COMPANY TRIP TO LANGKAWI 10 - 12 DEC 2015 PART 3

12 Disember 2015


Seawal 7pg kami dah dapat morning call dari pihak hotel.. Alarm hp pun mendayu2 berbunyi mengejutkan tuannya bangun.. Pagi2 nie kami bersarapan di hotel.. Menu?? Memang sodap, mampu mengenyangkan perut.. Alhamdulillah..




Ok aktiviti kami hari adalah menjelajah gua, bagi helang dan ikan makan.. Semua ni termasuk dalam 1 pakej di Mangrove & Limestone . Paling kejap pun tour ni sejam.. Macam kami 4 jam.. Selama 4 jam kami menyusuri muara laut tengok monyet.. bagi helang makan.. Melihat panorama alam.. Kami jugak berpengalaman mengenali gua buaya dan masuk ke gua kelawar..



Bila masuk ke gua kelawar ni korang kena hati2...macam yang tour guide kami cakap jangan pegang apa2 sebab kalau terpegang najis kelawar 3 minggu bru hilang bau dia.. Tengah hari tu kami menjamu selera di atas restoran terapung sambil2 bagi ikan makan..





 


Tapi CB nak ingatkan korang sebab masa kami on the way balik tu dapat tau yang ada orang makan dekat tempat yang kami pergi tu bayarannya sangat2 mahal.. Cuma CB tak sure lah restoran yang mana dia pergi..sebab dekat kawasan situ ada beberapa restoran…




Bila dah selesai makan untuk balik ke tempat bot tadi kami melalui kawasan Tanjung Rhu dan sempadan Lautan Andaman..




Aktiviti hari ni tidaklah padat seperti semalam.. Tetapi waktu yang singkat membuatkan kami agak terkejar2... Lepas puas melihat panorama laut aktiviti yang dinanti pun tiba… Apa lagi shopping la… Coklat.. Coklat.. Coklat... Tapi macam CB nie tak makan coklat jadi CB just beli kan untuk Mia dan Cik Bie je… Kain batik pula CB beli kan untuk mama n mama Cik Bie..




45minit masa diberikan untuk shopping coklat memandangkan feri kami pada jam 4petang.. Selesai beli belah terus naik feri.. Sewaktu perjalanan balik cuaca hujan lebat.. Mujurlah bas yang kami naik tak mengalami kemalangan di Pendang.. Kerana sewaktu bas kami lalu tiba2 signboard di tepi highway nak tumbang.. Alhamdulillah kami semua selamat sampai dan beristirehat dekat rumah pada hari ahad tu..






2 comments:

Sheila Adziz said...

time cuti sangat ramai kat langkawi perkhidmatan pun mahal... semua charge...

Unknown said...

@Sheila Adziz betul tu shiela

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA