SELAMAT HARI LAHIR MOHAMMAD IAN FAHEIMY YANG KE 6 TAHUN




Salam jumaat kawan2 blogger semua.. Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran anak buah CB.. Jadi angah CB cadang buat dekat rumah along memandangkan mama ada dekat sana.. Jadi malam tadi kita masa otw tu singgah ambil kek dekat SPK Shah Alam dekat2 dengan UITM cawangan Puncak Perdana.. Lepas tu terus menuju ke rumah along yang terletak di Telok Panglima Garang, Banting… Tapi singgah ke KFC drive thru di Johan Setia untuk belik makanan..


Sambut simple je.. Hanya keluarga kami dan mak mentua angah sebab dia nak lawat mama yang dah discharged.. Lama jugak tak buat gathering macam ni.. Sebab masing2 sibuk dengan kerja dan keluarga msing2.. Tapi bila anak buah CB tu tiup lilin muka Princess Mia terus berubah.. CB tau kenapa sebab birthday dia hari tu tak ada pun buat macam apa2.. Padahal CB dah tempeh kek dengan kawan CB..  Cuma masa tu mama CB baru je masuk hospital.. So masing2 lebih focus pada mama.. Kesian Mia..


But tak de lah niat CB nak biar je.. Cuma nak tunggu mama sihat sikit so akan celebrate birthday Mia pula.. Dekat pukul 12 baru la balik… Sudahnya pagi ni anak2 liat nak bangun.. CB plak terpaksa pergi mendobi awal2 pagi tadi sebab 3 hari ni CB ada hal..

Kepada anak buah manja CB ni.. Moga Ian jadi anak yang baik dan soleh.. Bijak dan semoga jadi abang yang selalu jaga adik2..

So Selamat bercuti kepada semua.. Mana yang balik kg tu hati2 ketika memandu.. dan pasti kan anda cukup rehat..

















No comments:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA