..
KENAPA TAK KAHWIN LAGI??
Assalamualaikum Uolls.. Ingat tak yang Cik Bunga
pernah kata nak cerita apa soalan kedua yang orang kerap tanya dengan Cik Bunga
kan?? KLIK SINI
Ok Soalannya ialah :
- Kenapa berpisah??
- Kenapa tak rujuk balik??
- Dan kenapa tak kahwin lain??
Tiga soalan nie akan datang serentak..
Kadang-kadang tu letih dah nak jawab sebabnya mereka-mereka nie sentiasa tak
puas hati dengan jawapan yang kita bagi.. Kalau boleh dorang nak kita cerita
detail dengan dorang.. Selalunya lah orang-orang yang macam nie adalah
orang-orang yang kepochi..
Tahun pertama, kedua, ketiga memang rasa down
sangat bila orang kerap tanya soalan nie.. Sebabnya rasa macam teruk sangat
pula jadi single mother ni… Teruk ke??? Cik Bunga rasa tak selagi kita tahu
jaga diri dan harga diri…
Orang kat luar sana kebanyakkannya mengkategorikan IBU TUNGGAL ini sebagai perosak
rumahtangga orang lain.. Dan mungkin disebabkan itu mereka memandang serong
kepada status ini.. Tapi bukan semua ibu tunggal yang bersikap begitu, jadi
janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
Ok balik kepada soalan tadi..
Kenapa berpisah??
Pada Cik Bunga mungkin dia bukan jodoh Cik Bunga
jadi kami berpisah.. Senangkan??? Buat apalah kita nak kusutkan kepala
memikirkan sebabnya.. Sedangkan apa yang berlaku itu adalah aturan Allah..
Kenapa tak rujuk balik??
Ok.. kenapa tak?? Macam yang Cik Bunga cakap tadi
dia bukan jodohnya.. Untuk apa kalau kami rujuk tapi perkara yang sama mungkin
berulang walaupun rujuk itu demi kebaikan anak.. Ok kadang-kadang orang akan
kata “rujuklah balik kesian dekat anak..” Pada Cik Bunga anak itu
layak dapat yang lebih baik lagi.. Bukan itu sahaja yang terbaik untuk dia..
Aturan Allah kita tak tahu..
Dan soalan seterusnya Kenapa tak kahwin lagi??
Soal kahwin bukanlah perkara mudah seperti kita
tukar baju ataupun tukar sofa dekat rumah.. Bohonglah kalau Cik Bunga kata Cik
Bunga tak cuba menjalinkan hubungan baru dengan lelaki lain selepas berpisah..
Ternyata bukan mudah untuk mencari pengganti teman hidup kalau nak dibandingkan
mencari pengganti kekasih hati..
Sebab apa Cik Bunga kata macam tu?? Sudah
pastilah Cik Bunga nak cari seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya..
Betul tak?? Tapi kalau yang baru tu tak meyakinkan macam mana kita nak meneruskan
fasakan?? Kadang-kadang tu jugak sebab serik dan tak sedia lagi..
Alhamdulillah selepas 5 tahun menjadi single awal
tahun nie Cik Bunga kenal dengan seseorang yang 5 tahun muda dari Cik Bunga.
Kenapa pilih yang muda?? Hahahaha mesti soalan ni korang akan tanya.. Sebabnya
dia dapat terima Mia.. Tu je alasannya..
Nanti-nanti Cik Bunga cerita pasal dia ok…
5 PERKARA/SITUASI YANG BERBAHAYA DI JALANRAYA
5 perkara/ situasi yang berbahaya di jalanraya
yang pernah CB alami/lihat.. Memandangkan
masih ada sesetengah pengguna yang mengambil ringan tentang keselamatan di
jalanraya (termasuk CB sendiri) mari kita sama-sama ingat-mengingati. Jom kita
tengok apa 5 perkara/situasi tu..
- Penggunaan Telefon Bimbit Ketika Memandu.
- gambar ehsan google -
Dengan kecanggihan teknologi hari ini tidak
dinafikan segala urusan banyak bergantung kepada telefon bimbit. Tetapi yang
menjadi masalah ialah sambil drive sambil berwhatsapp, selfie (actually CB pun
pernah buat jugak..hehe), dll.. Orang kata time nak drive tu la baru teringat
nak text orang tu or orang ni.. Jujurnya CB jugak pernah mengalami situasi
nie.. Cuma mungkin kita boleh cari solution lain macam berhenti kat tepi ke
atau masa tunggu kat traffic light ke kan..
- Memandu Perlahan Dilorong Kanan.
Kalau korang perasan ni yang paling kerap korang
jumpa betul tak?? CB selalu jumpa waktu pagi dan waktu balik kerja.. Dorang
mungkin memandu dalam 40km/j tetapi dilorong kanan.. CB masih tak tau apa motif
sebenar kejadian ini berlaku.. Biasanya pemandu lain yang nak cepat akan bagi
lampu untuk minta pemandu yang berangan ni masuk ke lorong kiri.. Kadang2 ada
yang bagi respon yang baik tapi kadang2 ada jugak yang buat tak endah.. Macam
pagi ni CB tumpang abang ke tempat kerja (sebab satu tempat kerja) sebuah
kereta ni dah bagi lampu pun dia buat tak tahu still memandu perlahan di lorong
kanan. Bila abang CB memotong ke lorong kiri tengok2 dia tengah berangan sambal
korek hidung (haishhhh) tak tahu la nak kata macam mana.. Kita
renung-renungkan.
- Kenderaan Berat/Besar.
Ok CB tak taulah apa sebenarnya kelalaian untuk
no 3 ni.. Situasi nie CB SELALU
alami sendiri dimana kenderaan berat ni kalau nampak perempuan bawak motosikal
perkara yang dorang suka buat ialah pertama menghimpit contohnya CB bawa motosikal
dilorong kecemasan dan selalunya
kenderaan berat ni cara dorang himpit dorang akan masuk sedikit dilorong
kecemasan tu ibarat pura2 tak namapak ada motosikal kat tepi tu..dan yang kedua
membunyikan hon dengan kuat.. Nie yang paling CB tak suka.. Kadang2 nak gugur
jantung.. Sehingga hari ni CB masih tak paham apa kaitannya motosikal di lorong
kecemasan dengan kenderaan berat di lorong paling kanan sehingga dia perlu membunyikan
hon yang kuat.. Tahu tak tindakan-tindakan bodoh ni boleh mengundang kemalangan
yang mungkin boleh meragut nyawa.. Mana taknya kalau penunggang tu tak perasan
then dia terkejut dan tak dapat kawal motosikal dia lalu jatuh.. Belakang pulak
ada kereta tak pasal2 nanti kena langgar dengan kereta tu.. Betul tak??
- Handbag, Skirt/Kain (Wanita).
- gambar ehsan google -
Yang ni pun kerap CB nampak.. Baru 2 hari lepas
masa CB balik kerja berhenti dekat traffic light nampak satu motosikal ni.. Yang
bawa moto lelaki yang duduk belakang perempuan.. Lelaki tu pakai bagpack kat
bahagian depan.. Yang perempuan pula pakai handbag kat bahu kiri.. Handbag tu
pula tali panjang.. Ada jugak korang akan nampak handbag letak dalam bakul
motosikal lepas tu tali bag terkeluar.. Ada jugak yang pakai sling handbag tapi
letak kat belakang (maksudnya bag tu dekat belakang badan dia).. Ini adalah
punca2 mudahnya kena RAGUT wahai
wanita kesayangan sekelian.. Malang tak berbau orang kata.. Kita tak mampu nak
duga apa yang akan terjadi esok atau seterusnya.. Perkara yang kita boleh elak HARUSLAH kita elak.. Bak kata pepatah
beringat sebelum kena.. Ehh Betul ke tu pepatah?? Dan lagi satu kain or skirt..
Perempuan sekarang suka berfesyen apatah lagi sekarang famous dengan fesyen
skirt kembang.. Yang tunggang moto tu kena hati2 sikit ok.. Sebab kalau korang
tak hati2 ada kemungkinan skirt /kain korang tu tersangkut dekat tayar moto
atau kat rantai moto yang akan menyebabkan korang boleh jatuh.. Kalau korang
jatuh sendiri je tak pe la kot tapi memalukan lah jugak kan.. Kalau korang
jatuh tu belakang korang ada kenderaan lain yang tengah laju??
Renung-renungka.. Yang naik skuter tu pulak ada kemungkinan kain akan sangkut
dekat kipas enjin tau pun kain korang terbakar ( Macam CB selalu kena.. Sampai
tempat kerja kain berlubang-lubang.. Nasib la tak terbakar keseluruhan.. Jadi
sekarang Cb pakai seluar je kalau naik moto..)
- Brek Mengejut / Asyik Brek.
Tengah laju tiba-tiba kenderaan depan kita brek
mengejut/asyik-asyik brek padahal kat hadapan tak ada pape pun.. Menggelupur
kita pun tekan brek mana yang cekap akan elak ke kiri atau ke kanan.. Tapi
kalau tak ada kenderaan lain tak apalah kan.. Kalau ada dah satu hal pula..
Dulu arwah ayah ada tegur masa mama CB bawak kereta.. Ayah kata “jangan
brek macam tu nanti orang kat belakang terkejut.. Tapi belajar brek layang" . Tapi ada jugak yang jarak masih jauh tapi dah brek macam nak berhenti..
Sebenarnya banyak lagi situasi dan
perkara-perkara yang berbahaya dijalanraya ni.. Cuma ini apa yang paling kerap
CB nampak dan lalui.. Apa situasi yang pernah korang lalui pula?? Jadi
sama-samalah kita cuba untuk mengubahnya.. Jika ada orang lain yang membuat
kesalahan itu tegurlah dengan cara yang berhemah, jangan la kita cuba untuk
jadi samseng jalanan pula.. Terima kasih kerana sudi membaca..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Salam semua.. Lama CB tak bukak blog.. Agak bz sikit lately huhu.. Well hari ni CB nak cerita pasal semalam.. Bawak my little princess teng...
-
Klik Banner untuk join ye kengkawan..
-
Ramai dah yang join segmen ni jom korang pun join jugak.. Klik pada banner diatas utk join..
-
Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan.. Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang bila ...
-
Hari nie CB nak share dengan korang no kod telefon negara-negara dalam dunia nie.. Sebab kenapa CB nak share dengan korang?? Kebetulan tadi...
Labels
2015
2016
2017
2018
3H 2M
ahlijawatankuasa masjid
aidijuma
AJ
asam pedas
AZAM
BANTUAN RAKYAT
bantuan rakyat 1 malaysia
batu dalam hempedu
batu karang
BLOG
bloglist
blogwalking
BMW
BORANG KAWIN
bosan
BR1M
BR1M2016
bukit katil
bukit tabur
bussiness
BW
C
cabaran
CARA ISI FORM
CCB
ceritera
CINTA HATI
company trip
contest
coretan
counting days
cuti cuti malaysia
DAFTAR
destinasi bajet
diet
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
dugaan
eday
edit
elianto
EVENT
family day
finance
fitness
GA
giveaway
green tea
GST
hantaran tunang
hari kelahiran nabi
hiking
hilangkan parut
holiday
idola
islam
islam itu indah
jais
jalan jalan
JALANRAYA
JJCM
johor
karma
kecuaian
kejam
keluarga
kemaskini
kifarah
klang
kod panggilan
konvo
konvoi
kuih frozen
KUIH MUIH
laviteen
lazada
lemonex
LHDN
life
majlis
maulidur rasul
melaka
meru
mia
misi
MOVIE
Mthusiast
my story
nabi muhammad SAW
online
opismate
pendaftaran
pendapat
pengalaman
penjagaan badan
penjagaan muka
penjagaan rambut
petua
petua nenek
pra sek
PRINCESS MIA
problem
produk kecantikan
PUDING
realiti
RESEPI
resepi warisan
review
rose recipe
sabun
SAFI
SAFI BALQIS PERFECT 10
sales
segmen
sekolah
semulajadi
senarai masjid
setia alam
shampoo
sharing is caring
short vacay
siput beliung
skrub muka
soalan
soaljawab
STORY THE MORY
syahirah
tahun 1
template
tips
tunang
tutorial
VACATION
viral
wedding
western
wordless wednesday
workout
zhulian

Twitter
Facebook


















