SIAPA IDOLA ANDA??

Hari nie CB nak cerita panjang cikit dari biasa.. Hope korang tak bosan membaca mungkin boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman..









Idola CB adalah abang CB yang no 2 (angah CB la.hehehe).. Sebab apa?? Sebab cara dia berfikir.. Prinsip dia.. Usaha dan kejayaan dia.. Malahan dialah abang yang paling mengambil berat dari dulu hinggalah kini.. Dia jugaklah yang mengawal gerak geri CB semasa zaman sekolah..

Jujurnya dulu CB tak suka cara dia.. Ada ketikanya dulu jugak CB anggap dia tak sporting macam abang2 orang lain.. Mana taknya.. Zaman CB sekolah dulu memanglah taka da handphone lagi.. Tapi kawan2 CB selalulah keluar lepak kat shopping2 complex.. Ada boyfriend. Boleh tidur rumah kawan dan sebagainya.. Tapi CB TIDAK dibenarkan buat semua tu waktu zaman sekolah.. Sebab apa?? Jawapannya mudah je..

Kau nak jadi apa??

Inilah soalan tiap kali CB kantoi curi2 buat apa yang dia tak bagi.. Jangan kata mulut.. Tangan kaki memang dah lali (tapi sekarang die tak macam tu).. Even lepas habis sekolah CB dah kerja pun CB masih dikawal ketat.. Alasannya.. Dia tak nak adiknya jadi rosak.. Dulu tak fikir pun akan jawapan untuk soalan dia.. Tiap kali dia tanya memang akan menangis tersedu2 tanda insaf.. Esok2 buat lagi.. Keluar jugak lepak dengan kawan2..

Gaduh antara adik beradik?? Tak mampu nak dibilang dengan jari.. Nak tak nak ikutkan sajalah syarat dia.. Tapi diam2 ada jugak boyfriend.. Tapi bila dia dapat tahu.. Hambik kau dia panggil terus ke rumah.. Soalan dia cuma satu:

Betul kau serius dengan adik aku??

Sebab dia paling pantang (tapi tulah yang CB suka buat dulu..huhu) kalau nak keluar kawan ambil dekat simpang bukan dekat depan rumah jumpa mama atau dia sendiri.. Katanya mama lahirkan orang bukan anak kucing nak ambil kat tepi jalan..

Pemakaian pulak dia tak suka adiknya berpakaian seksi.. Seluar pendek atau skirt pendek memang TIDAK dibenarkan.. Tapi dia terpaksa akur sebab arwah ayah yang belikan (masa kesik2 dulu la..)

Dah masuk umo 20an baru la fikir (tak semua lah fikir..) apa yang di cakap tu betul.. Apa yang dia buat tu bersebab.. Dan waktu CB menetap di KL selama setahun berdua je dengan Mia tanpa keluarga masa tu baru betul2 fikir.. Setiap apa yang dia cakap and ajar memang CB secara semulajadinya praktikkan.. Dan itu membuatkan CB sangat berterima kasih dengan dia.

Prinsip dia mudah..

Keluarga dan kerja adalah yang utama

Dialah yang paling banyak membantu CB dan ahli keluarga yang lain.. Dalam islam ada mengatakan rezeki yang kita miliki atau dapat itu elok jika kita kongsi bersama yang memerlukan.. Dan itulah yang dia praktikkan.. Alhamdulillah kejayaan yang dia milik sekarang walau kurang masa bersama keluarga dirumah.. Tapi dia kerap bawa keluarga bercuti..

Dan pada dia jugak tak salah nak berkawan.. Dia ramai kawan.. Tapi dia bukan jenis kaki lepak.. Dia mula bekerja dari umur 18 tahun.. Dan memang tak ada masa untuk melepak dengan kawan2.. Sebab dia ada target yang dia nak capai.. Dan alhamdullilah dia dapat capai ada yang dia nak sekarang.. Bagi dia nak lepak boleh tapi biar ada faedah macam dapat tender atau sewaktu dengannya.

Sebab tu CB jadikan dia sebagai idola.. Moga 1 hari nanti CB jugak berjaya buat seperti mana dia buat sekarang.. Seorang abang marahkan adik kerana dia sayang bukannya benci.. Dia nak yang terbaik dan satu pepatah dia yang CB suka bila CB kantoi buat salah dengan dia ialah

aku dah kata jangan lalu jalan tu ada roadblock tapi kau nak lalu jugak..

Tapi berbezakan dengan anak2 sekarang.. bila dimarah sikit melenting dan lari rumah..


Apa yang CB terapkan pada Mia supaya dia hormat dengan ayah dia yang satu nie dan jugak ayah satu lagi (along CB) kerana abang2 CB nie lah tempat dia menumpang kasih sayang.. (panggilan ayah digunakan bagi menggantikan panggilan pakcik..)


1 comment:

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA