Assalammualaikum readers.. Kurangnya CB
mengupdate blog sekarangkan.. Alhamdulillah mama CB da semakin sihat.. Jumaat
yang lalu CB bawak mama untuk buka beg saluran.. Akhirnya mama kata.. Kemain
lagi riang dia.. Maklum dia dah bosan duk saja dekat rumah.. Sekarang mama dah
boleh bergerak kesana kemari seperti sedia kala.. Tapi… Kebelakangan ni CB
pulak yang jadi tak sihat.. Puncanya CB mula hilang selera makan sejak 2 minggu
yang lepas.. Kemudian diiringi dengan pening, loya, muntah2 dan sakit
dibahagian pinggang (memang tak boleh duduk dan baring)..
Selasa baru2 nie CB pergi ke Klinik Kesihatan
untuk dapatkan rawatan.. Namun CB rasa agak kecewa dengan layanan yang diberi..
2 jam menunggu dengan keadaan badan yang tidak mengizinkan tapi bila nombor
dipanggil, pegawai perubatan hanya bertanya sahaja sebab apa datang dan berikan
CB time slip serta ubat tahan muntah.. Alahai nie la antara sebab kenapa CB tak
suka pergi KK atau GH.. Menunggu bukan main lama jumpa doktor tak sampai
seminit.. Tak ada apa pun yang diperiksanya..
Dan gejala sakit tu masih melarat ditambah pula
dengan cirit birit dan rasa sakit dibahagian bawah perut.. Tambah lagi ulser
dipinggir bibir ku ini besar bak hang.. Lagi la tak leh nak makan.. Berat CB
susut 4.9kg.. Ehhh wahhh sakit punya pasal terus dapat berat badan idaman..
Kalau tak susahnya nak turunkan..
CB pun tak pasti apa punca sebenar.. Mama dah
start bising2 tentang detox tea yang CB beli.. Yes memang tak dinafikan sejak..
Bukan sejak tapi sewaktu amalkan detox tea tu lagi selera makan CB dah mula
kurang.. Tapi lau dah tak ambil detox tea pun tak ada selera.. CB andaikan
sebab cuaca.. Ye la cuaca terlampau panas dan CB minum terlampau banyak air
sehingga tak larat dah nak makan..
CB harap sakit ni cepatlah beransur.. Sebab
banyak urusan yang CB perlu uruskan.. Tak sanggup jugak nak muntah dan cirit
birit hari2.. Mau2 nanti bawak bantal dengan selimut dalam toilet terus…
No comments:
Post a Comment