Assalammualaikum semua.. Macam mana dengan hujung
minggu korang?? Cuaca agak panaskan semalam.. Lebih panas dan bahang dari
biasa.. Pastikan korang banyak minum air ok..Kurangkan aktiviti diluar rumah..
Tapi semalam pagi CB terasa nak hiking Bukit
Tabur.. CB gerak dari rumah lebih kurang jam 7:45pg.. Dalam perjalanan CB
singgah sarapan McD.. CB pilih untuk ikut MRR2 untuk ke Taman Melawati..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah..
Kawan CB memilih untuk hiking dari second peak ia
lebih light jika dibandingkan dari track utama yang lebih mencabar.. Kami mula
memanjat sekitar jam 9:17am.. Bila dah lama tak hiking mula2 tu pancit jugak..
Tapi CB mampu untuk dapatkan balik stamina.. (cewaahhhhh..
hahahahaa)
Dari track ni pemandangan lebih kepada kawasan
perumahan elite di Taman Melawati.. Manakala pemandangan empangan pula sedikit
terlindung dengan pokok kecil.. Susur jalan daki pula tidak terlalu bahaya
untuk pendaki2 yang baru.. Namun masih mampu memberi kepuasan bila sampai dipuncaknya..
CB ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dekat atas.. Rehat2 kejap dan CB turun semula.. Dah penat2 tu best bila dapat nikmati cendol untuk sejukkan badan..
Sedikit info mengenai Bukit Tabur :
Bukit Tabur terletak di dalam negeri Selangor..
Ia jugak terkenal dengan nama Bukit Hangus. Bukit Tabur adalah sebahagian dari
Empangan Klang Gates dan mampu dilihat dari Lingkaran MRR2 Kuala Lumpur..
Kebanyakakan pendaki akan memasuki melalui denai di Kampung Klang Gates, 50
meter dari pintu empangan berdekatan dengan Taman Melawati untuk pendakian
3-4jam..
Puncak Bukit Tabur menawarkan pemandangan
panorama, empangan dan bandar Kuala Lumpur yang cantic.. Bukit Tabur juga
dibahagi kepada dua bahagian iaitu timur dan barat.. Kebanyakan pendaki juga
gemar memilih bahagian barat kerana bahagian timur menawarkan pendakian yang
lebih mencaba dengan curam yang lebih dalam dan berisiko..
Di Bukit Tabur juga pernah terjadi beberapa
kemalangan termasuklah kemalangan maut.. Adalah diperingatkan kepada pendaki2
agar lebih berhati2 dan mengenakan pakaian yang lebih sesuai untuk pendakian..
* pesanan dari CB kalau boleh musim2 panas macam ni elakkan pergi hiking. Sebab bahaya.. Ada kemungkinan kita akan mengalami tekanan darah tinggi atau pun rendah.. Seperti baru2 nie di Gunung Datuk 3 orang menemui ajal.. Salah seorangnya kerana serangan jantung..
No comments:
Post a Comment