Showing posts with label BORANG KAWIN. Show all posts
Showing posts with label BORANG KAWIN. Show all posts

CARA MENYEDIAKAN BORANG PERKAHWINAN - PART 2 -

Assalammualaikum.. Ok kembali dekat part 2 tentang cara-cara nak isi permohonan nikah secara online.. NIKAH, CERAI & RUJU' ONLINE

Bila korang dah log in dia akan keluar macam yang kat bawah ni.. Diingatkan antara laman utama perempuan dan lelaki tak sama ye dari segi senarai borang.. Yang bawah ni perempuan punya..



 

Dah log in tu kan jangan lupa print senarai semak permohonan ni.. Yang kat bawah ni senarai semak perempuan :





Korang boleh tgk kat bawah CB dah remark yang mana korang wajib isi. Jika perlu tu depends korang asal dari mana dan dah menetap dekat tempat @ kariah yang korang nak nikah tu dah berapa lama..
Ok contoh ye.. CB asal selangor.. Dah menetap dekat kariah sekarang almost 23 tahun.. So CB tak perlu isi borang permastautin tetap tu.. Kalau korang asal negeri lain, menetap kat selangor dalam 2-3 tahun so korang kena la isi borang permastautin tu.. Wakalah tu wajib sesangat ye...




yang bawah ni pulak untuk lelaki:

Permastautin tetap tu sama la macam perempuan punya tadi.. Macam En. Tunang pun tak payah isi sebab dia orang tempatan kariah.. Kira memang orang kampung situ la senang cerita.. Lelaki punya special sikit.. Kenapa special?? Ok lepas dia isi borang 2A dia kena serahkan borang kepada jurunikah yang nak nikah kan tu untuk dapatkan cop.. Lepas dapat chop dari jurunikah dia kena bawak borang ke pejabat agama untuk dapatkan borang kebenaran berkahwin.. 

Lepas dah dapat borang kebenaran berkahwin tu bakal pengantin lelaki kena serahkan semua borang kepada bakal pengantin perempuan.. Then pihak perempuan kena la uruskan yang seterusnya..






Kat bawah ni contoh senarai semak pemohonan lelaki.. sikit je kan???



Kat bawah ni pulak contoh ruangan borang pemastautin tetap.. yang ada warna merah tu semua wajib isi.. Cuma bahagian saksi shj tak perlu isi..




Haaaa yang kat bawah ni pulak contoh borang permohonan perempuan.. Wajib isi semua detail.. kalau tak nanti korang kena isi semula bila log in balik.. Kalau semua pihak bagi kerjasama yang baik so borang dapat la disiapkan awal..






Rasanya mudah difahamikan??? Kat mana nak cari pendaftar nikah kat kawasan korang??? haaaa refer kat  PART 3 pulak..


CARA MENYEDIAKAN BORANG PERKAHWINAN - PART 1 -

Assalammualaikum w.b.t semua.. Ok selalukan kalau kita search kat Mr. Google susah la kita nak dapatkan penjelasan yang tepat tentang cara-cara penyediaan dan cara mengisi permohonan perkahwin ni.. CB cakap melalui pengalaman memandangkan prosesnya dah tak sama macam dulu-dulu.. Selalunya masa krusus pra-perkahwinan dorang ada dah bagitau.. Tapi kalau kena plak yang pergi krusus tu belum sampai time.. Dah terlupa dah kan..

Sekarang ni pemohonan nikah perlu diisi secara online di laman web JAIS dan B2B kena print out permohonan yang dah lengkap sendiri.. Ok nanti CB tunjukkan step by step ye.. Dan mungkin post ni akan jadi panjang so CB buat part 1 dulu..

Sebelum korang isi permohonan perkahwinan ni please make sure yang korang dah mengikuti krusus pra perkahwinan dan korang dah ada sijil krusu pra perkahwinan yang sah.. Jangan tipu-tipu tau.. Sijil krusus ni sah sepanjang hayat. Dan bagi lelaki/perempuan yang berstatus duda/janda tak perlu lagi hadir krusus pra perkahwinan ni.. Tapi kalau nak pergi boleh je.. Bak kata orang menimba ilmu kan.. Perkahwinan ni pun perlu ada ilmu..

Ok if korang dah settle krusus.. Korang kena pergi buat HIV test dulu. Jangan ingat dah pergi krusus dah boleh terus isi permohnan nikah ye.. HIV test korang kena buat di klinik kesihatan berdekatan tempat korang.. Tak payah excited nak pergi pagi-pagi sebab selalunya HIV test ni dorang buat pukul 2pm keatas.. Korang boleh la call KK area korang untuk confirmkan.. Kalau tak sia-sia je korang datang awal-awal..

Dah settle HIV (kena dapat keputusan negatif baru boleh kahwin) barulah korang boleh isi permohonan nikah.. Keputusan HIV test yang korang dapat tu boleh guna pakai dalam tempoh 6 bulan sahaja.. Dia bukan macam sijil krusus pra perkahwinan ye.. Dalam tempoh 6 bulan kalau korang tak kahwin so nanti korang kena buat test balik..

Nak isi permohonan nikah boleh lah ke laman web NIKAH, CERAI & RUJU' ONLINE.. Kat web ni memang khas untuk nikah, cerai @ ruju'.. senangkan??

Haaaa senang.. Cuma korang kena pastikan semua maklumat yang diperlukan dah ada termasuklah detail saksi, wali, pengantin, bila date nak nikah, bila tarikh nikah mak ayah korang.. Semua tu korang kena tau dulu siap2 baru korang buka laman web tu untuk isi form.. Dia tak boleh isi separuh-separuh then save esok tambah lagi.. TAK BOLEH.. Detail korang je yang akan die save.. Yang lain-lain masuk secara manual.. Maklumat borang dah complete baru boleh print out.

ok kita sambung esok plak macam mana rupa laman web tu ye..


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA