HILANG NYAWA TERTINGGAL BUDAK



Pagi2 masuk kerja dengar opismate cerita pasal kejadian di Sungai Udang, Klang petang semalam.. Dan tak sangka masuk dalam Harian Metro hari ni dalam ruangan setempat..

- ehsan harian metro online -

Dengar katanya pemandu van berkenaan tertinggal kanak2 terbabit masa dia ambil kanak2 balik dari sekolah.. Jadi oleh kerana marah bapa saudara kanak2 tersebut menahan pemandu van ni dekat tepi jalan dan memukulnya..

Allahhu akhbar… Dan dengar cerita lagi y memukul tu baru je mendirikan rumahtangga dan mangsa pula bakal mendirikan rumahtangga hujung bulan nie..


- mangsa.. sumber whatsapp -

Pada CB kan.. Amarah tu tak boleh diikut sangat.. Walauapapun sebab untuk kita marah seseorang tu pasti org tu jugak punya alasan mengapa.. Manalah tahu kot2 dia fikir budak tu dah balik mak bapak yang jemput.. Yela budak kadang kalau lambat cikit dia leka main.. Tapi mungkin jugak yang memukul tu tak ada niat nak pukul sehingga mati..


- pakcik kanak2 terbabit.. sumber whatsapp -

Apapun sama2 lah kita ambil ikhtibar dari cerita nie.. 


1 comment:

sitirohaida said...

mesti ke nak pukul orang tu semata-mata perkara yang bole diselesaikan...mungkin bagi dia dia terlalu hebat untuk melindungi anak saudaranya tu..tapi hukum Allah tu lagi hebat...hanya kerana tertinggal budak,dia menerima ajal..subhanallah..sungguh tak masuk akal..

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA