Hujung minggu yang lepas CB telah menyertai program konvoi mthusiast
ke johor bahru. Apa tu Mthusiast??? Mthusiast adalah sebuah kelab kereta BMW
yang berdaftar.. Tujuan konvoi ini adalah bersempena meraikan family day kelab
ini.. Sedikit sejarah Mthusiat, kelab ini sudah pun 5 tahun ditubuhkan.. Kelab ini bukan sahaja untuk penggemar kereta
BMW malahan setiap ahli keluarga iaitu isteri dan anak2 turut terlibat.. Ini kerana
presiden kelab ini sangat menekankan hubungan kekeluargaan.. Pendek kata bukan
sahaja para suami2 boleh menambah kenalan malahan isteri2 dan anak2 juga..
Perjalanan kami bermula dari tempat berkumpul iaitu di
Stesen Minyak (Shell) Plaza Tol Sg Besi pada jumaat (4 Disember 2015) jam 730pg..
Sebanyak 31 biji kereta BMW (pelbagai model) telahpun
menyertai kembara ini.. Kemudiannya kami berhenti bersarapan di R&R Jejantas Ayer Keroh, Melaka selama
setengah jam.. Dan perjalanan diteruskan semula sehingga ke Johor Bahru..
Lebih kurang pada jam 1330 tengah hari kami tiba di Hotel
Sentral JB usai sahaja check in para2 driver pun pergi menunaikan
solat jumaat dikawasan berdekatan. Makan tengahhari tu CB sekeluarga memilih
untuk mencari kedai makan berdekatan tapi sebelum tu kena ambil adik CB di UITM
Pasir Gudang dulu.. Untuk orang yang pertama kali jejak kaki di JB seperti CB
agak susah untuk kita mencari kedai makan.. Akhirnya kami jumpa satu warung
tepi jalan di Permas Jaya.
Warung tu nama dia Sup Mama Erin (kalau xsilap CB lah sebab ada ambil gambar tapi… L Memory card camera telah
dijangkiti virus semua gambar bercuti hilang) CB memang suggest
sangat korang pergi situ… Menu kat warung akak nie memang sedap2 (tak tau la
mungkin sebab kita orang dah lapar sangat ke tu yang rasa sedap tu) Tapi
seriouslah CB cakap dengan korang menu dia memang sedap..dan harga pun xde la
mahal mana… berpatutan gitu…
*CB sedang cuba dapat kan gambar daripada jurugambar official Kelab
Mthusiast..
No comments:
Post a Comment