Assalammualaikum readers sekelian..dekat rasa
macam lama CB tak jenguk ke blog nie kan.. Lama tak blogwalking kat blog kawan2..
Seminggu nie CB bantu mama uruskan rumah sebab mama tidak berapa sihat.. Dah
dekat 2 minggu mama gastrik ulang alik klinik dan makan ubat tetap tak surut..
Isnin yang lepas CB ambil cuti untuk hantar mama ke klinik.. Dan doktor meminta
mama rujuk ke doktor pakar di Hospital..
Kelam kabut jugaklah CB lepas hantar mama ke
hospital CB balik untuk ambil anak balik sekolah dan patah balik ke hospital
ambil mama pula.. Isnin tu mama cuma daftar je jadi tak perlu tunggu lama..
Keesokkan harinya mama kena pergi lagi.. Dan kali nie kak ipar CB yang
kebetulan ada urusan dikawasan berdekatan pula hantar.. Kali nie dorang ambil
darah untuk buat ujian dan minta mama balik dulu dan akan call pada esok
harinya.. Mungkin mama akan ditahan wad nanti.
Mama disyaki mempunyai batu di dalam hempedu..
Suspen jugak CB menanti keputusan ujian darah mama.. Dan pada petang hari rabu
yang lepas mama call bagitahu yang mama kena tahan wad sebab pihak hospital nak
buat pemeriksaan lanjut.. Mama diminta untuk puasa dari pukul 10 mlm hingga
pagi sebab pihak hospital nak buat scan.. Resultnya.. Mama memang menghidap
batu karang dalam hemdepu..
Petang semalam doktor benarkan mama balik untuk
rehat tapi ahad nie mama kena pergi check lagi.. Mama jugak akan dibedah bagi
mengeluarkan batu karang tu.. Cuma tarikh pembedahan tak tahu lagi.. Ujian yang
Allah bagi pada keluarga kami di awal tahun 2016.. CB harap mama akan kembali
sihat seperti sediakala tak lama lagi.. Nanti CB share dengan korang sintom2
awal sakit batu karang dalam hempedu nie ok..
2 comments:
moga mama CB cepat sembuh
Kita doakn moga cpt sembuh..moga smuanya d prmudahkn insyallah
Post a Comment