Assalammualaikum selamat tengah hari semua...
jumpa lagi hehehe...Sekarang ni CCB berusaha untuk aktif balik blog ni...Dapat 1 hari 1 post pun ok dah kan dan baru berkesempatan nak menaip post pasal hari ahad lepas CCB pergi attend wedding jiran lama....CCB nak ucapkan tahniah la kat jiran lama CCB ni..CCB tengok dia membesar tau..dari budak hingusan sekarang dah kahwin dah...Dulu masa kecik panjat pokok & macam tomboi sikit...Tahniah Fatin Evana dan pasangan..
Kenduri yang meriah sangat syukurlah semua berjalan dengan lancar..En Tunang dah datang dulu, CCB pergi dengan kawan sebab En Tunang kena rush pergi keramat saudara kahwin..
Apa pun tahniah sekali lagi Fatin Evana dan pasangan moga berkekalan hingga ke jannah hendaknya...
Showing posts with label STORY THE MORY. Show all posts
Showing posts with label STORY THE MORY. Show all posts
PERSEDIAAN UNTUK HARI BAHAGIA
Assalammualaikum korang..
Alhamdulillah lepas 3 bulan mengikat pertunangan CB bakal mengakhirkan zaman single tak lama lagi.. Banyak persiapan yang perlu diuruskan walaupun CB cuma nak buat kenduri doa selamat...
Tarikh dah ditetapkan.. Borang pun dah settle.. Memandangkan En. Tunang CB tu bujang so family dia request untuk ada dulang hantaran..
So far barang hantaran ada yang dah settle dan still ada yang belum beli sebabnya En. Tunang agak busy sikit dengan kerja dia.. Nak cuti pun susah.. Kesian kat dia.. Nasib la dia ada tunang yang cekap dan pantas..
Ok sikit tips untuk bakal pengantin yang nak mendirikan rumahtangga pastikan korang buat checklist apa yang korang PERLU buat..
Sebabnya kalau korang x buat list confirm AKAN ada yang tertinggal atau yang korang lupa..
next post CB share dengan korang untuk isi borang kahwin dan persiapan yang lain ok..
Alhamdulillah lepas 3 bulan mengikat pertunangan CB bakal mengakhirkan zaman single tak lama lagi.. Banyak persiapan yang perlu diuruskan walaupun CB cuma nak buat kenduri doa selamat...
Tarikh dah ditetapkan.. Borang pun dah settle.. Memandangkan En. Tunang CB tu bujang so family dia request untuk ada dulang hantaran..
So far barang hantaran ada yang dah settle dan still ada yang belum beli sebabnya En. Tunang agak busy sikit dengan kerja dia.. Nak cuti pun susah.. Kesian kat dia.. Nasib la dia ada tunang yang cekap dan pantas..
Ok sikit tips untuk bakal pengantin yang nak mendirikan rumahtangga pastikan korang buat checklist apa yang korang PERLU buat..
Sebabnya kalau korang x buat list confirm AKAN ada yang tertinggal atau yang korang lupa..
next post CB share dengan korang untuk isi borang kahwin dan persiapan yang lain ok..
MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 4-
Alhamdulillah selamat dah menjadi tunangan orang.. Moga urusan lepas nie dipermudahkan.. part 1, part 2 & part 3 klik sini
- bakal mak mertua sarungkan cincin -
- pic tak edit tu yang huru hara tu..tambah plak belakang pelamin tu ada light haaaa -
- TQ mak -
- cincin merisik tu CCB pilih sendiri, cincin tunang pulak mak yang pilih kan.. -
sebelum depa balik haaa CCB ajak la bergambar kenangan dulu.. Bukan selalu pun kan majlis macam ni ada...
- bersama adik beradik encik tunang -
- bersama makcik & sepupu tunang -
* doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik..
MY ENGAGEMENT DAY 6/8/17 -PART 3-
kesinambungan part 1 & part 2
Pihak sebelah bawak 5 dulang :
Pihak sebelah bawak 5 dulang :
- yang ni special cakar ayam berbentuk sarang burung & telur burung puyuh -
HIKING DAY @ TABUR HILL
Assalammualaikum semua.. Macam mana dengan hujung
minggu korang?? Cuaca agak panaskan semalam.. Lebih panas dan bahang dari
biasa.. Pastikan korang banyak minum air ok..Kurangkan aktiviti diluar rumah..
Tapi semalam pagi CB terasa nak hiking Bukit
Tabur.. CB gerak dari rumah lebih kurang jam 7:45pg.. Dalam perjalanan CB
singgah sarapan McD.. CB pilih untuk ikut MRR2 untuk ke Taman Melawati..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..
Kawan CB memilih untuk hiking dari second peak ia
lebih light jika dibandingkan dari track utama yang lebih mencabar.. Kami mula
memanjat sekitar jam 9:17am.. Bila dah lama tak hiking mula2 tu pancit jugak..
Tapi CB mampu untuk dapatkan balik stamina.. (cewaahhhhh..
hahahahaa)
Dari track ni pemandangan lebih kepada kawasan
perumahan elite di Taman Melawati.. Manakala pemandangan empangan pula sedikit
terlindung dengan pokok kecil.. Susur jalan daki pula tidak terlalu bahaya
untuk pendaki2 yang baru.. Namun masih mampu memberi kepuasan bila sampai dipuncaknya..
CB ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dekat atas.. Rehat2 kejap dan CB turun semula.. Dah penat2 tu best bila dapat nikmati cendol untuk sejukkan badan..
Sedikit info mengenai Bukit Tabur :
Bukit Tabur terletak di dalam negeri Selangor..
Ia jugak terkenal dengan nama Bukit Hangus. Bukit Tabur adalah sebahagian dari
Empangan Klang Gates dan mampu dilihat dari Lingkaran MRR2 Kuala Lumpur..
Kebanyakakan pendaki akan memasuki melalui denai di Kampung Klang Gates, 50
meter dari pintu empangan berdekatan dengan Taman Melawati untuk pendakian
3-4jam..
Puncak Bukit Tabur menawarkan pemandangan
panorama, empangan dan bandar Kuala Lumpur yang cantic.. Bukit Tabur juga
dibahagi kepada dua bahagian iaitu timur dan barat.. Kebanyakan pendaki juga
gemar memilih bahagian barat kerana bahagian timur menawarkan pendakian yang
lebih mencaba dengan curam yang lebih dalam dan berisiko..
Di Bukit Tabur juga pernah terjadi beberapa
kemalangan termasuklah kemalangan maut.. Adalah diperingatkan kepada pendaki2
agar lebih berhati2 dan mengenakan pakaian yang lebih sesuai untuk pendakian..
* pesanan dari CB kalau boleh musim2 panas macam ni elakkan pergi hiking. Sebab bahaya.. Ada kemungkinan kita akan mengalami tekanan darah tinggi atau pun rendah.. Seperti baru2 nie di Gunung Datuk 3 orang menemui ajal.. Salah seorangnya kerana serangan jantung..
MOGA DIKAU TENANG DISANA
Assalamualaikum semua.. Hari nie genap 4 tahun
arwah ayah CB meninggalkan kami.. Tarikh yang CB tak akan lupa sama sekali.. 4
tahun lepas arwah ayah dapat serangan jantung secara mengejut.. Masa tu CB
keluar dengan kawan.. Hp pulak habis bateri.. Sedih rasanya tak sempat jumpa
ayah buat kali terakhir..
Ayah orang yang banyak back up CB.. Support CB..
Ingat lagi masa zaman sekolah dulu dek kerana ayah dan CB su ka menyanyi, ayah
sanggup beli barang muzik dan tubuhkan 1 band.. Kita orang nyanyi dekat
kenduri2 kahwin.. Ayah ada set karaoke dekat rumah untuk anak2 lepas gian
menyanyi..
Setiap apa yang ayah minat dikongsi dengan
anak2.. Ayah pernah masuk lumba kereta dekat litar.. Masa tu seronok bila dapat
masuk dekat kokpit.. Dapat tengok macam2 jenis kereta yang dah di modify.. Last
minat ayah adalah superbike.. CB suka ikut ayah konvoi.. Dari situ CB pun bercita2
untuk miliki motor superbike sendiri nanti..
Kalau bab shopping pulak.. Ayah tak pernah
benarkan CB pilih sendiri.. Sebab ayah kata tak cantik dan sebagainya.. Kadang
jeles dengan kawan2 sebab diaorang boleh pakai ikut trend up to date waktu tu..
Kalau bab kasut memang CB tak pernah dapat nak pakai kasut flat shoes.. Ayah cuma
kan belikan high heels.. Dah kerja and cari duit sendiri nie la baru merasa nak
pakai flat shoes dan shopping apa yang diri sendiri nak…
Ayah memang seorang yang baik.. Suka tolong
orang.. Dia paling tak boleh tengok orang susah lagi2 ahli keluarga.. Dia
sanggup tak ada duit nak makan asalkan dia dapat tolong adik beradik dia..
Biarpun orang selalu mengata dia, kutuk dia sebab dia hanya driver lori.. Tapi
die tak pernah kecik hati.. Dia tetap senyum..
“Ayah..
Ampunkan semua dosa akak pada ayah.. Halalkan makan minum akak
ye..
Maaf kalau akak bukan anak yang baik.. anak yang sempurna..
Terima kasih sebab selalu sabar dengan kerenah akak.. Sentiasa
ada menjadi tulang belakang akak..
Moga ayah tenang..damai dekat sana.. Moga ayah di tempatkan
dikalangan orang yang beriman..”
BATU HEMPEDU ~ SILENT KILLER
Assalammualaikum sahabat2 sekelian.. CB pernah
kata nak share dengan korang tentang penyakit mama iaitu batu dalam hempedu..
Syukur alhamdulillah mama CB sihat selepas operation dan kini masih menanti
untuk buka tiub sahaja.. Mama CB pun dah tak sabar2 nak kembali cergas seperti
sedia kala..
Ok back to our story.. Antara gejala-gejala awal
ialah sakit yang sama seperti gastrik tetapi dalam
jangka masa yang lama.. Macam mama CB dia memang selalu kena gastrik
sampai seminggu baru baik.. Bila pergi klinik memang doktor akan bagi ubat angin
dan cas gastrik..
Batu dalam hempedu jugak boleh dialami tanpa
disedari.. Ini kerana prosesnya mengambil masa bertahun2 dan kuantitinya
mungkin bukan 1 tapi berpuluh2.. Ia terjadi kerana hempedu tidak memiliki bahan
kimia yang seimbang lalu menjadi partikel keras yang kemudiannya menjadi batu
karang..
Apabila pundi hempedu dipenuhi dengan batu proses
pencernaan lemak dan kolesterol menjadi kurang efektif dan ia menyebabkan
cecaitr hempedu memasuki salur darah dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti
darah tinggi, kuning, jantung kerosakan hati dan lain2…
Dahulunya gejala ini hanya akan dialami oleh
individu yang berusia 40 tahun.. Tetapi kini seawall usia 20 tahun pun boleh
disahkan menghidapnya. Ini kerana gaya hidup kini yang lebih kepada kurangnya
pengambilan pemakanan yang sihat dan diet yang tidak teratur..
Gejala batu karang dalam hempedu:
Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual,
angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten
dan sederhana bertukar teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas
perut.
Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu
hati.
Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di
pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami
demam panas
Selain itu, ada ketikanya batu karang hempedu
terlepas daripada pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi
hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa).
Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala
pankreas dan menyebabkan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus
mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Kaedah atau rawatan
i- Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan
menggunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan
kamera video kecil.
Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan
dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan,
kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa
hari.
Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu dikeluarkan melalui insisi besar di
perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati terus menghasilkan hempedu
secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
ii- Bukan pembedahan
Batu karang terbentuk berulang kali apabila
rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan
pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
Pil garam hempedu.
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial
(Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.
Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang
yang kecil.
Dan CB ada dapat banyak petua untuk rawatannya
secara semulajadi.. Maka boleh la korang cuba2.. Macam kita yang belum disahkan
menghidapnya patut menukar amalan pemakanan kita ke cara yang lebih sihat.. Dan
tak salah mencuba petua nie..
Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turutHari ke-6 jangan makan malamPada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasiPukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam EpsomPukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
ataupun
Korang boleh cari Daun Jin atau Pokok Lidah Jin.. Rebus dan minum airnya...insya allah..
MAYAT REMAJA PEREMPUAN DALAM BEG
Allahuakbar.. Baru kejap tadi kecoh dekat group
whatsapp sekolah tentang penjumpaan mayat budak perempuan di dalam beg di Jalan
Belimbing, Meru.. Dikata kan budak berkenaan baru berusia 15 tahun… Manusia
makin kejam.. Kejadian ini membuat kan CB teringat dengan kes adik Nurin Jazlin
suatu ketika dulu yang telah diculik dan dibunuh kemudian di letakkan di dalam
beg pakaian..
Tentang kisah yang sedang diviralkan ini CB tak
tahulah akan kebenarannya.. Tapi khabarnya telah disahkan oleh orang2 kampung
sekitar tempat berkenaan… Polis masih menyiasat katanya…
Korang yang ada nak perempuan jaga mereka..
Pantaulah pergerakan mereka.. And girls kat luar sana please mana2 korang pergi
please inform family kurangkan keluar di waktu malam.. Jangan mudah percaya
pada orang yang baru kita kenal.. Pertuturan juga kena jaga.. Manalah kita tahu
jika percakapan kita menyakiti hati orang dan kita tak tahu apa yang orang tu
mampu buat pada kita.. Hati-hatilah..
MOVIE REVIEW : BOBOYBOI THE MOVIE
Salam semua.. Lama CB tak bukak blog.. Agak bz
sikit lately huhu.. Well hari ni CB nak cerita pasal semalam.. Bawak my little
princess tengok movie Boboyboi The Movie dengan kawan2 CB.. Last week pun da
tengok movie cerita Munafik..
CB ambil masa yang petang cikit sebab yang awal2
semua da tinggal seat depan2 je.. Tiket pun CB beli online je senang.. So dapat
la seat belakang maka penglihatan si kecil Mia tak adalah terhalang oleh
kepala2 orang.. Tapi semalam tetiba Mia demam pulak.. Ingat tak yah la pergi
tengok sebab dia tak sihat tapi dia siap cakap “mama wayang tu sekali je dia
keluar nanti adik tak dapat tengok lagi..”
Nak tak nak bawak la jugak.. Kita orang keluar
awal dari rumah sebab kawan CB nak beli baju sekali.. Tapi terawal sangat la
pulak.. So sementara tunggu pukul 5:50pm tu kita orang duduk la rilex2 main
giant bubble dekat padang.. terserempak pulak dengan salah seorang kawan CB
masa kerja dekat 7E dulu..
Ok2… back to cerita tadi.. So far cerita boboyboi
ni best sangat2.. Bukan setakat budak2 je leh layan.. Dewasa pun.. Betapa
kuatnya hubungan persahabatan antara boboyboi dan ochobot serta kawan2nya..
Oleh kerana menghayati sepenuhnya cerita tu CB menangis masa ochobot mati.. Sob
sob… Memang enjoy gila tengok cerita nie.. Berbaloilah beli tiket tu bak kata
kawan CB..
Hope akan adalah Boboyboi The Movie 2 nanti.. Habis movie dalam pukul
7:20pm so kita orang terus balik sebab Mia da mengantuk.. Next week kita rest je dekat rumah insya allah...
SELAMAT HARI LAHIR MOHAMMAD IAN FAHEIMY YANG KE 6 TAHUN
Kepada anak buah manja CB ni.. Moga Ian jadi anak yang baik dan soleh.. Bijak dan semoga jadi abang yang selalu jaga adik2..
So Selamat bercuti kepada semua.. Mana yang balik
kg tu hati2 ketika memandu.. dan pasti kan anda cukup rehat..
3H 2M PERCUTIAN BUDGETLANGKAWI
Pengangkutan.
Bas/Flight :
Cara mudah untuk korang menempah tiket awal dan
mengetahui jadual perjalanan selain dari pergi ke kaunter. Untuk yang nak
menempah tiket bas boleh ke laman web SANI
EXPRESS dan flight korang boleh cuba AIR
ASIA , MALAYSIA
AIRLINES dan lain2 syarikat penerbangan di Malaysia..
Pastikan anda merancang percutian dengan baik..
Elakkan menempah di saat akhir.. Lagi2 tiket bas.. Untuk ketika ini tambang
adalah RM 54.00 (dewasa) jika bas tambahan
harganya agak mahal sedikit.. Macam CB kena baru2 nie.. Sebab kawan beli lambat
jadi harga tiket untuk pergi jadi RM 61.00 (dewasa)..
Feri :
Anda boleh jew beli tiket feri online..jadi anda
dapat melihat waktu perjalanan feri.. Untuk menempahnya sila ke laman web ini FERI LANGKAWI . Rate harga
tiket feri untuk waktu ini adalah RM 18 untuk dewasa.
Penginapan.
Hotel/Homestay :
Buat pemilihan bijak.. jika anda merancang
percutian bajet jadi janganlah pilih hotel yang bertaraf 4 atau 5 bintang..
Memadai menginap di hotel budget atau homestay.. Di Pulau Langkawi terdapat
banyak hotel2 budget dan home stay yang selesa.. Dan mereka ada menyediakan
pakej2 yang menarik untuk anda..
Sewa
Kereta
Di Langkawi anda tidak perlu gusar tentang
pengangkutan untuk berjalan.. Terdapat banyak perniagaan sewa kereta di sana..
Jika anda tidak mahu sewa kereta boleh je naik teksi yang harganya sangat
berpatutan.. Contoh contact seperti di bawah :
Tempat
Menarik
16 tempat menarik untuk lawatan:
Dataran
Lang
Kereta
kabel
Sky
Bridge
Underwater
World
Air
Terjun Telaga Tujuh
Air
Hangat
Ladang
Buah Naga
Makam
Mahsuri
Bird
Paradise
Taman
Marin Pulau Payar
Taman
Buaya
Island
Hoping
Taman
Agro Mardi
Telaga
Harbour Park, Perdana Quay
Langkawi
Wildlife Park
Kilim
Geoforest Park
Tempat shopping :
HIG,
Idaman Mahsuri, SAGA, Coco Valley.
Tempat makan best :
Laksa
tepi
airport, jalan penarak, jeti (kerusi hijau), beras terbakar (depan sekolah),
pantai kok.
Pantai
Cenang
Burger
lori, restoran haji ramli, selera lubuk buaya, restoran sambal tumbuk, restoran
hall in the wall, restoran mangga 2, restoran janggus, restoran haji jelani
Pantai
Tengah
Restoran
mangga depan holiday villa
Padang
maksirat/Airport
Jom
ikan bakar, gulai kawah, restoran D pulau, restoran patani
Kuah
Wan
thai, restoran bamboo, fish farm restoran, EE burger, stall belakang EE,
wonderland seafood, kedai makan nelayan
Lain2 tempat makan terbaik KLIK
SINI
TIPS PERCUTIAN BAJET
Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan..
Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu
korang bila travel sorang2 atau dengan kawan2..
- Pastikan tempat yang hendak dituju.
korang kena ambil tahu tempat yang korang nak
pergi seperti persekitarannya.. Lagi kalau korang travel sorang2 dan tempat
yang korang nak pergi tu adalah tempat yang korang tak pernah pergi.. Sekarang
korang boleh google je info2 yang korang perlukan.. Seperti tempat makan, hotel
dan lain2..
- Bila tarikh bercuti dan pengangkutan.
Ni penting.. Korang kena la tetap kan tarikh yang
betul supaya dapat buat perancangan awal.. Kalau boleh elakkan waktu cuti
sekolah kerana tempat2 percutian akan menjadi sesak.. Seperti penempahan hotel ,
pengangkutan dan lain2 penting untuk buat tempahan awal.. Pastikan korang survey betul2 harga dan lokasi hotel dan transport sebelum korang booking.. Tentang pengangkutan
pula biasanya kita akan menggunakan public transport.. Tapi boleh je kalau
korang nak bawak kereta sendiri.. Kalau korang naik bas pastikan stesen bas tidak jauh dari tempat yang korang nak pergi.. Contohnya kalau korang nak pergi Langkawi stesen bas kuala perlis adalah berdekatan dengan jeti.. Tak perlu jalan jauh atau ambil teksi dan sebagainya..
- Aktiviti.
Aktiviti ni perlu jugak.. Sebab tak kan pergi
bercuti duduk peram dalam bilik je kan.. Lagi2 kalau yang pergi bercuti dengan
kawan2.. Jika tempat percutian itu adalah pulau pastikan korang ada buat malam
BBQ.. Memang seronok.. Korang bolehlah melawat tempat2 yang menarik.. Info2
korang tempat korang boleh google.
- Cenderamata.
Last sekali sebelum balik pastikan korang beli
cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga…
Mudahkan?? Siapa kata travel tu susah.. Jika tak
yakin berjalan dulu didalam negara sendiri..
Kalau dah yakin bolehlah ke luar negara..
LEPAS DISCHARGED DAPAT HANDBAG
Sabtu yang lepas habis saja waktu bekerja
tengahhari tu CB terus memecut ke Hospital untuk ambil alih jaga mama.. Adik CB
terpaksa balik ke UITM memandangkan ada isu2 berbangkit mengenai cutinya..
Syukur kerana CB dapat diberi peluang untuk jaga mama diwaktu mama sakit..
Teringat 5 tahun lepas waktu CB bersalinkan Princess Mia.. Mama lah yang ulang
alik hospital.. Mama lah yang jaga CB masa dalam pantang.. Maka inilah waktunya
untuk CB pula jaga mama.. Namun masih belum cukup untuk balas jasa mama yang
melahirkan dan membesarkan CB..
Alhamdulillah mama CB dah discharged semalam..
Selepas 5 hari operation mama makin sihat.. Tapi balik kena bawak handbag baru
huhu… Dan setiap minggu mama kena pergi ke klinik pakar untuk dressing bahagian
tiub sebab takut akan kena jangkitan kuman..
Selama 6 minggu mama perlu memakai handbag ni..
Awal bulan 3 nanti mama akan ke Hospital lagi untuk masuk camera bagi melihat
samaada saluran y di potong hari tu dah tertutup atau tidak.. Jika dah tertutup
maka doktor akan bukak handbag mama..
Kini giliran along CB pula mejaga mama.. Kami
adik beradik tak ramai dan masing masing ada tanggungjawab dengan kehidupan
masing masing.. Maka terpaksa bergilir gilir jaga mama..
TAHNIAH AZREEN DAN ZULKIFLI
Pada ahad yang lepas CB menghadiri majlis
perkahwinan opismate lama di Kampung Raja Uda, Klang. Rasa macam tak percaya
yang cik adik seorang nie dah pun berumahtangga.. Rupanya tak jauh pun
jodohnya, selama nie ada dekat depan mata je.. Tahniah Azreen.. Moga berkekalan hingga ke jannah..
Dan di kesempatan tu jugak dapatlah berjumpa
dengan kawan2 opis yang lama.. Seronok sangat sebab lama dah tak jumpa.. Sekali
sekala dapat jumpa sakanlah borak kan?? Macam2 cerita ada.. Tapi terima kasih
lah kat Cik Bie sebab teman CB pergi majlis tu (walaupun masa tu ada salah
paham sikit).. Kalau tak mesti CB tak dapat jumpa kawan2 lama..
Balik dari majlis tu CB dan Cik Bie singgah ke
SCM (Setia City Mall) untuk ambil angin petang.. Saja2lah nak jelaskan salah paham yang ada..
Segmen #BOTW 1.0 by Ombak Bergigi
SOALAN CEPUMAS DARI PRINCESS MIA UNTUK MAMA
Mlam tadi waktu CB temankan Princess Mia
tidur sajalah CB ajak dia borak-borak kosong.. Tanya macam mana dengan sekolah
dan belajar apa.. Permulaan tu ok je dia jawab semua soalan mama dia nie.. Tup
tup dia pun ada soalan untuk mama dia.. Hahaha… Soalan cepumas pulak tu.. Mesti
korang tertanya-tanya apa soalan dia kan.. Princess Mia tanya “bila mama nak
kawin dengan uncle??” Tersedak pedas tau
bila dengan dia tanya dan nie bukan kali pertama dia tanya soalan yang sama.
Dan bermulalah cerita dan angan-angan dia..
Kata Mia :
“mama.. Cepatlah mama kawin dengan uncle.. nanti Mia ada adik.. Lepas mama kawin dengan uncle kan Mia nak panggil uncle papa..”
Macam kelakar pun ada.. Mana taknya seorang budak
5 tahun bertanyakan soalan macam tu pada kita… Bijak benar budak sekarang..
Tapi CB bersyukur jugak sebab Mia dapat terima Cik Bie dengan baik.. Malahan
dia lebih sayangkan Cik Bie daripada abahnya sendiri.. Mungkin sebab Cik Bie
pandai ambil hati dan melayan kerenah Mia..
Tapi CB pun harap yang Mia tak berharap sangat..
Sebab CB tak nak dia kecewa bila apa yang diangankan tu tak kesampaian.. Soalan
tu CB biarkan je tanpa jawapan..
SIAPA IDOLA ANDA??
Hari nie CB nak cerita panjang cikit dari biasa..
Hope korang tak bosan membaca mungkin boleh dijadikan pengajaran dan
pengalaman..
JJCM - ASAM PEDAS HAJAH RAHMAH (MELAKA)
Gerai Hajah Rahmah Binti Haji Ibrahim adalah
salah satu kedai yang menyediakan masakan asam pedas untuk hidangan makan
tengahhari. Terdapat jugak pelbagai jenis lauk..
Buka sehingga jam 2.00petang dan mejadi tempat
tumpuan ramai.. Asam pedas yang pelbagai dan rasanya yang enak serta harga yang
berpatutan.. Memang wajib korang cuba bila singgah ke Melaka..
Terdapat jugak goreng pisang panas dan buah potong sebagai pencuci mulut..
Terletak di Bukit Katil 30 minit dari Plaza
Toll Ayer Keroh..
CABARAN FITNESS CIK BUNGA PART 1
Pembukaan tahun nie CB nak rasa nak melancarkan
misi.. Misi apa?? Haaa CB nak melancarkan misi mengecikkan badan.. Sebabnya CB
rasa agak tercabar bila dalam adik beradik CB sorang yang badan berisi.. Lepas
tu adik pulak selalu perli.. Huhuhu… (biasalah gurauan adik beradik..tak amek
pot pun sebenarnya..) Tapi sejak2 kerja dekat opis baru nie memang badan naik
mendadak.. Mana taknya dalam masa sebulan CB boleh naik 3.3kg..
Kebiasaannya jugak kalau pergi makan dekat luar
dengan family, CB adalah orang yang akan menghabiskan makanan dorang (that’s not
fair..) Sampaikan anak2 buah pun dah pandai.. Tak habis makan bagi dekat mak
lang.. (angkat kening sebelah).. So di tahun 2016 nie meh kita jayakan misi yang
poyo nie..
Lepas menggooglelah apa jenis workout untuk
kecik2 kan badan nie.. Misi pertama jom kita kuruskan lengan.. (hurmmm boleh ke
buat nie???) Misi nie bermula dari 1 januari hingga 30 januari.. (chaiyok…chaiyok..)
Langkahnya kita follow chart bawah nie..
Apa yang
penting (peringatan untuk diri sendiri supaya tak lupa) kena lah rekod berapa
ukuran lengan kita nie sebelum dan selepas nanti.. (mungkin seminggu sekali pun
ok kot..*muka berfikir*)
Ok wish me good luck.. Daaaaa…
MISI MENGUTIP SIPUT BELIUNG
Korang tahu tak pasal SIPUT BELIUNG?? Dekat kawasan opis CB ada satu tali air yang berhubung dengan laut.. Dari hari ke hari duk pandang je siput tu kat tali air nie tiap kali keluar lunch.. Akhirnya semalam kami pergi la mengusha line dengan lebih dekat.. Nak tengok siput apa.. Boleh makan ke idok.. Rupa-rupa nya siput beliung.. Apa lagi memasing merancanglah nak mengutip.. Siap ada yang nak bawak besen, plastik.. Hahaha… Excited betul akak-akak and abang (opismate) CB nie..
Tapi dek kerana excited sangat semalam lepas balik kerja kakak opis CB nie dah pergi kutip dulu.. Hari nie dia bawak yang dah siap masak.. Aduhaiiiii… (tapi CB tak makan siput..)Bertambahlah excited yang lain nak pergi kutip..
Tadi lepas lunch kitaorang singgah lagi mengutip.. Hahahaha CB jadi pemerhati je.. Kutip punya kutip dapatlah 3 plastik.. Makanya esok hari cuti dorang akan makan menu siput.. Yeahhhh!!!
Salah sorang kakak CB ni cakap paling sedap kalau masak bercili.. Dengan rasa-rasa pedas sikit marvelous kata dia…
Mana yang tak pernah rasa siput beliung nie cuba-cubalah korang cari dekat-dekat dengan kawasan-kawasan muara mungkin ada..
Ok Selamat Tahun Baru dan bercuti semua…
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Salam semua.. Lama CB tak bukak blog.. Agak bz sikit lately huhu.. Well hari ni CB nak cerita pasal semalam.. Bawak my little princess teng...
-
Klik Banner untuk join ye kengkawan..
-
Ramai dah yang join segmen ni jom korang pun join jugak.. Klik pada banner diatas utk join..
-
Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan.. Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang bila ...
-
Hari nie CB nak share dengan korang no kod telefon negara-negara dalam dunia nie.. Sebab kenapa CB nak share dengan korang?? Kebetulan tadi...
Labels
2015
2016
2017
2018
3H 2M
ahlijawatankuasa masjid
aidijuma
AJ
asam pedas
AZAM
BANTUAN RAKYAT
bantuan rakyat 1 malaysia
batu dalam hempedu
batu karang
BLOG
bloglist
blogwalking
BMW
BORANG KAWIN
bosan
BR1M
BR1M2016
bukit katil
bukit tabur
bussiness
BW
C
cabaran
CARA ISI FORM
CCB
ceritera
CINTA HATI
company trip
contest
coretan
counting days
cuti cuti malaysia
DAFTAR
destinasi bajet
diet
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
dugaan
eday
edit
elianto
EVENT
family day
finance
fitness
GA
giveaway
green tea
GST
hantaran tunang
hari kelahiran nabi
hiking
hilangkan parut
holiday
idola
islam
islam itu indah
jais
jalan jalan
JALANRAYA
JJCM
johor
karma
kecuaian
kejam
keluarga
kemaskini
kifarah
klang
kod panggilan
konvo
konvoi
kuih frozen
KUIH MUIH
laviteen
lazada
lemonex
LHDN
life
majlis
maulidur rasul
melaka
meru
mia
misi
MOVIE
Mthusiast
my story
nabi muhammad SAW
online
opismate
pendaftaran
pendapat
pengalaman
penjagaan badan
penjagaan muka
penjagaan rambut
petua
petua nenek
pra sek
PRINCESS MIA
problem
produk kecantikan
PUDING
realiti
RESEPI
resepi warisan
review
rose recipe
sabun
SAFI
SAFI BALQIS PERFECT 10
sales
segmen
sekolah
semulajadi
senarai masjid
setia alam
shampoo
sharing is caring
short vacay
siput beliung
skrub muka
soalan
soaljawab
STORY THE MORY
syahirah
tahun 1
template
tips
tunang
tutorial
VACATION
viral
wedding
western
wordless wednesday
workout
zhulian

Twitter
Facebook


























