Kadang2 bila pasangan kita ada chat dengan
perempuan lain atau komen ala2 admire dengan perempuan lain mesti kita terasa
dan cemburu.. Dan mula pertikaikan kenapa, mengapa dan apa.. Tapi dalam masa
yang sama kita jugak ada buat begitu.. Alasannya “itu kawan dan dah lama
kenal..”
Kita minta supaya pasangan kita setia, jujur dan
jaga hati dan perasaan kita.. Tapi dalam masa yang sama adakah kita buat apa
yang kita minta dia buat.. Pernah tak kita fikir akan perasaan pasangan kita
bila dia baca komen, text dari kawan2 lelaki yang memanggil kita sayang atau
menyatakan rindu..
Kita beria2 delete text dari kawan2 lelaki atau
skandal kononnya tak nak kantoi dengan pasangan.. Tapi kalau pasangan kita
cepat je kita melenting… Kita minta dia terima kita seadanya.. Buruk baik
kita.. Tapi kita selalu complain tentang dia… Dia itu dia ini…
Peliknya perempuan.. Tapi lelaki pun pelik juga..
Sebab apa.. Waktu mereka nak tambat hati kita.. Sedaya upaya dia menarik
perhatian kita.. Mereka jadi caring.. Loving etc.. Tetapi bila mereka dah yakin
yang kita sayang, mereka akan buat endah tak endah..
Pendek kata itulah lumrah dalam perhubungan..
Hubungan itu diduga dengan pelbagai.. Tapi jika pasangan kita tu adalah jodoh
kita.. 1000 halangan pun tak akan mampu untuk buat dia pergi dari kita.. Tapi
kalau dia bukan jodoh kita.. 1 halangan pun dah cukup buat dia pergi dari
kita..
Cuma jika kita sudah mempunyai pasangan tak salah
kalau kita menunjukkan rasa kasih dan sayang tanda kita menghargai pasangan
kita tu.. Jagalah hati pasangan kita dan bertolak ansurlah.. Setiap masalah tu
jangan di selesaikan dengan amarah.. Tapi berbincang.. Berterus terang adalah
kunci utama..
Apa yang penting janganlah kita mengongkong
pasangan kita..Berikan mereka sedikit ruang untuk kehidupan dan masa peribadi
mereka sendiri.. Memahami itu penting untuk perhubungan.. Dan CB berpegang pada
satu prinsip “walau terdapat sejuta alasan untuk kita pergi.. tapi peganglah
satu alasan untuk kita setia..”
4 comments:
nk mulakan hbgn x sesusah nk kekalkan hbgn. hehe. mcm2 dugaan dtg.
Setiap prhubungn tu pasti da dugaannya,kita d uji sejauh mna kita mampu brthn
Kunci utama klau lya pegang sabar dan terus sbr
@najwa zahid tau xpe najwa...
@Asha Lya lya hurmmm sabar tu memang perlu..
Post a Comment