5 PERKARA/SITUASI YANG BERBAHAYA DI JALANRAYA

5 perkara/ situasi yang berbahaya di jalanraya yang pernah CB alami/lihat..  Memandangkan masih ada sesetengah pengguna yang mengambil ringan tentang keselamatan di jalanraya (termasuk CB sendiri) mari kita sama-sama ingat-mengingati. Jom kita tengok apa 5 perkara/situasi tu..


  • Penggunaan Telefon Bimbit Ketika Memandu.


- gambar ehsan google -


Dengan kecanggihan teknologi hari ini tidak dinafikan segala urusan banyak bergantung kepada telefon bimbit. Tetapi yang menjadi masalah ialah sambil drive sambil berwhatsapp, selfie (actually CB pun pernah buat jugak..hehe), dll.. Orang kata time nak drive tu la baru teringat nak text orang tu or orang ni.. Jujurnya CB jugak pernah mengalami situasi nie.. Cuma mungkin kita boleh cari solution lain macam berhenti kat tepi ke atau masa tunggu kat traffic light ke kan..

  • Memandu Perlahan Dilorong Kanan.

Kalau korang perasan ni yang paling kerap korang jumpa betul tak?? CB selalu jumpa waktu pagi dan waktu balik kerja.. Dorang mungkin memandu dalam 40km/j tetapi dilorong kanan.. CB masih tak tau apa motif sebenar kejadian ini berlaku.. Biasanya pemandu lain yang nak cepat akan bagi lampu untuk minta pemandu yang berangan ni masuk ke lorong kiri.. Kadang2 ada yang bagi respon yang baik tapi kadang2 ada jugak yang buat tak endah.. Macam pagi ni CB tumpang abang ke tempat kerja (sebab satu tempat kerja) sebuah kereta ni dah bagi lampu pun dia buat tak tahu still memandu perlahan di lorong kanan. Bila abang CB memotong ke lorong kiri tengok2 dia tengah berangan sambal korek hidung (haishhhh) tak tahu la nak kata macam mana.. Kita renung-renungkan.

  • Kenderaan Berat/Besar.

Ok CB tak taulah apa sebenarnya kelalaian untuk no 3 ni.. Situasi nie CB SELALU alami sendiri dimana kenderaan berat ni kalau nampak perempuan bawak motosikal perkara yang dorang suka buat ialah pertama menghimpit contohnya CB bawa motosikal dilorong kecemasan dan selalunya  kenderaan berat ni cara dorang himpit dorang akan masuk sedikit dilorong kecemasan tu ibarat pura2 tak namapak ada motosikal kat tepi tu..dan yang kedua membunyikan hon dengan kuat.. Nie yang paling CB tak suka.. Kadang2 nak gugur jantung.. Sehingga hari ni CB masih tak paham apa kaitannya motosikal di lorong kecemasan dengan kenderaan berat di lorong paling kanan sehingga dia perlu membunyikan hon yang kuat.. Tahu tak tindakan-tindakan bodoh ni boleh mengundang kemalangan yang mungkin boleh meragut nyawa.. Mana taknya kalau penunggang tu tak perasan then dia terkejut dan tak dapat kawal motosikal dia lalu jatuh.. Belakang pulak ada kereta tak pasal2 nanti kena langgar dengan kereta tu.. Betul tak??

  • Handbag, Skirt/Kain (Wanita).


- gambar ehsan google -


Yang ni pun kerap CB nampak.. Baru 2 hari lepas masa CB balik kerja berhenti dekat traffic light nampak satu motosikal ni.. Yang bawa moto lelaki yang duduk belakang perempuan.. Lelaki tu pakai bagpack kat bahagian depan.. Yang perempuan pula pakai handbag kat bahu kiri.. Handbag tu pula tali panjang.. Ada jugak korang akan nampak handbag letak dalam bakul motosikal lepas tu tali bag terkeluar.. Ada jugak yang pakai sling handbag tapi letak kat belakang (maksudnya bag tu dekat belakang badan dia).. Ini adalah punca2 mudahnya kena RAGUT wahai wanita kesayangan sekelian.. Malang tak berbau orang kata.. Kita tak mampu nak duga apa yang akan terjadi esok atau seterusnya.. Perkara yang kita boleh elak HARUSLAH kita elak.. Bak kata pepatah beringat sebelum kena.. Ehh Betul ke tu pepatah?? Dan lagi satu kain or skirt.. Perempuan sekarang suka berfesyen apatah lagi sekarang famous dengan fesyen skirt kembang.. Yang tunggang moto tu kena hati2 sikit ok.. Sebab kalau korang tak hati2 ada kemungkinan skirt /kain korang tu tersangkut dekat tayar moto atau kat rantai moto yang akan menyebabkan korang boleh jatuh.. Kalau korang jatuh sendiri je tak pe la kot tapi memalukan lah jugak kan.. Kalau korang jatuh tu belakang korang ada kenderaan lain yang tengah laju?? Renung-renungka.. Yang naik skuter tu pulak ada kemungkinan kain akan sangkut dekat kipas enjin tau pun kain korang terbakar ( Macam CB selalu kena.. Sampai tempat kerja kain berlubang-lubang.. Nasib la tak terbakar keseluruhan.. Jadi sekarang Cb pakai seluar je kalau naik moto..)

  • Brek Mengejut / Asyik Brek.

Tengah laju tiba-tiba kenderaan depan kita brek mengejut/asyik-asyik brek padahal kat hadapan tak ada pape pun.. Menggelupur kita pun tekan brek mana yang cekap akan elak ke kiri atau ke kanan.. Tapi kalau tak ada kenderaan lain tak apalah kan.. Kalau ada dah satu hal pula.. Dulu arwah ayah ada tegur masa mama CB bawak kereta.. Ayah kata “jangan brek macam tu nanti orang kat belakang terkejut.. Tapi belajar brek layang" Tapi ada jugak yang jarak masih jauh tapi dah brek macam nak berhenti..




Sebenarnya banyak lagi situasi dan perkara-perkara yang berbahaya dijalanraya ni.. Cuma ini apa yang paling kerap CB nampak dan lalui.. Apa situasi yang pernah korang lalui pula?? Jadi sama-samalah kita cuba untuk mengubahnya.. Jika ada orang lain yang membuat kesalahan itu tegurlah dengan cara yang berhemah, jangan la kita cuba untuk jadi samseng jalanan pula.. Terima kasih kerana sudi membaca..




No comments:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA