LEPAS DISCHARGED DAPAT HANDBAG

Sabtu yang lepas habis saja waktu bekerja tengahhari tu CB terus memecut ke Hospital untuk ambil alih jaga mama.. Adik CB terpaksa balik ke UITM memandangkan ada isu2 berbangkit mengenai cutinya.. Syukur kerana CB dapat diberi peluang untuk jaga mama diwaktu mama sakit.. Teringat 5 tahun lepas waktu CB bersalinkan Princess Mia.. Mama lah yang ulang alik hospital.. Mama lah yang jaga CB masa dalam pantang.. Maka inilah waktunya untuk CB pula jaga mama.. Namun masih belum cukup untuk balas jasa mama yang melahirkan dan membesarkan CB..


Alhamdulillah mama CB dah discharged semalam.. Selepas 5 hari operation mama makin sihat.. Tapi balik kena bawak handbag baru huhu… Dan setiap minggu mama kena pergi ke klinik pakar untuk dressing bahagian tiub sebab takut akan kena jangkitan kuman..


Selama 6 minggu mama perlu memakai handbag ni.. Awal bulan 3 nanti mama akan ke Hospital lagi untuk masuk camera bagi melihat samaada saluran y di potong hari tu dah tertutup atau tidak.. Jika dah tertutup maka doktor akan bukak handbag mama..



Kini giliran along CB pula mejaga mama.. Kami adik beradik tak ramai dan masing masing ada tanggungjawab dengan kehidupan masing masing.. Maka terpaksa bergilir gilir jaga mama..


2 comments:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA