PUDING MANGGA NATA DE COCO



Assalammualaikum korang tengah buat apa tu?? Semalam kawan kawan opis ajak wt POT LUCK  untuk sarapan hari nie.. So Cik Bunga pun terus teringat resepi puding mangga yang Cik Bunga penah buat beberapa tahun lepas.. Resepi ni simple je dan Cik Bunga da ubah sikit la.. Sebab buat puding macam ni sebenarnya cukup lau kita tahu basic.. Isi dan inti patinya je kita boleh ubah2..

Bagi yang “Rajin” sangat masuk ke dapur macam Cik Bunga nie boleh la try resepi kat bawah ni ye.. 






10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa ( agar-agar tali 28 gm)
2 liter air
1 cawan gula
1 bekas nata de coco perasa manga (asingkan air dan isi)
1 tin susu cair




* Masak agar-agar hingga mendidih.
* Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, ( tali)  tapis dulu.
* Masukkan air mangga dan susu cair. Kacau rata.
* Letakkan isi nata de coco tadi didalam bekas (Loyang atau mangkuk kecil)
* Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
* Kemudian sejukkan dalam fridge.







Tabung Mia

Menarik Disini