Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

BATU HEMPEDU ~ SILENT KILLER

Assalammualaikum sahabat2 sekelian.. CB pernah kata nak share dengan korang tentang penyakit mama iaitu batu dalam hempedu.. Syukur alhamdulillah mama CB sihat selepas operation dan kini masih menanti untuk buka tiub sahaja.. Mama CB pun dah tak sabar2 nak kembali cergas seperti sedia kala..

Ok back to our story.. Antara gejala-gejala awal ialah sakit yang sama seperti gastrik tetapi dalam jangka masa yang lama.. Macam mama CB dia memang selalu kena gastrik sampai seminggu baru baik.. Bila pergi klinik memang doktor akan bagi ubat angin dan cas gastrik..

Batu dalam hempedu jugak boleh dialami tanpa disedari.. Ini kerana prosesnya mengambil masa bertahun2 dan kuantitinya mungkin bukan 1 tapi berpuluh2.. Ia terjadi kerana hempedu tidak memiliki bahan kimia yang seimbang lalu menjadi partikel keras yang kemudiannya menjadi batu karang..

Apabila pundi hempedu dipenuhi dengan batu proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi kurang efektif dan ia menyebabkan cecaitr hempedu memasuki salur darah dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kuning, jantung kerosakan hati dan lain2…

Dahulunya gejala ini hanya akan dialami oleh individu yang berusia 40 tahun.. Tetapi kini seawall usia 20 tahun pun boleh disahkan menghidapnya. Ini kerana gaya hidup kini yang lebih kepada kurangnya pengambilan pemakanan yang sihat dan diet yang tidak teratur..

Gejala batu karang dalam hempedu:

Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas
Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa).
Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.


Kaedah atau rawatan

i- Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan meng­gunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis ­dengan sistem lampu dan kamera video kecil.

Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu ­dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati ­terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

ii- Bukan pembedahan

Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
Pil garam hempedu.
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.

Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.


Dan CB ada dapat banyak petua untuk rawatannya secara semulajadi.. Maka boleh la korang cuba2.. Macam kita yang belum disahkan menghidapnya patut menukar amalan pemakanan kita ke cara yang lebih sihat.. Dan tak salah mencuba petua nie..


Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turutHari ke-6 jangan makan malamPada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasiPukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam EpsomPukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

ataupun

 Korang boleh cari Daun Jin atau Pokok Lidah Jin.. Rebus dan minum airnya...insya allah.. 

HILANG NYAWA TERTINGGAL BUDAK



Pagi2 masuk kerja dengar opismate cerita pasal kejadian di Sungai Udang, Klang petang semalam.. Dan tak sangka masuk dalam Harian Metro hari ni dalam ruangan setempat..

- ehsan harian metro online -

Dengar katanya pemandu van berkenaan tertinggal kanak2 terbabit masa dia ambil kanak2 balik dari sekolah.. Jadi oleh kerana marah bapa saudara kanak2 tersebut menahan pemandu van ni dekat tepi jalan dan memukulnya..

Allahhu akhbar… Dan dengar cerita lagi y memukul tu baru je mendirikan rumahtangga dan mangsa pula bakal mendirikan rumahtangga hujung bulan nie..


- mangsa.. sumber whatsapp -

Pada CB kan.. Amarah tu tak boleh diikut sangat.. Walauapapun sebab untuk kita marah seseorang tu pasti org tu jugak punya alasan mengapa.. Manalah tahu kot2 dia fikir budak tu dah balik mak bapak yang jemput.. Yela budak kadang kalau lambat cikit dia leka main.. Tapi mungkin jugak yang memukul tu tak ada niat nak pukul sehingga mati..


- pakcik kanak2 terbabit.. sumber whatsapp -

Apapun sama2 lah kita ambil ikhtibar dari cerita nie.. 


ANTARA KERJA DAN KELUARGA

Dalam kesibukan minggu nie CB curi sikit masa nak updated blog.. Dah seminggu mama CB dekat hospital dan CB kena ambil alih jaga and uruskan rumah.. Kerja pun tak boleh balik lambat macam selalu sebab nanti Mia balik sekolah tak ada pulak orang dekat rumah.. Macam-macam proses yang mama kena lalui sayu hati tengok keadaan mama macam ni.. 





Sejak mama masuk hospital.. Cucu-cucu ada yang demam sebab rindu.. Mia pulak hari-hari tanya bila nenek akan balik.. Mia waktu siang CB letak dekat sitter sementara untuk transit.. Tapi malam tadi dia mengadu sambil nangis kata tak nak duduk dekat rumah sitter tu.. Katanya dia sunyi tak ada kawan dan husband sitter tu marah dia.. Jenuh jugak la nak memujuk sampai CB upah dengan bagi extra duit belanja.. Mia jugak hilang selera makan sejak  mama masuk hospital.. Badan dia pun dah mula susut..




Pagi-pagi adik CB dah hantar pic mama.. Hari nie mama akan lalui proses ‘teropong’ (Adik CB yang cakap.. CB tak tau apa proses nie sebenarnya).. Adik kata proses nie untuk mengenalpasti kedudukan batu di dalam hempedu tu.. Menurut adik lagi jika kedudukan batu di hempedu mama tidak terlalu jauh maka doktor akan cuba untuk tarik batu tu keluar tapi jika kedudukannya agak jauh doktor akan cari jalan lain untuk keluarkan batu tu..

CB harap semuanya berjalan dengan lancar hari nie..



*maaf CB masih tak berkesempatan nak lawat blog2 yang BW kat sini.. Yang drop kan komen terima kasih.. Bila semua dah reda CB akan BW kat blog korang and sertai segmen macam biasa

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA