10-11 Disember 2015
Pengembaraan bermula
jam 12malam dari opis menuju ke Jeti Kuala Perlis.. Perjalanan sangat lancar
kerana dua kali je berhenti di kawasan rehat. Pertama berhenti di RnR Tikam Batu
dan yang kedua RnR Gurun. Tepat jam 730pagi kami Selamat tiba di Jeti Kuala
Perlis. Tour guide memberitahu tiket feri kami adalah jam 930pagi jadi
sempatlah nak mandi dan sarapan pagi. Of coz benda pertama yang CB buat adalah
mandi sebab makan boleh tapau je memandangkan kedai makan semua penuh tak ada seat
kosong.. ( biasalah tu cuti sekolah ). Selesai
sarapan dan mandi ( sempat jugak lagi berselfie ) tibalah giliran kami
semua naik feri..
Lebih kurang 45
minit masa diperlukan jika menaiki feri.. Dah nak sampai tu bolehlah tengok
pemandangan pulau2 yang ada berdekatan ( Langkawi memiliki 99 buah pulau )
Sesampai kami di Jeti Kuah tour guide dan bas sudah pun menanti (di Langkawi ada tour guide lain bukan yang
ikut kami dari Port Klang ). Destinasi lawatan yang pertama adalah Dataran
Helang. Mercu tanda yang gah untuk Pulau Langkawi.
Dah puas bergambar kami
meneruskan perjalanan ke sebuah kedai makanan laut di Pekan Kuah untuk makan
tengah hari disana.
Menu yang
dihidangkan memang sedap asli dari Thailand. Di Langkawi tidak susah untuk
mencari makanan halal kerana penduduk disini kebanyakannya adalah melayu. Usai makan, perut dah kenyang kami terus
menghala ke showroom Nusantara Gamat Langkawi dan kedai
Batik Jawa ( masa ni memang masing2 sibuklah memborong minyak gamat dan produk2
lain ).. Minyak gamat dan batik adalah antara perkara yang tak akan pengunjung
lupa beli untuk bawak balik.
Masa yang tour guide
beri lebih kurang sejam sahaja. Kerana ada destinasi lain yang hendak di tuju
(jadual memang padat sangat). Mesti korang tertanyakan kita orang dah check in
ke belum?? Of coz lah belum.. Mujur la
CB sempat mandi dekat Jeti Kuala Perlis..
Sepatutnya kami terus menuju ke Makam
Mahsuri tapi memandangkan yang pergi bukanlah semua muslim, jadi kami batalkan
dan terus menuju ke Langkawi Cable Car. Yeahhhhh!!!!! Tempat
yang sangat2 dinantikan. Sape yang belum pernah naik cable car di Langkawi
sangat2lah rugi.. Sebab apa?? Sebab pemandangan yang sangat cantik menanti
diatas Dan juga satu pengalaman yang luarbiasa pada CB..
2 jam menanti
akhirnya dapat jugak naik.. Fuhhh time2 cuti sekolah nie memang padat sangat..
Tapi dah banyak improvement kat sini.. Last
CB pergi tahun 2011.. semata2 yang ada adalah cable car ni je.. tapi sekarang
macam2 hado.. Korang jangan lepaskan peluang masuk 3D muzium.. Memang puas hati.
Masa kita orang naik tu cuaca
memang tengah cantik dan matahari dah dekat2 nak terbenam.. Pemandangan memang
cun gila.. Rezeki pulak masa nak turun tu dapat tengok pelangi..
Sekarang tibalah
masa untuk kami check in.. Fuhhhh badan pun dah rasa penat tapi masa on the way
ke hotel lalu lah dekat Pekan Cenang tu memang tak boleh tahan..hahaha semua
pun dah set lepas dinner nak siap2 untuk hangout jalan2 cuci mata di Pekan
Cenang. Tempat penginapan kami sangat2 selesa. Mana taknya FAVEHOTEL mempunyai lebih kurang 50 buah cawangan
seluruh negara. Dalam jam 100pagi baru la kami balik hotel untuk tido..
No comments:
Post a Comment