MISI MENGUTIP SIPUT BELIUNG

Korang tahu tak pasal SIPUT BELIUNG?? Dekat kawasan opis CB ada satu tali air yang berhubung dengan laut.. Dari hari ke hari duk pandang je siput tu kat tali air nie tiap kali keluar lunch.. Akhirnya semalam kami pergi la mengusha line dengan lebih dekat.. Nak tengok siput apa.. Boleh makan ke idok.. Rupa-rupa nya siput beliung.. Apa lagi memasing merancanglah nak mengutip.. Siap ada yang nak bawak besen, plastik.. Hahaha… Excited betul akak-akak and abang (opismate) CB nie..


Tapi dek kerana excited sangat semalam lepas balik kerja kakak opis CB nie dah pergi kutip dulu.. Hari nie dia bawak yang dah siap masak.. Aduhaiiiii… (tapi CB tak makan siput..)Bertambahlah excited yang lain nak pergi kutip.. 


Tadi lepas lunch kitaorang singgah lagi mengutip.. Hahahaha CB jadi pemerhati je.. Kutip punya kutip dapatlah 3 plastik.. Makanya esok hari cuti dorang akan makan menu siput.. Yeahhhh!!!


Salah sorang kakak CB ni cakap paling sedap kalau masak bercili.. Dengan rasa-rasa pedas sikit marvelous kata dia…

Mana yang tak pernah rasa siput beliung nie cuba-cubalah korang cari dekat-dekat dengan kawasan-kawasan muara mungkin ada..



Ok Selamat Tahun Baru dan bercuti semua…

1 comment:

topman global said...

Salam semua, saya ada menjual siput beliung dari Taiping...berminat boleh terus whatsapp saya di talian Hp : 019-6198355...terima kasih

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA