Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

BATU HEMPEDU ~ SILENT KILLER

Assalammualaikum sahabat2 sekelian.. CB pernah kata nak share dengan korang tentang penyakit mama iaitu batu dalam hempedu.. Syukur alhamdulillah mama CB sihat selepas operation dan kini masih menanti untuk buka tiub sahaja.. Mama CB pun dah tak sabar2 nak kembali cergas seperti sedia kala..

Ok back to our story.. Antara gejala-gejala awal ialah sakit yang sama seperti gastrik tetapi dalam jangka masa yang lama.. Macam mama CB dia memang selalu kena gastrik sampai seminggu baru baik.. Bila pergi klinik memang doktor akan bagi ubat angin dan cas gastrik..

Batu dalam hempedu jugak boleh dialami tanpa disedari.. Ini kerana prosesnya mengambil masa bertahun2 dan kuantitinya mungkin bukan 1 tapi berpuluh2.. Ia terjadi kerana hempedu tidak memiliki bahan kimia yang seimbang lalu menjadi partikel keras yang kemudiannya menjadi batu karang..

Apabila pundi hempedu dipenuhi dengan batu proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi kurang efektif dan ia menyebabkan cecaitr hempedu memasuki salur darah dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kuning, jantung kerosakan hati dan lain2…

Dahulunya gejala ini hanya akan dialami oleh individu yang berusia 40 tahun.. Tetapi kini seawall usia 20 tahun pun boleh disahkan menghidapnya. Ini kerana gaya hidup kini yang lebih kepada kurangnya pengambilan pemakanan yang sihat dan diet yang tidak teratur..

Gejala batu karang dalam hempedu:

Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas
Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa).
Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.


Kaedah atau rawatan

i- Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan meng­gunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis ­dengan sistem lampu dan kamera video kecil.

Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu ­dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati ­terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

ii- Bukan pembedahan

Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
Pil garam hempedu.
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.

Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.


Dan CB ada dapat banyak petua untuk rawatannya secara semulajadi.. Maka boleh la korang cuba2.. Macam kita yang belum disahkan menghidapnya patut menukar amalan pemakanan kita ke cara yang lebih sihat.. Dan tak salah mencuba petua nie..


Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turutHari ke-6 jangan makan malamPada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasiPukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam EpsomPukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

ataupun

 Korang boleh cari Daun Jin atau Pokok Lidah Jin.. Rebus dan minum airnya...insya allah.. 

PETUA HILANGKAN PARUT

Petua untuk hilangkan parut.. Kalau korang ada parut luka atau terkena minyak panas korang boleh try petua ni…

Pisang masak korang makan la pisangnya.. Kulit yang bahagian dalam tu korang gosokkan dekat tempat parut tadi.. Amalkan tau.. Sekali gosok mana la nak hilang terus.. Insya allah parut tu akan hilang… Selamat mencuba…



CARA HILANGKAN PARUT

Korang ada tak parut luka atau jerawat yang rasa macam susah nak hilang?? Ok Cik Bunga ada satu petua yang memang cik bunga suka amalkan bila ada parut2 degil..

Caranya korang amek kulit pisang yang warna kuning tu (kalau nak kulitnya kena la makan isinya dulu..) kulit dia yang belah dalam tu (bukan warna kuning kat luar tu tau) korang gosokkan di tempat parut tadi sampai keluar daki..

Buat sekali je memang la tak hilang parut tu..korang kena buat selalu..alhamdulillah Cik Bunga memang amalkan petua ni je setiap kali ada parut..

TERKENA MINYAK PANAS

Pernah tak korang tengah masak tiba2 terkena minyak panas or tercurah air panas dekat tangan?? Biasanya bila kita terkena macam tu mesti kita basuh dengan air.. Tiup atau sebagainya.. Cik Bunga ada petua nak share dengan korang.. Dengan petua nie tak akan ada parut yang tinggal..

Kuna yana raku yana fardan salamun alahi ibrahim

Korang baca 3x sambil gosokkan perlahan2 dekat tempat yang terkena minyak panas atau air panas tu.. Insya allah rasa sakit pedih akan hilang dan parut pun tak ada...


Jangan ditiup atau dibasuh ya sebelum nak gunakan petua 



REVIEW PRODUK - SAFI LULUR PENCERAH

Selamat petang blogger…pe yang korang buat hujung2 minggu nih??ha pe kata korang berlulur..sebab erin nk share ngn korang lulur yang murah dan berkesan..


Ye la kan bukan sume yang mampu nak ke spa..so utk kesenangan korang jugak bajet yang murah erin syorkan korang beli produk yang bawah nih..




  -Safi lulur pencerah dengan ekstrak kunyit –



Harga pun berpatutan..xla mhal mana..banyak khasiat yang terkandung kat dalam tu..mesti tertanyakan kenapa erin pilih khasiat kunyit..sebab kunyit mmg bagus utk wanita..
Erin dh try dah..memang nampak perbezaan dengan cepat..kulit jadi lebih halus dan mulus..kulit2 mati pun dah xde..kulit pun rasa lembab jeh..xkering lagi....guna seminggu skali pun boleh..2 hari sekali pun boleh jugak..


Lau korang rasa membazir nak beli lulur nih…erin de lagi satu cara tanpa kluar modal untuk korang..lau korang rajin…amek segenggam beras..then korang blend sampai halus (blend kering tau)


Mase nak mandi tu korang sental la kan badan..kompom sume baki yang ada tanggal..beras nih jugak leh jadi skrub muka..ha…senangkan..nak cantik kena la susah ckit…lau senang jadi cantik..tentu sume orang tak menghargainya…


Okeh gurlzz…selamat mencuba…J


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA