Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Giveaway Cash RM30 Feb 2016 by AHBAR

Klik Banner untuk join giveaway


Subscribe to our mailing list to get the updates on our Special Offer to your email inbox...

 We can't wait more to have your email in our subscribers email list. Just put your nice email in below box:

* indicates required


Biskut Semperit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Anda tengah mencari biksut semperit tradisional sedap untuk dinikmati musim perayaan ini?

  1. Mari cuba produk keluaran kami, dijamin kepuasan memakan biskut semperit ini sehingga tahap 90% puas hati.
  2. Ingin mencari biskut semperit apabila makan cair di dalam mulut? Jawapanya adalah biskut semperit keluaran kami.
  3. Bahan yang digunakan ketika proses ini adalah butter, tepung, gula dan telur.

Biskut Semperit AHBAR telah mempunyai pengalaman semenjak 2006 dimana resepi secara turun temurun dan Berjaya menambat hati pembeli.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, mari merasai kenikmatan memakan biskut semperit yang mempunyai citarasa tradisional dikekalkan.


KINI HANYA

RM25.00

50 KEPING
FREE COD AMPANG / KUALA LUMPUR


PISANG GORENG CHEESE

Cuaca sejuk2 macam nie teringin pulak nak makan pisang goreng cheese.. Sedap betul kalau dimakan panas2 kan.. Nak beli petang2 time balik kerja tu susah benor nak cari.. Kebiasaannya waktu balik tu kedai2 yang jual kuih nie dah tutup tak pun juadah dah pun habis dijual.. Nak buat sendiri?? Haishhh balik kerja dah penat emang taklah nak rajin ke dapur.. Selalu pun balik kerja Cik Bunga masuk dapur untuk makan jew..


Hehe.. Terima kasih dekat mak Cik Bunga yang dah siap masak dekat umah.. Sayang mama..







Ha balik pada rasa teringin tadi tu.. Nasib baiklah jiran sebelah rumah ada jual online untuk taman perumahan Cik Bunga.. Jadi Cik Bunga whatsapp jew kat dia untuk order, bagitau je kat dia nak pukul berapa.. Siap delivery pulak tu dah tak payah susah2 nak keluar.. Sampai2 rumah dah boleh terus makan.. Tapi pic atas nih bukan Cik Bunga punya.. Maklum Orang tak makan coklat kan.. Cik Bunga request ngan Kak Yong tak nak coklat tu.. Cheese semata je la Cik Bunga makan..






Terima kasih ye Kak Yong membantu menghilangkan rasa craving Cik Bunga.. Moga2 berkembang2lah biz Kak Yong nanti…


Tapi sesape yang rajin tu boleh jew buat sendiri.. Mudah jew.. Pisang yang dah digoreng tu korang susun pastu parut kan cheese kat atas dia.. Nak guna coklat rice boleh nak guna coklat sirap pun boleh..







PUDING ROTI DAN SOS KASTARD


Wahhh petang ni tak hujan alhamdulillah…rasa nak makan puding roti dengan sos kastrad pulak malam nie.. Puding nie kalau makan banyak2 dia cepat muak.. Tapi kalau ada jamuan atau port luck bolehlah try resepi ni…






Bahan bahan :

8 keping roti (tak kisah brand apa.. Cik Bunga suka Gardenia)

500ml susu segar (Cik Bunga pakai Dutch Lady Fresh)
2 biji telur
4 sudu besar gula kastor (gula biasa pun boleh tapi kurangkan takut termanis)
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar butter
1 sudu the esen vanilla (untuk hilangkan bau telur)

Kismis (untuk hiasan..boleh jew kalau korang nak letak ceri yang dah siap potong dadu tu..atau buah badam..)



Cara cara :

Sapukan roti dengan butter. Koyakkan roti letak dalam Loyang (kalau pakai Loyang panjang boleh je kalau nak susun..ikut kreativiti)

Bahan A (yang warna biru tu) dicampurkan dan pukul hingga sebati (boleh jugak kalau korang nak putarkan die ngn mixer..pukul sampai hancur gula).

Masukkan bahan yang dah diputar tadi ke dalam Loyang yang berisi roti tadi dan gaulkan kesemuanya hingga sebati (maksudnya semua roti kena dengan adunan tadi).

Rendamkan kejap dalam 20minit..barulah taburkan hiasannya..

Bakar atau kukus selama 20-30minit. (suhu bakar 180’)

Then siap dihidang.. Tapi kena ada sos dia lagi sedap dimakan.







Bahan2 untuk sos kastard :



1 tin susu cair
¼ tin air (guna tin susu tadi)
2 sudu besar tepun kastard
2 sudu besar gula


Cara cara :

Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.. ( kepekatan ikut selera masing2..)



SHARPED PIE SIMPLE DAN MUDAH

Hari ni Cik Bunga breakfisrt Sharped Pie.. Selera tekak hari ni memang western sangat.. So Cik Bunga nak share resepi Sharped Pie yang simple tapi sedap.. (Resepi dari opismate Cik Bunga)




Bahan2 yang perlu :

Bahan A
10biji kentang
1L susu segar

Bahan B
1biji bawang holland
3ulas bawang putih (cincang)
1biji cili bangla
5biji cendawan butang
1tin tomato puri
250g cili boh
50g sayur campur
200g daging ayam kisar
Gula, garam, oregano, lada hitam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan C
Keju
Daun parsley (cincang)



Cara caranya :

Rebuskan kentang (yang sudah dibuang kulit) sehingga empuk.. Lenyekkan kentang dan susu (sukatan susu sehingga kentang menjadi warna putih)
Kemudian tumiskan bahan B (bawang putih, bawang holland, tomato puri dan cili boh) sehingga naik bau. (jangan lupa masukkan gula, garam, oregano, serbuk perasa dan lada hitam)
Masukkan sayur campur, cendawan butang dan daging kisar sehingga hampir masak baru masukkan cili bangla. (takut kira masukkan terlalu awal cili bangla tadi akan terlebih masak)
Setelah siap masuk kan bahan B yang telah dimasak tadi ke dalam bekas. Letakkan lapisan susu kemudian kentang yang telah dilenyek tadi..
Lapisan terakhir letak kan cheese ikut kesukaan kita.. (kalau Cik Bunga suka banyak cheese)
Bakar pada suhu 150 selama 20-25 minit..

Kemudian siap di hidang… 

KUIH GUNTING

Sepanjang minggu nie petang jew mesti hujan.. Nak bawak anak berjalan pun agak tak selesa bila cuaca macam nie jadi apa lagi yang boleh buat selain dari tengok tv je kan..cerita pun boleh tahan jugak..





Tapi tiba2 pulak Cik Bunga rasa macam nak mengunyah sesuatu...kalau dapat mkn kekacang ke atau kerepek2 ke ala2 tgk wayang macam tu.. Terus datang idea nak buat kuih gunting.. Bahan2 pun ada dekat umah..



1 Peket tepung gandum
1 Biji telur
Garam secukup rasa
3 Sudu besar planta
1 Sudu besar minyak sayuran
1 Sudu besar serbuk kari
Daun sup
Air secukupnya






* gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh...
* kemudian gelekkan sehingga nipis (ambil cikit2) dan gunting..
* panaskan minyak dan goreng sehingga garing...
* siap di hidang..



DONAT GEBUS CIK BUNGA

Morning… Assalammualaikum bloggers?? Korang tengah buat apa?? Dipagi jumaat yang mendung2 ni sedapnya kalau dapat makan sarapan dengan air panas betul tak?? Petang semalam anak buah Cik Bunga buat request kat nenek dorang (means mama Cik Bunga la kan) nak bawak bekal kuih donat ke sekolah pagi nie..


Wah2 mentang2 hari tu Cik Bunga da buatkan kek coklat..semalam pulak puding mangga..untuk hari nie die request pulak kat nenek dia.. Tapi anak2 buah Cik Bunga (termasuk la Cik Bunga sendiri) memang suka sangat dengan donat yang mama buat..Gebunya… Kelembutannya..dijamin 2 hari pun still lembut dan gebus..





Ada orang akan letak kentang atau majerin untuk bagi dia gebu lembut.. Itu terpulang kepada individu… Resepi Cik Bunga nie simple je dan guna barang yang memang ada kat rumah..

Bahan bahan :
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
Garam secukup rasa
½ peket mauripan
3 sudu besar minyak
2 cawan air
1 peket tepung gandum


·         Bancuhkan semua bahan dalam 1 bekas (kecuali tepung) .
·         Kemudian adunkan bahan yang sudah dibancuh tadi bersama tepung untuk menjadi doh. (doh tidak boleh terlalu cair dan terlalu keras.)
·         Perapkan aduan dalam setengah jam atau sejam. Bila aduan dah nampak kembang. Bolehlah bentukkan. (pastikan apabila kita dah membentuk aduan itu seperti donat terus goreng didala minyak yang betul2 panas)
·         Goreng  sehingga warnanya kuning kuning keemasan dan angkat. Blender gula @ boleh guna gula kastor untuk gaulkan donat itu tadi. Siap dihidang.

PUDING LAICI


10 gm agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici ~ asingkan air dan buahnya
1 tin susu cair

* Masak agar-agar hingga mendidih.
* Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api.

* Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
* Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
* Kemudian sejukkan dalam fridge.
* Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu         cair.

PUDING MANGGA NATA DE COCO



Assalammualaikum korang tengah buat apa tu?? Semalam kawan kawan opis ajak wt POT LUCK  untuk sarapan hari nie.. So Cik Bunga pun terus teringat resepi puding mangga yang Cik Bunga penah buat beberapa tahun lepas.. Resepi ni simple je dan Cik Bunga da ubah sikit la.. Sebab buat puding macam ni sebenarnya cukup lau kita tahu basic.. Isi dan inti patinya je kita boleh ubah2..

Bagi yang “Rajin” sangat masuk ke dapur macam Cik Bunga nie boleh la try resepi kat bawah ni ye.. 






10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa ( agar-agar tali 28 gm)
2 liter air
1 cawan gula
1 bekas nata de coco perasa manga (asingkan air dan isi)
1 tin susu cair




* Masak agar-agar hingga mendidih.
* Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, ( tali)  tapis dulu.
* Masukkan air mangga dan susu cair. Kacau rata.
* Letakkan isi nata de coco tadi didalam bekas (Loyang atau mangkuk kecil)
* Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
* Kemudian sejukkan dalam fridge.







SANDWICH TELUR


Hallo...selamat pg kengkawan blogger sume...lately nie erin suka sgt mkn sandwich telur..slalu la bli kt kdai koop kat bwh opis nih...so bru la seimbang pemakanan seharian...(hahahaha seimbanglah sgt mek weh..)

menu erin seharian : pagi : sandwich telur
: tengah hari : nasi ngn ayam atau ikan
( sory la ye erin x suka mkn sayur..so hari2 punya
menu mmg itu je la )
: malam : memang jarang makan..lau makan pun mungkin hanya roti ikan bilis gardenia atau biskut.kadang ada la makan y berat tu pun if erin blik klate.


Okeh..bagi yang tak tau g mcm ne nk wat sandwich telur nih...mai erin bg resepi...yang pasti sedaap bangatttt.... :)




SANDWICH TELUR 
sumber : Syikin & Nacnie
Credit :Mama Madiha




Bahan2

Roti
3 biji telur rebus
3-4 s/b mayonese
sedikit pepper


Cara2

-telur rebus dilenyek hancur & campurkan dengan mayonese & pepper. kacau rata.
-bolehlah dibuat sandwich.. dan hidang sebagai sarapan.. sedappp..





picca credit to mr.google


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA