My Meow Now

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

ANTARA KERJA DAN KELUARGA

Dalam kesibukan minggu nie CB curi sikit masa nak updated blog.. Dah seminggu mama CB dekat hospital dan CB kena ambil alih jaga and uruskan rumah.. Kerja pun tak boleh balik lambat macam selalu sebab nanti Mia balik sekolah tak ada pulak orang dekat rumah.. Macam-macam proses yang mama kena lalui sayu hati tengok keadaan mama macam ni.. 





Sejak mama masuk hospital.. Cucu-cucu ada yang demam sebab rindu.. Mia pulak hari-hari tanya bila nenek akan balik.. Mia waktu siang CB letak dekat sitter sementara untuk transit.. Tapi malam tadi dia mengadu sambil nangis kata tak nak duduk dekat rumah sitter tu.. Katanya dia sunyi tak ada kawan dan husband sitter tu marah dia.. Jenuh jugak la nak memujuk sampai CB upah dengan bagi extra duit belanja.. Mia jugak hilang selera makan sejak  mama masuk hospital.. Badan dia pun dah mula susut..




Pagi-pagi adik CB dah hantar pic mama.. Hari nie mama akan lalui proses ‘teropong’ (Adik CB yang cakap.. CB tak tau apa proses nie sebenarnya).. Adik kata proses nie untuk mengenalpasti kedudukan batu di dalam hempedu tu.. Menurut adik lagi jika kedudukan batu di hempedu mama tidak terlalu jauh maka doktor akan cuba untuk tarik batu tu keluar tapi jika kedudukannya agak jauh doktor akan cari jalan lain untuk keluarkan batu tu..

CB harap semuanya berjalan dengan lancar hari nie..



*maaf CB masih tak berkesempatan nak lawat blog2 yang BW kat sini.. Yang drop kan komen terima kasih.. Bila semua dah reda CB akan BW kat blog korang and sertai segmen macam biasa

2

PeRdU cINta said...

moga urusan mama CB diermudahkan..amin...

Asha Lya said...

Moga smuanya d prmudahkn urusan insyallah

Tabung Mia

Menarik Disini