GIVE AND TAKE LETAKNYA DEKAT MANA

Kadang2 bila pasangan kita ada chat dengan perempuan lain atau komen ala2 admire dengan perempuan lain mesti kita terasa dan cemburu.. Dan mula pertikaikan kenapa, mengapa dan apa.. Tapi dalam masa yang sama kita jugak ada buat begitu.. Alasannya “itu kawan dan dah lama kenal..”

Kita minta supaya pasangan kita setia, jujur dan jaga hati dan perasaan kita.. Tapi dalam masa yang sama adakah kita buat apa yang kita minta dia buat.. Pernah tak kita fikir akan perasaan pasangan kita bila dia baca komen, text dari kawan2 lelaki yang memanggil kita sayang atau menyatakan rindu..

Kita beria2 delete text dari kawan2 lelaki atau skandal kononnya tak nak kantoi dengan pasangan.. Tapi kalau pasangan kita cepat je kita melenting… Kita minta dia terima kita seadanya.. Buruk baik kita.. Tapi kita selalu complain tentang dia… Dia itu dia ini…

Peliknya perempuan.. Tapi lelaki pun pelik juga.. Sebab apa.. Waktu mereka nak tambat hati kita.. Sedaya upaya dia menarik perhatian kita.. Mereka jadi caring.. Loving etc.. Tetapi bila mereka dah yakin yang kita sayang, mereka akan buat endah tak endah..

Pendek kata itulah lumrah dalam perhubungan.. Hubungan itu diduga dengan pelbagai.. Tapi jika pasangan kita tu adalah jodoh kita.. 1000 halangan pun tak akan mampu untuk buat dia pergi dari kita.. Tapi kalau dia bukan jodoh kita.. 1 halangan pun dah cukup buat dia pergi dari kita..

Cuma jika kita sudah mempunyai pasangan tak salah kalau kita menunjukkan rasa kasih dan sayang tanda kita menghargai pasangan kita tu.. Jagalah hati pasangan kita dan bertolak ansurlah.. Setiap masalah tu jangan di selesaikan dengan amarah.. Tapi berbincang.. Berterus terang adalah kunci utama..

Apa yang penting janganlah kita mengongkong pasangan kita..Berikan mereka sedikit ruang untuk kehidupan dan masa peribadi mereka sendiri.. Memahami itu penting untuk perhubungan.. Dan CB berpegang pada satu prinsip “walau terdapat sejuta alasan untuk kita pergi.. tapi peganglah satu alasan untuk kita setia..”



PETUA HILANGKAN PARUT

Petua untuk hilangkan parut.. Kalau korang ada parut luka atau terkena minyak panas korang boleh try petua ni…

Pisang masak korang makan la pisangnya.. Kulit yang bahagian dalam tu korang gosokkan dekat tempat parut tadi.. Amalkan tau.. Sekali gosok mana la nak hilang terus.. Insya allah parut tu akan hilang… Selamat mencuba…



ALHAMDULILLAH MAMA DAH OPERATION

Sebenarnya mama dijadual untuk masuk wad pada hari selasa kerana hari rabu mama akan menjalani operation untuk buang batu dalam hempedu.. Tapi oleh kerana mama demam panas hari isnin yang lepas mama dah kena tahan wad..


Alhamdulillah operation berjalan dengan lancar dan mama mula sedar semalam.. Tapi mama belum dibenarkan balik kerana keadaan mama yang masih lemah.. Selama 6 minggu mama kena pakai tiub dan beg.. Selepas 6 minggu amam diminta datang semula ke hospital untuk memastikan luka operate dah ok dan bukak tiub terbabit.. Moga mama cepat sihat seperti sedia kala tak lama lagi…


HATI HATI DENGAN SPAM EMAIL

Lama dah CB tak bukak email jadi semalam kebetulan ada nak hantar email dekat cikgu sekolah Mia so sekali jalan la check inbox.. Tapi ada satu email nie menarik perhatian CB..


Rasa macam kelakar pulak.. Yelah tiba2 ada orang nak bagi kita 3.2M hahaha… Kalau la betul2 ada orang nak kasi kat kita duit banyak tu seronok woooo…


So pesan CB korang hati2 dengan spam email yang korang dapat.. Jangan mudah percaya dengan benda2 yang korang tak pasti kesahihannya… Eloknya rujuklah kepada mereka2 yang boleh dipercayai..


KOD PANGGILAN ANTARABANGSA

Hari nie CB nak share dengan korang no kod telefon negara-negara dalam dunia nie.. Sebab kenapa CB nak share dengan korang?? Kebetulan tadi CB dapat 2 panggilan dari no +606281396465687 tapi CB tak jawab sebab kebetulan masa call ni masuk CB ada kerja dekat department sebelah.. Korang pun mesti ada terima panggilan dari no antarabangsa yang tidak dikenalikan.. Dan kita jugak kena hati-hati dengan setiap panggilan yang kita terima memandangkan banyak sindikit-sindikit yang boleh mencuri maklumat contact dan acc no. dengan hanya menjawab panggilan (seperti yang diwar-warkan PDRM tidak lama dulu..) kecuali kita ada kenalan diluar negara lah kan boleh lah kita jawab panggilan dia.. Kali terakhir senarai kod dibawah dikemaskini adalah pada Mei 2013.. Mungkin ada perubahan dari masa ke semasa..

Zon 1 – Amerika Utara


Zon 2 – Afrika


Zon 3 – Eropah


Zon 4 – Eropah



Zon 6 – Asia Tenggara dan Oceania


Zon 7 – Russia dan sekelilingnya


Zon 8 – Asia Timur dan Servis-servis Istimewa


Zon 9 – Barat dan Selatan AsiaTimur Tengah


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA