HIKING DAY @ TABUR HILL



Assalammualaikum semua.. Macam mana dengan hujung minggu korang?? Cuaca agak panaskan semalam.. Lebih panas dan bahang dari biasa.. Pastikan korang banyak minum air ok..Kurangkan aktiviti diluar rumah..




Tapi semalam pagi CB terasa nak hiking Bukit Tabur.. CB gerak dari rumah lebih kurang jam 7:45pg.. Dalam perjalanan CB singgah sarapan McD.. CB pilih untuk ikut MRR2 untuk ke Taman Melawati.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..




Kawan CB memilih untuk hiking dari second peak ia lebih light jika dibandingkan dari track utama yang lebih mencabar.. Kami mula memanjat sekitar jam 9:17am.. Bila dah lama tak hiking mula2 tu pancit jugak.. Tapi CB mampu untuk dapatkan balik stamina.. (cewaahhhhh.. hahahahaa)




Dari track ni pemandangan lebih kepada kawasan perumahan elite di Taman Melawati.. Manakala pemandangan empangan pula sedikit terlindung dengan pokok kecil.. Susur jalan daki pula tidak terlalu bahaya untuk pendaki2 yang baru.. Namun masih mampu memberi kepuasan bila sampai dipuncaknya..






CB ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dekat atas.. Rehat2 kejap dan CB turun semula.. Dah penat2 tu best bila dapat nikmati cendol untuk sejukkan badan..








Sedikit info mengenai Bukit Tabur : 

Bukit Tabur terletak di dalam negeri Selangor.. Ia jugak terkenal dengan nama Bukit Hangus. Bukit Tabur adalah sebahagian dari Empangan Klang Gates dan mampu dilihat dari Lingkaran MRR2 Kuala Lumpur.. Kebanyakakan pendaki akan memasuki melalui denai di Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu empangan berdekatan dengan Taman Melawati untuk pendakian 3-4jam..

Puncak Bukit Tabur menawarkan pemandangan panorama, empangan dan bandar Kuala Lumpur yang cantic.. Bukit Tabur juga dibahagi kepada dua bahagian iaitu timur dan barat.. Kebanyakan pendaki juga gemar memilih bahagian barat kerana bahagian timur menawarkan pendakian yang lebih mencaba dengan curam yang lebih dalam dan berisiko..

Di Bukit Tabur juga pernah terjadi beberapa kemalangan termasuklah kemalangan maut.. Adalah diperingatkan kepada pendaki2 agar lebih berhati2 dan mengenakan pakaian yang lebih sesuai untuk pendakian..

* pesanan dari CB kalau boleh musim2 panas macam ni elakkan pergi hiking. Sebab bahaya.. Ada kemungkinan kita akan mengalami tekanan darah tinggi atau pun rendah.. Seperti baru2 nie di Gunung Datuk 3 orang menemui ajal.. Salah seorangnya kerana serangan jantung..

MOGA DIKAU TENANG DISANA

Assalamualaikum semua.. Hari nie genap 4 tahun arwah ayah CB meninggalkan kami.. Tarikh yang CB tak akan lupa sama sekali.. 4 tahun lepas arwah ayah dapat serangan jantung secara mengejut.. Masa tu CB keluar dengan kawan.. Hp pulak habis bateri.. Sedih rasanya tak sempat jumpa ayah buat kali terakhir..





Ayah orang yang banyak back up CB.. Support CB.. Ingat lagi masa zaman sekolah dulu dek kerana ayah dan CB suka menyanyi, ayah sanggup beli barang muzik dan tubuhkan 1 band.. Kita orang nyanyi dekat kenduri2 kahwin.. Ayah ada set karaoke dekat rumah untuk anak2 lepas gian menyanyi..

Setiap apa yang ayah minat dikongsi dengan anak2.. Ayah pernah masuk lumba kereta dekat litar.. Masa tu seronok bila dapat masuk dekat kokpit.. Dapat tengok macam2 jenis kereta yang dah di modify.. Last minat ayah adalah superbike.. CB suka ikut ayah konvoi.. Dari situ CB pun bercita2 untuk miliki motor superbike sendiri nanti..

Kalau bab shopping pulak.. Ayah tak pernah benarkan CB pilih sendiri.. Sebab ayah kata tak cantik dan sebagainya.. Kadang jeles dengan kawan2 sebab diaorang boleh pakai ikut trend up to date waktu tu.. Kalau bab kasut memang CB tak pernah dapat nak pakai kasut flat shoes.. Ayah cuma kan belikan high heels.. Dah kerja and cari duit sendiri nie la baru merasa nak pakai flat shoes dan shopping apa yang diri sendiri nak…

Ayah memang seorang yang baik.. Suka tolong orang.. Dia paling tak boleh tengok orang susah lagi2 ahli keluarga.. Dia sanggup tak ada duit nak makan asalkan dia dapat tolong adik beradik dia.. Biarpun orang selalu mengata dia, kutuk dia sebab dia hanya driver lori.. Tapi die tak pernah kecik hati.. Dia tetap senyum..





“Ayah..
Ampunkan semua dosa akak pada ayah.. Halalkan makan minum akak ye..
Maaf kalau akak bukan anak yang baik.. anak yang sempurna..
Terima kasih sebab selalu sabar dengan kerenah akak.. Sentiasa ada menjadi tulang belakang akak..
Moga ayah tenang..damai dekat sana.. Moga ayah di tempatkan dikalangan orang yang beriman..


BATU HEMPEDU ~ SILENT KILLER

Assalammualaikum sahabat2 sekelian.. CB pernah kata nak share dengan korang tentang penyakit mama iaitu batu dalam hempedu.. Syukur alhamdulillah mama CB sihat selepas operation dan kini masih menanti untuk buka tiub sahaja.. Mama CB pun dah tak sabar2 nak kembali cergas seperti sedia kala..

Ok back to our story.. Antara gejala-gejala awal ialah sakit yang sama seperti gastrik tetapi dalam jangka masa yang lama.. Macam mama CB dia memang selalu kena gastrik sampai seminggu baru baik.. Bila pergi klinik memang doktor akan bagi ubat angin dan cas gastrik..

Batu dalam hempedu jugak boleh dialami tanpa disedari.. Ini kerana prosesnya mengambil masa bertahun2 dan kuantitinya mungkin bukan 1 tapi berpuluh2.. Ia terjadi kerana hempedu tidak memiliki bahan kimia yang seimbang lalu menjadi partikel keras yang kemudiannya menjadi batu karang..

Apabila pundi hempedu dipenuhi dengan batu proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi kurang efektif dan ia menyebabkan cecaitr hempedu memasuki salur darah dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kuning, jantung kerosakan hati dan lain2…

Dahulunya gejala ini hanya akan dialami oleh individu yang berusia 40 tahun.. Tetapi kini seawall usia 20 tahun pun boleh disahkan menghidapnya. Ini kerana gaya hidup kini yang lebih kepada kurangnya pengambilan pemakanan yang sihat dan diet yang tidak teratur..

Gejala batu karang dalam hempedu:

Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas
Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa).
Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.


Kaedah atau rawatan

i- Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan meng­gunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis ­dengan sistem lampu dan kamera video kecil.

Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu ­dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati ­terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

ii- Bukan pembedahan

Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
Pil garam hempedu.
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.

Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.


Dan CB ada dapat banyak petua untuk rawatannya secara semulajadi.. Maka boleh la korang cuba2.. Macam kita yang belum disahkan menghidapnya patut menukar amalan pemakanan kita ke cara yang lebih sihat.. Dan tak salah mencuba petua nie..


Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turutHari ke-6 jangan makan malamPada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasiPukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam EpsomPukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

ataupun

 Korang boleh cari Daun Jin atau Pokok Lidah Jin.. Rebus dan minum airnya...insya allah.. 

MAYAT REMAJA PEREMPUAN DALAM BEG

Allahuakbar.. Baru kejap tadi kecoh dekat group whatsapp sekolah tentang penjumpaan mayat budak perempuan di dalam beg di Jalan Belimbing, Meru.. Dikata kan budak berkenaan baru berusia 15 tahun… Manusia makin kejam.. Kejadian ini membuat kan CB teringat dengan kes adik Nurin Jazlin suatu ketika dulu yang telah diculik dan dibunuh kemudian di letakkan di dalam beg pakaian..


Tentang kisah yang sedang diviralkan ini CB tak tahulah akan kebenarannya.. Tapi khabarnya telah disahkan oleh orang2 kampung sekitar tempat berkenaan… Polis masih menyiasat katanya…



Korang yang ada nak perempuan jaga mereka.. Pantaulah pergerakan mereka.. And girls kat luar sana please mana2 korang pergi please inform family kurangkan keluar di waktu malam.. Jangan mudah percaya pada orang yang baru kita kenal.. Pertuturan juga kena jaga.. Manalah kita tahu jika percakapan kita menyakiti hati orang dan kita tak tahu apa yang orang tu mampu buat pada kita.. Hati-hatilah..

MOVIE REVIEW : BOBOYBOI THE MOVIE

Salam semua.. Lama CB tak bukak blog.. Agak bz sikit lately huhu.. Well hari ni CB nak cerita pasal semalam.. Bawak my little princess tengok movie Boboyboi The Movie dengan kawan2 CB.. Last week pun da tengok movie cerita Munafik..

CB ambil masa yang petang cikit sebab yang awal2 semua da tinggal seat depan2 je.. Tiket pun CB beli online je senang.. So dapat la seat belakang maka penglihatan si kecil Mia tak adalah terhalang oleh kepala2 orang.. Tapi semalam tetiba Mia demam pulak.. Ingat tak yah la pergi tengok sebab dia tak sihat tapi dia siap cakap “mama wayang tu sekali je dia keluar nanti adik tak dapat tengok lagi..”



Nak tak nak bawak la jugak.. Kita orang keluar awal dari rumah sebab kawan CB nak beli baju sekali.. Tapi terawal sangat la pulak.. So sementara tunggu pukul 5:50pm tu kita orang duduk la rilex2 main giant bubble dekat padang.. terserempak pulak dengan salah seorang kawan CB masa kerja dekat 7E dulu..


Ok2… back to cerita tadi.. So far cerita boboyboi ni best sangat2.. Bukan setakat budak2 je leh layan.. Dewasa pun.. Betapa kuatnya hubungan persahabatan antara boboyboi dan ochobot serta kawan2nya.. Oleh kerana menghayati sepenuhnya cerita tu CB menangis masa ochobot mati.. Sob sob… Memang enjoy gila tengok cerita nie.. Berbaloilah beli tiket tu bak kata kawan CB..



Hope akan adalah Boboyboi  The Movie 2 nanti.. Habis movie dalam pukul 7:20pm so kita orang terus balik sebab Mia da mengantuk.. Next week kita rest je dekat rumah insya allah...

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA