UJIAN DAN DUGAAN DIAWAL TAHUN

Assalammualaikum readers sekelian..dekat rasa macam lama CB tak jenguk ke blog nie kan.. Lama tak blogwalking kat blog kawan2.. Seminggu nie CB bantu mama uruskan rumah sebab mama tidak berapa sihat.. Dah dekat 2 minggu mama gastrik ulang alik klinik dan makan ubat tetap tak surut.. Isnin yang lepas CB ambil cuti untuk hantar mama ke klinik.. Dan doktor meminta mama rujuk ke doktor pakar di Hospital..

Kelam kabut jugaklah CB lepas hantar mama ke hospital CB balik untuk ambil anak balik sekolah dan patah balik ke hospital ambil mama pula.. Isnin tu mama cuma daftar je jadi tak perlu tunggu lama.. Keesokkan harinya mama kena pergi lagi.. Dan kali nie kak ipar CB yang kebetulan ada urusan dikawasan berdekatan pula hantar.. Kali nie dorang ambil darah untuk buat ujian dan minta mama balik dulu dan akan call pada esok harinya.. Mungkin mama akan ditahan wad nanti.

Mama disyaki mempunyai batu di dalam hempedu.. Suspen jugak CB menanti keputusan ujian darah mama.. Dan pada petang hari rabu yang lepas mama call bagitahu yang mama kena tahan wad sebab pihak hospital nak buat pemeriksaan lanjut.. Mama diminta untuk puasa dari pukul 10 mlm hingga pagi sebab pihak hospital nak buat scan.. Resultnya.. Mama memang menghidap batu karang dalam hemdepu..

Petang semalam doktor benarkan mama balik untuk rehat tapi ahad nie mama kena pergi check lagi.. Mama jugak akan dibedah bagi mengeluarkan batu karang tu.. Cuma tarikh pembedahan tak tahu lagi.. Ujian yang Allah bagi pada keluarga kami di awal tahun 2016.. CB harap mama akan kembali sihat seperti sediakala tak lama lagi.. Nanti CB share dengan korang sintom2 awal sakit batu karang dalam hempedu nie ok..



2 comments:

Hajar Shikin said...

moga mama CB cepat sembuh

Asha Lya said...

Kita doakn moga cpt sembuh..moga smuanya d prmudahkn insyallah

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA