REVIEW PRODUK - PERAPI RAMBUT HERBA

Assalammualaikum korang semua…  Sihat tak?? Dah makan?? Hari nie CB nak review satu produk yang CB beli dekat Langkawi kelmarin. Produk penjagaan rambut yang CB lum jumpa lagi dekat pasaraya.. Cuma di Langkawi.




Jangan confuse bukan anak patung tu tau yang sebelah dia tu..   Perapi rambut berasaskan susu beras. Ok untuk pengetahuan korang lepas CB melahirkan Mia, CB mengalami masalah sakit kulit yang di panggil PSORIASIS. Apa tu psoriasis?? Cer korang google.. tak pun korang boleh KLIK SINI


Masa dekat Langkawi tu dekat Nusantara Gamat sementara tunggu rakan2 yang lain beli barang CB belek2 la satu persatu produk dekat jadi terjumpalah perapi rambut ni.. Perapi rambut ni fungsi dia adalah untuk hilangkan kelumumur di kulit kepala, melembutkan rambut, menyihatkan rambut dan dll masalah rambut.. Bahan2 yang digunakan berasaskan beras dan herba2 terpilih.. Bau dia pun wangi sangat..


CB cuci rambut hari2.. Kadang2 pula 2 hari sekali.. Alhamdulillah dah 4 kali penggunaan rambut sangat mudah diurus, lembut, rambut gugur pun kurang dan yang paling penting masalah sakit CB pun beransur.. Macam mana CB tau beransur???


gambar ehsan google - contoh kulit kepala kemerahan 


Sebelum ni lepas CB cuci rambut mesti ada kesan kemerah merahan pada kawasan dekat dengan dahi.. Tapi selepas menggunakan perapi rambut ni kemerah merahan tu memang tak ada.. kulit kepala nampak bersih.. (tapi belum la bersih betul.. tapi memang kurang sangat..)


Mama CB kata baguslah tak ada la rambut bersepah lagi kat lantai rumah.. Huhu… Nampak gayanya CB kenalah beli shampoo dia sekali.. Dan mungkin CB akan berterusan pakai produk nie… Insya allah.. Korang yang ada masalah kulit kepala cubalah produk nie..



No comments:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA