AZAM TAHUN BARU

Esok adalah hari last di tahun 2015.. Dah sedia ke nak meneruskan langkah di tahun baru?? Apa azam 2016?? Azam CB tahun hadapan (insya allah jika diizinkan) ialah :

Lesen
PJJ
Travel

Diusia yang nak masuk 3 series nie dah nak koyak telinga kena leter dengan mama dan abang2 suh amek lesen.. Hahaha… Sesungguhnya CB sorang je yang tak ada lesen lagi dalam family.. huhuhu.. Dulu masa umur 18 tahun memang ada pergi ambil lesen dah dapat L pun.. Tapi masa tu CB kerja dekat Mcdonald’s, susah sangat dapat cuti.. Sudahnya lesen L tu mati macam tu je..

PJJ tu lagi la.. dah dekat 12 tahun tinggalkan sekolah menengah tapi still tak ada rezeki lagi nak sambung belajar.. Ada je halangan dan rintangannya.. Tapi orang kata ada hikmah disebaliknya kan.. Insya allah tahun depan kalau tak ada halangan dan rintangan CB boleh lah sambung belajar..

CB suka travel tapi tak ada kawan yang sekutu.. Huhuhu… Jadi tahun depan CB nak travel jugak (tak peduli dah) sorang2.. Sebelum seru nak kahwin tu sampai.. Sebelum Mia masuk sekolah impian perlu dipenuhi biarpun tak sepenuhnya..

Tapi apa yang dirancang nie belum tentu semuanya tercapai.. Ada je azam2 yang lalu tak tercapai2.. Kerana perancangan Allah tu lebih baik lagi..





1 comment:

The Putra Diverse said...

goodluck. sya pon ingt nk ambil lesen motor

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA