Rasanya masih belum
terlambat untuk mengucap selamat tinggal dan terima kasih kepada November..
Walau tak banyak perkara yang terjadi pada bulan november, tapi masih boleh digelar
pengalam dalam kehidupan kan..
Perkara yang tak
dapat dilupakan adalah mama CB accident ketika nak masuk simpang.. Sebuah motor
datang laju dan langgar kereta mama.. Mama mengalami sedikit trauma tapi itu
tidak membuat mama serik untuk drive lagi.. Mujur jugak masa tu CB tak pergi
kerja sebab MA demam.. So masa nak bawak dia pergi klinik tulah terjadi
kejadian tu..
Itulah pertama kali
mama accident sejak memiliki lesen kereta (dah 14
tahun dah mama ada lesen kereta).. CB jugak tak amek2 lesen lagi.. Bawak
kereta dah merapu2 dah kesana sini.. Pernah lah kena saman dengan trafik tu pun
dekat Kelantan.. Puncanya pun sebab memotong dekat double line.. Sudahnya
kantoi taka da lesen.. Ex hubby lah yang settlekan..
Ok balik ke tajuk
utama kita.. November dah pun melangkah pergi… Dan disember datang menjukkan
yang kita bakal memasuki tahun yang baru.. CB harap disember ini lebih banyak
perkara2 yang baik (insya allah dengaan izinnya
juga..)
Bulan disember
dibuka dengan hari ulang tahun mama CB yang ke 58 tahun.. Alhamdulillah allah masih beri peluang kepada
mama untuk bersama dengan anak2 dan cucu2.. CB mendoakan moga mama sentiasa
dirahmati dan diberkati.. Moga mama terus suskes dan panjang umur..
No comments:
Post a Comment