Sabtu yang lepas habis saja waktu bekerja
tengahhari tu CB terus memecut ke Hospital untuk ambil alih jaga mama.. Adik CB
terpaksa balik ke UITM memandangkan ada isu2 berbangkit mengenai cutinya..
Syukur kerana CB dapat diberi peluang untuk jaga mama diwaktu mama sakit..
Teringat 5 tahun lepas waktu CB bersalinkan Princess Mia.. Mama lah yang ulang
alik hospital.. Mama lah yang jaga CB masa dalam pantang.. Maka inilah waktunya
untuk CB pula jaga mama.. Namun masih belum cukup untuk balas jasa mama yang
melahirkan dan membesarkan CB..
Alhamdulillah mama CB dah discharged semalam..
Selepas 5 hari operation mama makin sihat.. Tapi balik kena bawak handbag baru
huhu… Dan setiap minggu mama kena pergi ke klinik pakar untuk dressing bahagian
tiub sebab takut akan kena jangkitan kuman..
Selama 6 minggu mama perlu memakai handbag ni..
Awal bulan 3 nanti mama akan ke Hospital lagi untuk masuk camera bagi melihat
samaada saluran y di potong hari tu dah tertutup atau tidak.. Jika dah tertutup
maka doktor akan bukak handbag mama..
Kini giliran along CB pula mejaga mama.. Kami
adik beradik tak ramai dan masing masing ada tanggungjawab dengan kehidupan
masing masing.. Maka terpaksa bergilir gilir jaga mama..
2 comments:
moga mama CB segera pulih ya...
@PeRdU cINta terima kasih PD
Post a Comment