PRINCESS MIA KE SEKOLAH

Semalam hari pertama persekolahan untuk tahun 2016.. Macam macam ragam anak anak yang dapat kita tengok kan?? Ada yang menangis.. Ada yang gembira.. Dan ramai jugak parents yang ambil cuti bagi menguruskan persekolahan anak-anak..

Ikutkan tahun nie princess CB tak dapat join sesi persekolahan sebabnya CB lambat daftarkan untuk dia.. Jadi perancangannya Mia akan meneruskan tusyen yang biasa.. Dan tahun depan terus masuk pra-sekolah.. Sedih and kesian jugak dengan dia. Yelah sepupu semua pergi sekolah tapi dia duk kat umah..

Tapi alhamdulillah semalam masa SIL CB hantar anak-anak dia ke sekolah dia tanyakanlah still boleh daftar atau pun tak.. Rezeki Mia memang baik.. Jadi SIL pun tolonglah daftarkan persekolahan Mia memandangkan CB tak ambil cuti.. Maklum awak pun tak jangka yang Mia berpeluang untuk bersekolah tahun nie..





Excited jugak sebab anak dah mula bersekolahkan.. Siapa yang tak excited.. Tapi apakan daya awak tak dapat nak urus sendiri.. Tahun depan insya allah..

Petang semalam CB balik kerja dah tak ada orang nak sambut.. Selalunya Mia akan sambut dengan sengih ngada-ngadanya.. Tapi semalam CB masuk je rumah tengok dia terlentok baring sebelah nenek dengan muka mengantuk.. Gelak sendiri tengokkan gelagat dia.. Kepenatan gitu…

Apa pun terima kasih dekat SIL dan mama yang tolong uruskan pendaftaran dan sebagainya semalam.. Huhu… rasa macam tak percya pulak yang Mia dah sekolah.. Rasa macam baru semalam lahirkan dia.. Berjaga tengah malam sebab dia menangis.. Akhirnya sekarang dia dah sekolah.. Alhamdulillah dapat merasa nikmat menjadi seorang mama yang menguruskan anak sekolah dan sebagainya..





4

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah...

adianiez AIDA said...

dpt mia skola ekk?
alhamdulillah :)
jadi anak yg pandai ekk , mia.

Cik Cahaya Bunga said...

@PeRdU cINta Perdu Cinta alhamdulillah rezeki mia

Cik Cahaya Bunga said...

@adianiez AIDA haah aida... insya allah tu...terima kasih..

Tabung Mia

Menarik Disini