Kebelakangan nie CB
mengalami lingkaran hitam bawah mata. Sampai Cik Bie pun tegur (huishhh ketara sangat tu).. Nak kata tak cukup
tidur tiap2 malam memang tidur awal.. Cukup 8 jam waktu rehat.. Mungkin CB
banyak merenung screen PC dan handphone.. Maklumlah bila teknologi dah tinggi
kerja pun makinlah maju.. Apa2 informasi tentang kerja pun banyaknya melalui
Whatsapp sekarang nie email akan datang kemudian..
Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV.
Ok balik pada isu
yang CB nak share.. Dulu CB ada pakai krim kontur mata Elianto dan dia mengandungi
serbuk mutiara. Memang tak ada kesan eyebag pada mata.. Mata pun nampak segar
jew.. Tapi bila dah habis CB pegi ke outlet Elianto untuk beli lagi krim tu dah
tak ada. Dorang dah memperbaharui produk2 dorang.. (lum
sempat nak membelek lagi produk2 baru Elianto) Jadi CB saja2 lah nak try
produk krim kontur mata keluaran SAFI pulak..
Seperti yang korang
semua sedia maklum SAFI telah menambahbaik produk2 dorang.. Dah seminggu CB
pakai krim nie.. Tekstur dia yang ringan mudah sangat serap pada kulit dan tidak melekit.. Alhamdulilah nampak perbezaannya.. Lingkaran gelap bawah mata
pun makin pudar.. Hope xde lagilah
masalah mata panda lagi.. TQ SAFI.. (cewah poyo
jew..)
-Sila abaikan
muka CB yang memang tak siap bila waktu kerja-
*masih ada sikit2 kesan eyebag tu.. penggunaan yang konsisten akan memberi kesan yang lebih baik..
No comments:
Post a Comment