PROGRAM KONVOI MTHUSIAST KE JOHOR BAHRU 4-6 DISEMBER 2015 PART 2

Assalammualaikum readers.. Fuhh CB amek masa seminggu untuk buat entri kali nie.. Kesibukan yang sangat tak dijangka .. Ditambah pula dengan short company trip hujung minggu lepas.. Sebenarnya entri kali ni CB nak share pasal hari kedua dari cerita kat sini >>> KLIK SINI

Pagi tu kami bangun awal jugak lah sebab ada breakfirst dekat hotel.. Menu sarapan dekat Hotel Central nie not bad la..bolehlah buat kenyang perut.. Lepas breakfirst kami semua terus ke ballroom untuk menjalankan sedikit meeting untuk ahli kelab dan beberapa acara permainan untuk anak2 dan ahli kelab.. (saja suka2.. nama pun family day kan..)

Acara selesai lebih kurang jam 1 tgh hari.. Kami pun naik ke bilik siap2 untuk keluar makan tengah hari.. Destinasi pilihan Plaza Angsana.. Hahaha sebab malam tu ada lalu kat situ so situ je la yang kami tahunya pun... Restoran pilihan??? Pizza Hut… yang paling senang dan mudah..

Selesai je makan Kami pun jenjalan la kat dalam mall tu.. Abang2 CB cari baju untuk dipakai untuk dinner malam nanti… Dekat maghrib jugak la baru kami balik semula ke hotel…

Dinner malam tu bertemakan P.Ramlee… Pelbagai watak dalam cerita P.Ramlee dapat dilihat… Dinner pun santai jew… Tapi pada malam tu tak ada la kami berseronok sangat sebab mendapat khabar duka bahawa anakanda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail  iaitu Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat. Dimaklumkan Tunku Jalil menghidap kanser hati tahap 4.. Tunku juga adalah seorang anak raja yang sangat disayangi oleh rakyatnya kerana sikapnya yang merendah diri dan baik hati.. (Alfatihah)

Oleh kerana itu CB sekeluarga membuat keputusan untuk pulang awal kerumah.. Jadi kami taka da la ikut aktiviti hari ketiga tu…
 Walaubagaimanapun satu pengalaman CB join satu family day yang besar..





No comments:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA