My Meow Now

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

KEK CHOCO MOIST CIK BUNGA

Malam tadi gigih Cik Bunga ketang ketung kat dapur siapkan kek choc moist utk adik.. Yelah hari tu dah janji nak buat kan lepas dia habis krusus dekat Johor. Cik Bie pulak bila dapat tau dia pun nak jugak.. (sedap katanya hari tu masa cuti Deepavali dah kasi dia try trial pertama).






Sebenarnya Cik Bunga tak makan coklat.. Tapi teringin benar nak buat kek choc moist tu.. Mujurlah ada Cik Bie dan family yang leh jadi tukang rasa.. Anak2 buah pun suka sangat2.. (fuhhh terharu rasanya..)  Sekarang dekat rumah memang Cik Bunga kena standby dalam peti ais dessert untuk anak2 makan.. Lau tidak balik kerja kena soal macam2..





Tapi Cik Bie pulak suh Cik Bunga buat biz jual kek choc moist ni.. Hehe belum la Cik Bunga fikir sampai kesitu.. Takut pulak nanti orang len kata tak sedap.. Yelah awak baru je bertatih semula dengan dapur dan periuk belanga.. Lama dah pendam bakat memasak nie sejak2 Puteri hati tu lahir..




Insya allah jika diizinkan mungkin boleh... (cari duit nak kawin katanya..)


Tabung Mia

Menarik Disini